Pages

Monday, 19 March 2012

Kisah benar: ‘Hantu’ Beng Hock merayau di pejabat SPRM

***
Tak tau betul ke tidak tpi aku agak terkejut jugak lah bce artikel ni..memang serammmm. Kalau aku lah yg jmpa beng hock tu, mau aku terkencing dalam suar. Hahaa~
------Original Message------
From: insyirah23@gmail.com
To: Aida 019
Subject: Abdul Fatah Karim:Kisah benar: 'Hantu' Beng Hock merayau di pejabat SPRM
Sent: Mar 15, 2012 7:40 PM

Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai
mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.
Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di
tingkat lima bangunan tersebut – tempat Teoh ditemui mati dan di
tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.
Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM
terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu – lebih dua
bulan selepas Teoh ditemui mati.
Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia
tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang
dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.
"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun
saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah
kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.
Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia
pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba
terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak
bertugas ketika itu.
"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ.
Lalu saya berjalan ke arah tandas… kemudian saya nampak seorang lelaki
di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.
Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia
adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu.
"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia
menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif.
"Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya
bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang
pun dalam lif tersebut.

No comments:

Post a Comment