Pages

Tuesday, 27 March 2012

Pegawai Berkepala Anjing ~

***
Astagfirullahalhazim... Betul ke ni?? Aku macam tak berapa percaya cite ni. Tapi seram jugak bile baca.mengikut kata si penulis, Kisah ini terjadi kat singapore kot. Ntah lah, aku hanya menganggap ni adalah satu hiburan sahaja..tiada siapa yang tau kebenarannya kan..~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Pegawai Berkepala Anjing
Sent: Mar 26, 2012 11:07 PM

assalammualaikum.....

Kisah ini berlaku sewaktu kakak tinggal di Changi Prison Quarters.
Sekarang tempat penginapan itu telah pun dirobohkan. Waktu tu kakak
sekeluarga baru pulang dari Johor. Anak2 kakak dan suami dah tidur.
Kakak baru habis kemas2 dan nak tunaikan solat Isyak dulu sebelum
tidur. Sewaktu kakak sedang melakukan tahiyyat akhir dalam solat,
kakak terdengar pintu rumah kakak diketuk. Solat kakak jadi tak
khusyuk. Kakak terfikir2 siapa yang datang malam2 macam ni???

Selepas kakak beri salam, kakak terus menuju ke pintu, tapi hati kakak
berat sangat nak buka pintu. Kakak mula menjenguk di bawah celah2
pintu rumah, kerana dari situ kakak dapat melihat bayang2 orang jika
ada yang berdiri di depan pintu. Tapi setelah menjenguk, kakak tak
lihat apa2 bayang pun. Kakak lagi lah tak berani nak buka pintu. Tapi
pintu kakak terus diketuk. Akhirnya kakak pun ambil keputusan untuk
diri di tepi tingkap supaya kakak dapat menjenguk ke bawah jika ada
orang yang baru turun dari flat rumah kakak.

Rumah kakak ni sampai tingkat empat sahaja. Setiap tingkat ada dua
rumah. Jadi mudah untuk kakak menjenguk ke bawah. Setelah kakak
jenguk, kakak tak lihat kelibat orang pun. Sedangkan kakak dengar ada
orang turun tangga setelah beberapa minit kakak tak buka pintu.
Akhirnya kakak pun masuk tidur dalam ketakutan. Keesokan harinya,
jiran kakak hubungi kakak. Katanya, dia tadi malam tidur lambat,
kerana menunggu suaminya pulang. Sambil menunggu, dia duduk di luar
rumah sambil ambil angin.

Rumah jiran kakak ni di tingkat satu. Paling bawah sekali tapi
berlainan blok. Dari jauh dia terlihat ada pekerja dari penjara baru
turun dari blok rumah kakak. Mula2 jiran kakak sangkakan itu adalah
suami kakak yang nak masuk syif malam. Jadi jiran kakak pun duduk
saja. Makin lama 'suami' kakak pun makin hampir ke blok jiran kakak.
Dan barulah jiran kakak nampak kelihatan jelas rupa2nya itu adalah
makhluk yang berpakaian seragam tetapi berkepalakan anjing!!!

No comments:

Post a Comment