Pages

Wednesday, 28 March 2012

Jangan Sentuh / Ambil Sesuatu Yang Aneh ~

***
Lain kali jangan gatai gi ambik or makan sesuatu ya aneh..teruk akibatnya nanti..aku bukan orang yang akan sentuh or ambik benda-benda aneh mcm tu. Ishkkkk meremang jugak aku bila baca kisah ini. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 22:55:20
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Usah Sentuh / Ambil Sesuatu Yang Aneh...

assalammualaikum.......

Sekali lagi ingin saya menceritakan pengalaman yang benar-benar
berlaku dan dialami oleh anak angkat nenek saya.

Begini ceritanya, nenek saya adalah seorang yang tahu serba sedikit
cara untuk menghalau makhluk halus. Dengan keizinan Allah S.W.T.,
nenek saya mampu mengubati orang yang sedang dirasuk atau diganggu
makhluk halus.

Nenek saya mempunyai anak angkat yang bernama S (nama samaran). Dia
seorang duda dan ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama
N (nama samaran), di mana mereka berjumpa di tempat kerja di salah
sebuah hospital di Johor. Tetapi perempuan yang ingin dikahwini oleh
lelaki ini tidak mahu menerima lamaran lelaki itu. Entah kenapa
perempuan itu seperti ditutup pintu hatinya untuk menerima lamaran
semua lelaki. Sehingga dia berusia 30 tahun masih tidak berkahwin
lagi. Lelaki itu segera membawa perempuan itu berjumpa nenek saya.
Lalu perempuan itu menceritakan kejadian aneh yang pernah dialaminya
sewaktu dia berusia dalam lingkungan usia 9 tahun lagi.

Pada waktu rehat, perempuan itu pergi ke belakang sekolah bersama
kakaknya. Tiba-tiba dia melihat sebatang pokok dan sebiji buah yang
aneh. Yang hairannya, kakaknya yang bersamanya tadi tidak melihat satu
pun pokok dan buah yang dimaksudkan adiknya itu. Tanpa berfikir
panjang, dia segera memanjat pokok dan memakan buah itu tanpa
pengetahuan kakaknya.

Semenjak dari peristiwa itulah banyak kejadian aneh yang berlaku dalam
hidup perempuan itu. Dipendekkan cerita, dia sering diganggu oleh
susuk tubuh seorang yang menyerupai lelaki dan datang pada setiap
malam untuk menyetubuhinya. Setelah dia menceritakan kejadian aneh
kepada nenek, nenek segera merawat perempuan itu. Nenek merawatnya
dengan memandikan "Air Yasin" yang dibaca sebanyak 44 kali Surah Yasin
selama 7 hari berturut-turut.

Dalam proses rawatan perempuan itu, macam-macam perkara aneh yang
berlaku di rumah saya. Kadang-kadang, perempuan itu terjatuh dengan
sendiri sewaktu sedang berjalan menuju ke dapur rumah saya.
Seolah-olah dia pengsan dan tidak sedarkan diri. Selain itu, sewaktu
nenek sedang memberi minuman "Air Yasin" itu ke dalam mulutnya
menggunakan gelas, dia dengan tanpa sedar menggigit gelas itu sehinga
pecah. Mungkin yang menggigit gelas itu adalah makhluk lain yang
menumpang dalam tubuhnya. Pada waktu itu, empat orang perlu memegang
kedua belah tangan dan kakinya agar dia tidak meronta-ronta. Apabila
dia menjerit suaranya seperti suara seorang lelaki dan sangat
meyeramkan. Matanya terbeliak sambil memerhatikan orang yang berada di
sekelilingnya.

Menurut nenek, makhluk yang mendampingi perempuan itu sangat kuat dan
berkeras untuk tidak keluar dari badannya. Mungin kerana buah yang
pernah dimakan oleh perempuan itu. Selama sebulan merawat perempuan
itu, dengan izin Allah dia sembuh dan makhluk halus yang mengganggunya
itu telah lenyap. Mereka juga telah pun berkahwin. Nenek saya juga
berpesan apabila kita ke tempat yang sunyi dan terjumpa apa-apa yang
pelik jangan disentuh atau sesekali mengambil. Itu sahaja pengalaman
yang ingin saya kongsikan. Terima kasih. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment