Pages

Sunday, 25 March 2012

ViLLa NaBiLLa ~

***
Villa Nabilla!! Name pun aku dh rase serammmm. Banglo ni menyimpan seribu satu misteri yg sampai sekarang tak dpt aku ketahui yg mana benar dan yg mane rekaan. Setahu aku banyak version hantu villa ni. Ntah aku pun tak tau. Aku pernah jugak lalu kawasan dimana terletaknya banglo ni. Dari luar pun dah seram beb!! Nikan lagi korang nk masuk. Ape-ape pun korang bace kisah yang aku ambik dari blog mamat Yul ni. Aku orang JB pun masih mencari kesahihan tentang villa ni. Kalau korang ade tau something about this bungalow,korang blh share kt sini or email je aku k. Aku memang berminat tentang banglo puaka ni. ~
***
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 12:23:53
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Share Diganggu Makhluk Halus. Pengalamanku!

Segala cerita yang yul terbitkan nie berdasarkan dari pengalaman hidup
yul kat dunia nie. Cerita ini bukanlah direka-reka ataupon
dibuat-buat. Semuanya adalah benar-benar belaka. Tiada yang palsu
mahupon fitnah. Tak percaya tanya yul sendiri.


Seumur hidup yul, yul memang tak pernah pon jumpa hantu atau makhluk
halus. Tapi, tabiat yul nie agak pelik sedikit tak sama dengan
manusia-manusia yang normal seperti lain. Asyik-asyik tengok kat
televisyen je kan. Kalau boleh yul nak tengok juga macam mana rupa
paras hantu atau makhluk asing tu yang sebenarnya. Pernah juga pergi
ke kubur cina, tengah-tengah malam tapi satu apa pon tak jumpa. Bunyi
anjing menyalak je. Meremang tu memang ada, tapi rasa hati nie memang
betul-betul nak tengok depan mata secara live. Sampai saat ini, kalau
yul tak sibuk, memang kompem pergi jalan-jalan nak tengok hantu
bersama kawan-kawan.

Dua bulan yang lepas, kawan yul ada juga bercerita pasal Villa Nabilla
dekat-dekat dengan hospital Sultanah Aminah, JB nie. Yul memang tak
pernah pergi kesana. Kata orang tempat tu berhantu. Kalau masuk 10
orang, keluar nanti kompem kurang seorang. Sama ada betul kew tidak
yul tak pasti lah kesasihannya. Jadi, pada malam tu jugak, yul dengan
kawan-kawan pergi kesana nak tengok macam mana keadaan tempat
tersebut. Kiteorang cuma pergi bertiga sahaja menaiki kenderaan
pacuan 4 roda. Nak pergi kesana kene lalu kawasan istana Johor. Bawak
kereta slow je lah kat kawasan tu. Maklumlah ye kawasan istana tak
boleh bawak laju-laju sangat, kang tak memasal pulak kena tahan kan?
Tapi yang peliknyekan, kiteorang tak jumpa langsung villa Nabilla nie.
Dah dekat dua, tiga kali kiteorang patah balik mencari tempat
tersebut. Padahal, laluan kearah tersebut memang benar. Entah kenapa
pada malam tersebut kiteorang tidak menemui jalan ke Villa Nabila
tersebut. Dengan rasa hampa kiteorang terus blah meninggalkan kawasan
tu dan meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Islam Mahmoodiah.

Kalau tengok keadaan sekeliling memang agak menyeramkan kot! Yela,
kawasan tapak perkuburan tempat jenazah-jenazah ditanam. Tetapi
kiteorang tak ronda sampai habis kawasan perkuburan tersebut. Kalau
nak teruskan perjalanan kat dalam kawasan tu memang agak panjang.
Takot kalau apa-apa benda yang tak dijangka berlaku. Bukan takut
pocong ok! Orang kata benda-benda macam nie jangan berani sangat.
Sebab perkara yang kita tak dijangkakan akan berlaku. Teringat pada
kisah silam dulu, akibat berani sangat, yul pernah diganggu.

Kenangan yul sewaktu bersekolah dulu. Memang tak dapat nak lupakan
perkara tersebut. Berani jugak kot time tu. Mana taknya, kawan-kawan
yul cakap hantu nie banyak merayau pada khamis malam jumaat. Jangan
celupar sangat mulut tu. Tapi yul tak percaya benda-benda tu semua
sebab masih tak pernah menjumpa atau bertemu.


Nak dipendekkan ceritanya. Kejadian nie berlaku ketika yul berusia 13
tahun. Ketika yul sedang leka bermain dam haji dengan adik yul yang
bongsu tu di ruang tamu, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Kalau
korang nak tahu, time tu yul terlepas cakap, lebih kurang cam nie lah,
"hantu gila mana pulak yang main-main nie". Korang paham-paham jelah
ye. Lepas tu, tiba-tiba je terdengar suara mengilai betul-betul tepat
depan pintu ruang tamu tu. Semakin lama, suara itu semakin kuat. Kalau
sekali je tak apa, hampir dua, tiga kali juga kot. Meremang seluruh
bulu roma yul ketika itu mendengar suara tersebut. Tergamam yul
seketika mendengar suara tu. Tanpa melenngahkan masa, kiteorang terus
lari lintang pukang masuk bilik sambil menutup telinga dengan perasaan
yang amat menyeramkan. Masuk bilik, yul terus berselubung dibawah
selimut dan memejamkan mata. Menyesal pulak bila terlepas cakap macam
tu. Suara tersebut dah tak kedengaran lagi. Nasib baik dengar suara
je, kalau dapat lihat rupa parasnya lagi lah tak terkata dibuatnya.
Silap-silap yul terkencing kot masa tu. Peh! Memang seram gila. Tuhan
je yang tahu keadaan yul betapa kecotnya masa tu.


Bagi yul, kat dunia nie kita tak perlu takut kepada benda-benda macam
tu. Sebab allah akan sentiasa melindungi dan menjaga kita. Kita hanya
takut kepada tuhan yang maha esa. Kerana ia lah pencipta
segala-galanya.

2 comments:

  1. Aku pernah 'terkena' kat villa nabila..mmg seram gak lau ingat balik..

    ReplyDelete
  2. Dekat kawasan Villa Nabila tu ada tiga bungalow and of them is arwah moyang sy yg punymy dad's childhood memories semua mmg kat situ. Since dia cucu yg pertama he get to know all those stuff yg ada kat villa nabila tu or pada asalnya is Christine Palace.

    ReplyDelete