***
Kemayan city ni actually dah lama pun terbengkalai. Aku tak tau mane dtgnya cite hantu kat situ. Aku biasa lalu kawasan tu,bile malam mmg ngeri lah. Yang lawak org singapore je yg kena kan! Tp kompleks ni memang dh terbiar lame,aku rse more than 10 tahun kot. Mcm tu lah setahu aku. Bab kemayan city ni aku kurang tau tapi ade jugak kawan-kawan aku cakap kekadang dieorg nampak shopping kompleks ni cantik and terang benderang kalau dari jauh. Aku memang tak kuar umah bila dah malam so bab-bab ni aku tak berapa arif.ni aku copy from yul punya blog. Hari ni aku nk kongsi misteri-misteri di johor bahru yg semakin hangat diperkatakan. Kalau tmpat yg lame ditinggalkan confirm lah bnd-bnd laknat tu ade kan. Wallahuallam. ~
***
~ aida ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 12:41:45
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kisah Mistik Di Kemayan City, Johor Bahru
Assalamualaikum korang semua. Hari ini yul nak bercerita mengenai
kisah mistik lagi. Maklumlah ye, hari nie khamis malam jumaat. Barulah
feeling baca entri nie, ehehehe. Bagi yang berasal dari JB, korang
mesti tahukan Kemayan City tu kat mana. Orang kata tempat nie memang
berhantu dan penuh mistik. Sama ada cerita nie betul atau tak,
wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Masa mula pembinaan dulu, bangunan nie sangatlah gah dan penuh dengan
segala kemudahan. Pada ketika tu kalau lah Kemayan City siap di bina,
ianya merupakan salah satu shopping complex serba lengkap dan terbesar
di JB. Sebab masa tu belum ada Angsana dan City Square kalau tak
silap. Tapi sayang. Tiba-tiba pembinaannya terhenti dan terus
terbengkalai sampai lah sekarang ini. Segala isi perut banggunan tu
dibiarkan begitu sahaja di tepi Jalan Skudai.
Ceritanya bermula begini. Ada sorang warga daripada Kuala Lumpur nie
pertama kali berkunjung ke JB. Daripada lebuhraya PLUS tu dia turun
ikut EXIT SKUDAI. Dalam perjalanan ke bandar JB, dia ternampak 1
bangunan kelabu yg cantik. Dia pun singgah lah kat situ. Ya, nama
tempat tu semestinya Kemayan City. Orang ni di katakan berbelanja
dengan banyaknya kerana barang-barang disitu didapati sangat murah
berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Dia memasukkan kesemua barang
yang di shoppingnya ke dalam bonet kereta. Dan kemudian terus pergi
meninggalkan tempat itu dan menginap di salah sebuah hotel disekitar
JB.
Keesokkannya, dia check out daripada hotel dan berjumpa dengan
kenalannya di Johor. Dia menceritakan kehebatan shopping complex yang
mewah itu dengan barang yang terlalu murah. Tetapi dia di kejutkan
kenalannya bahawa shopping complex yang di maksudkan itu tidak pernah
beroperasi! Tak puas hati dengan rakannya itu, dia membuka bonet
kereta dan! Penuh daun kering di dalam bonetnya itu! Dia tak puas hati
dan mengajak rakannya ke shopping complex tersebut. Dan memang sah,
ianya adalah sebuah bangunan yang kosong dan sudah lama terbengkalai.
Bayangkan, dengan siapa dia berkomunikasi semalam? Kemana perginya
barang yang dibelanjannya? Yang ada di situ hanyalah sebuah bangunan
terbengkalai dgn pokok meliputi banggunan.. Memang menyeramkan..
Cerita nie pulak yul dapat daripada salah seorang kawan yul. Credit to Hafiz.
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks
beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa
keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum
pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan
dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan
aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di
kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat
beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut
penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan
City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa
mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja
dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi
selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat
beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari
kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula
apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah
terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu
malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri
kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor
Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam,
keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan
berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah
dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit
membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis
pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga
berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih
awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan
beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah
sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung
Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika
berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita
mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di
situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita
daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi
sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa
kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah
Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika
menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan,
beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu."Lelaki itu sering
mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada
saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya
mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu."Namun, semua barangan
dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di
rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga
berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,"
katanya.
Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta
penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah
agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di
Kemayan City."Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir
pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa
mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
"Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis
syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai
dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang
pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu," katanya.
Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan
bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu
tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang
dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk."Namun, umat manusia
amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah
iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari
diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,"
Jangan terlalu taksub sangat ye. Ia adalah sekadar cerita sahaja yang
yul ingin kongsikan kepada korang. Sama ada betul atau tidak.
Wallahualam. Hanya allah je yang mengetahui segala-galanya.
No comments:
Post a Comment