***
Ini memang biase aku saksikan depan mata,histeria. Alhamdulillah aku tak pernah kena. Mintak jauh lah kan, aku copy dr blog gengblogger ni kisah ni. Hanya cite yg menarik je akan dikongsi.cite yg merepek aku takkan kongsi dgn korang sbb blog aku dan syira ni hanya akan memaparkan kisah-kisah seram dan ngeri sahaja. Harap Maklum. Terima Kasih. ~
***
~ aida ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sat, 24 Mar 2012 12:08:09
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject:
Entri di tulis untuk support contest Kisah Paling Seram di
Gengblogger. Untuk pengetahuan semua, sesuai dengan syarat kontes
tersebut cerita berikut merupakan kisah benar yang sebenar-benar dan
bukan rekaan.. Sila amik mood seram sekarang ye kawan-kawan.
Kejadian ni berlaku masa aku sekolah menengah berasrama. Tahun 2004.
Masa tu semua pelajar berada kat kelas masing-masing untuk prep malam
dalam pukul 8.30 malam macam tu la. Masa tu nak exam, jadi semua
serius study dan keadaan agak sunyi, tak ramai yang nak berhuha huha
time nak exam ni.
Sedang khusyuk study tiba-tiba... Satu jeritan yang menyeramkan gila
sampai meremang bulu tengkuk kedengaran dari blok kelas student form
1. Sume tergamam masa tu. Jeritan makin kuat, berkali-kali.. Kami yang
kat kelas semua bagun dan berkumpul, masing-masing takut. Yang berani
turun ke bawah untuk tengok apa yang berlaku.
Rupa-rupanya sorang student perempuan india histeria, di sampuk.
Warden dan budak-budak surau turun untuk pegang budak tu. Macam
biasalah bila disampuk, kuasa budak yang disampuk itu memang kuat
sesangat. Dengan mata merah, meronta-ronta dengan suara garau masa
ustaz sampai. Lepas ustaz dapat tenangkan dia, tanya kenapa benda tu
kacau dia, dia meracau dan sebut nama seorang budak melayu ni..
berulang kali dia sebut..
Punca budak India ni histeria. Biasalah sekolah asrama ni, time
maghrib semua pelajar islam kena solat berjemaah kat surau, manakala
yang non-muslim pula kena duduk di dewan selera. Tak siapa dibenarkan
duduk dalam hostel. Tapi budak india ni masa maghrib tu, dia teringat
dia lupa something, jadi dia pun dengan beraninya masuk hostel
sorang-sorang. Entah apa yang dia jumpa masa tu pun tak tahu, masuk
prep je terus jadi histeria.
Habis prep semua pelajar pulang ke hostel. Masa kawasan akademik dah
kosong, ustaz minta seorang ketua pelajar (lelaki) azan dengan kuat
kat tengah foyer. Masa pelajar ni azan kat foyer iaitu tengah-tengah
kawasan akedemik, satu lembaga hitam yang besar terjun dari tingkat 3
blog akademik dan lari dan ghaib entah ke mana..
Berbalik pasal si budak india ni yang sebut nama sorang budak melayu
masa dia meracau. Budak melayu ni budak form 1 juga, orangnya cantik
tapi ramai yang tak suka. Masa habis prep, pulang ke hostel aku tengok
ustaz dan beberapa orang warden tengah geledah bilik si budak
perempuan melayu ni. Aku pun tak faham. Aku tanya pada sorang warden
yang agak rapat dengan aku dan kawan-kawan. Dia cuma jawab tak ada
ape-ape...
Sejak tu banyak kes jumpa itu ini dilaporkan. Ramai yang diganggu.
Sampaikan masa kami semua student perempuan berkumpul kat aras bawah
hostel untuk baca yasin bagi meredakan gangguan yang berlaku tetap
benda tu nak tunjukkan dirinya. Bayangkan, semua pelajar berada kat
bawah baca yasin tiba-tiba ada bunyi air keluar dari shower macam
orang tengah mandi dari tandas. Mula-mula ingat mungkin ada student
yang ambil wuduk lupa tutup paip air. Tapi bila beberapa orang pergi
nak tutup paip tu, rupanya semua shower dan paip air di tandas setiap
aras asrama terbuka dan mengalirkan air..
Akhirnya seorang ustaz luar di panggil untuk meredakan gangguan. Sesi
memagar di lakukan. Mula-mula ustaz tu pagar sekaliling hostel kami.
Lepas tu kami di ajar untuk pagar setiap bilik kami sendiri. Satu
bilik ad 4 orang. Kami pun ikut la arahan yang di berikan. Seingat aku
masa tu selain beberapa surah yang dah ditetapkan untuk kami baca
sepanjang proses memagar, kami juga dibekalkan dengan campuran garam
dan lada hitam untuk di tabur sekeliling bilik sambil membaca surah.
Masa buat tu, seram dia tak boleh nak gambar la. Terasa sangat-sangat.
Tak lepas kami pegang satu sama lain sepanjang tabur benda tu...
Alhamdullilah.. Sejak tu tak ada lagi gangguan yang serius.. Tapi aku
still blur sampai sekarang apa kena mengena nama budak melayu tu
dengan histeria budak india tu..
No comments:
Post a Comment