***
Macam yang aku cakap lah hari ni aku nak bg korang kisah-kisah misteri di sekitar Johor Bahru ( my hometown). Aku skrg dalam proses mengexplore tentang benda-benda mcm ni. Jika korang ade pengalaman nk share lagi best kan. Kat bwh ni aku copy kat blog Yul lagi k. Mahmoodiah ni memang angker lagi-lagi waktu malam. Sangat-sangat seram. Kawan-kawan aku selalu juga cite kat aku tentang mahmoodiah ni. Syok pulak bace kisah ni. Jom sama-sama kite bace!! ~
***
~ aida ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 12:39:01
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Share Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah
Salam semuanya, hari nie entri yul nak bercerita kisah seram lagi.
Sebelum nie yul bercerita mengenai Villa Nabila kan? Kali ini pasal
Mahmoodiah. Mahmoodiah nie jugak ada terkait masa kisah yul yang
lepas. So, yul nak kongsikan kepada korang mengenai Mahmoodiah nie
pulak.
Banyak-banyak kisah mistik, yul rasa ini lah yang paling menyeramkan
kot dan banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga
kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah
di gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun
1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor
Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas
dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh
kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg
'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut
menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan
Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan
bahawa dia berkhayal! Habis, apa yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam
pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika
melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu.
Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir.
Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga
Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan
lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita
berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya
arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di
Hospital Sultanah Aminah.
Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh
Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka
tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman
lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di
elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital
itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa
kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita
berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak
dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus
menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini
semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu
ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol
oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya "Ya Allah,
lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak
divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas
di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di
bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita
berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta
Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa
kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan
segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak
ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini
sering berlaku di kawasan itu.
Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang
pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.
menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui
terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus
mengejar teksi berkenaan.
Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun
dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi,
macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi
yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati.
Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung!
mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri
mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu
berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang
pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang
atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan
datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.
Ingat, yul cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti
syirik pulak. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa
yang di tulis di atas adalah mengenai korang, Yul nak korang
perbetulkan di mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala
bagai.. Apa-apa pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri,
kerana setiap manusia tak ubah daripada melakukan kesilapan dan
kesalahan. Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ianya menjadi
perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB. Yul pasti, ada jugak yang
tak tahu lagi pasal kisah-kisah nie.
Kepada korang yang terlepas entri kisah seram yul sebelum nie, boleh
lah pilih untuk membaca dientri sebelum ini. Jangan lupa untuk baca
entri hantu yang seterusnya pulak. hee. Kalau tak nak lepaskan peluang
cerita yang seterusnya boleh la subscribe :)
Salam yul.. saya pernah tinggal dekat jalan mustapha.. kalau yul tau la.. dekat je ngan jalan mahmoodiah ni.. emm saya pun ade beberapa pengalaman yang boleh share dgn yul... klu ade ape2 boleh contact saya kat email ni littlepinkiesakura@yahoo.com.sg
ReplyDeletepasal nyh sy pernah dgar .. tp setakat nyh blom pnh jmpe ag . tp sllu dgr org cter pasal mahmoodiah
ReplyDeleteNk kne g laa sne.. ngeh3 😆
DeletePernah bertugas disana dlm kawasan perkuburan mahmoodiah tapi x pernh terjumpa benda2 pelik
ReplyDeletePernah bertugas disana dlm kawasan perkuburan mahmoodiah tapi x pernh terjumpa benda2 pelik
ReplyDeleteTempat seram kat jhor bhru kt mana ? Boleh share share tak ?
ReplyDeletecerita biasa dengar
ReplyDeletePrnah tgl d hospital kuarters brhmpiran dgn jln mahmoodiah,pd tahun 1977 ade brlaku kejadian kapalterbang boeing trhmpas d tnjung kupang, gelang patah..cebis2an daging mngsa d bawa ke rumah mayat d blkng rumah ku yg trletak lbh kurang 100 meter je..berpuluh2 beg plastik hitam d kumpulkn d rumah mayat tu..sementara mnunggu rumah mayat baru d siapkn d jln mahmoodiah d sbbkn rumah myt yg sedia ade tidak dpt mnampung longgokkn beg plastik yg mngandungi cebisan daging manusia mngsa kplterbang yg terhmpas...ALHAMDULILLAH ..wlupn rumah ku trlalu dkt dgn rumah myt itu..takda plak brlaku cerita2 seram...
ReplyDelete