Pages

Sunday, 25 March 2012

Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru ~

***
Ni lagi satu misteri di Johor Bahru. JB ni memang banyak kawasan yg angker. Kisah ni aku tak pernah dgr sampai lah aku terbaca post Yul ni. Dia ni org JB kot sbb byk kisah-kisah di JB die dapat citekan dgn detail. Kepada sesiapa yg berminat dgn alam mistik boleh lah berkunjung sendiri ke JB dan korang explore lah sendiri misteri-misteri ini.~
***
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 12:48:30
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru - Kisah Seram

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak terbitkan entri kisah
misteri. Dah lama jugak yul tak update cerita-cerita seram nie. Rasa
rindu pulak. hehe. Kepada yang tertunggu-tunggu tu, maaflah ye. Yul
agak busy sikit kebelakangan nie. Nak tulis macam sempat tak sempat
je. Nie nasib baiklah ada masa untuk menulis, tu pon sambung je sebab
simpan dalam draft. Apa-apa pon jom layan cerita yang yul tuliskan
nie. Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.

Misteri rumah kosong. Ye, itulah kejadian misteri yang telah
menggemparkan disekitar johor bahru. Ianya terletak dicelah-celah
bandaraya disekitar City Square, Johor Bahru. Rumah yang telah usang
dimamah tahun telah lama dibiarkan kosong begitu sahaja. Khabarnya
rumah itu kosong disebabkan pemilik/penghuni rumah tersebut telah mati
di bunuh oleh perompak. Rumah kosong itu dulunya dihuni oleh keluarga
kaya raya/berada yang terdiri daripada ayah, ibu, serta dua orang
anaknya, seorang laki dan seorang perempuan. Mereka menghuni dirumah
tersebut semenjak bandar itu dibangunkan lagi. Tiba-tiba, ayah, ibu
serta abangnya mati dibunuh dengan begitu kejam oleh geng perompak
yang tidak dikenali. Anak perempuan keluarga tersebut terselamat dari
pembunuhan kejam geng perompak tersebut kerana dia sempat
menyembunyikan diri.

Anak perempuannya yang bernama Nurul terkejut apabila mendapati ayah,
ibu serta abangnya telah pergi meninggal dunia meninggalkan dia
keseorangan. Setiap hari dia hanya dapat berdiam diri serta menangis
didalam biliknya. Akibat rasa sedih yang memuncak, Nurul membunuh diri
disebabkan tekanan perasaan. Dia tidak dapat membendung kesedihannya
dan tidak dapat menerima kehilangan keluarga-keluarga yang selalu
berdamping bersamanya selalu.


Tapi tu dulu punya cite. Hampir 20 tahun juga rumah itu masih kosong
tanpa berpenghuni. Yang yul tahu, rumah itu betul-betul usang tidak
berpenghuni dan kosong. Tak tahulah pula kalau-kalau ada makhluk lain
yang menghuni rumah tersebut. Kalau dah lebih 20 tahun, mesti ada
makhluk lain yang menghuni rumah kosong tersebut kan? Rumah tersebut
sering dijadikan tempat the seekers. Bukan the seekers dalam
television tu ok seperti yang diheboh-hebohkan tu. Tapi ianya
budak-budak remaja yang meminati kisah-kisah mistik. Mereka nie jenis
tidak takut apa-apa pon. Orang kata hati keringlah.

Cerita nie ada dua versi, Kisah pertama. Menurut penduduk-penduduk
sekitar perumahan tersebut, sesiapa yang memasuki rumah kosong itu.
Pastinya mereka diganggu sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dari
rumah tersebut. Rumahnya bukan lah besar mana pon. Tapi, menurut
orang-orang disitu. Dah ramai orang yang masuk kat rumah tu. Tapi tak
jumpa jalan keluar. Kebanyakkan mereka adalah golongan remaja yang
masuk rumah tu. Kalau keluar terus jadi pendiam, meracau tak tentu
pasal, dan ada juga sesetengah yang sudah menjadi gila akibat tekanan
perasaan. Kalau yang pergi tapi tak ada ape-ape yang berlaku,
alhamdulillah lah kan.


Kejadian nie benar-benar berlaku terhadap seorang penggemar cerita
mistik yang hanya dikenali sebagai Nuar(bukan nama sebenar). Nuar
bersama rakan-rakan telah memasuki ke rumah kosong tersebut satu
ketika dulu ketika dia masih belajar lagi di Politeknek, Johor Bahru
pada 5 tahun yang lepas. Masa tu kalau tak silap pada tahun 2007,
kacak dan masih muda lagi. Mereka masuk ke rumah kosong berkenanaan
setelah dicabar oleh kawan-kawannya sendiri. Biasalah, time muda-muda
dulu, suka cabar mencabar. Pantang betul kalau orang lain mencabar.
Yela, takut digelar penakut pula. Nuar bersama rakan-rakannya telah
masuk ke rumah tersebut.

Masuk-masuk je, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka mula
menggeledah isi rumah berkenaan. Tanpa di duga, tiba-tiba je salah
seorang dari kawan mereka meracau tak tentu pasal seperti orang
dirasuk. Biasalah, ada tetamu tak diundang, tiba-tiba ada tetamu yang
hadir ke tempatnya. Memang kene kacaulah. Kawan-kawannya lain ada yang
mula berasa takut, ada yang cemas dan ada juga yang masih memberanikan
diri. Nuar mula meremang dan cuba memberanikan diri. Melihat keadaan
kawannya yang meracau itu, dia pon cuba menenangkannya. Kelihatan
kawannya itu semakin liar dan mengganas. Masa dia cuba menenangkan
kawannya yang meracau tu, tiba-tiba sekali lagi mereka dikejutkan
dengan tangisan seorang wanita. Mereka terdengar suara wanita menangis
teresak-esak yang tidak tahu mana datang arahnya. Keadaan menjadi
semakin panik, mereka jadi tak tentu arah. Beberapa orang dari mereka
cuba mencari suara tangisan tersebut. Dari tingkat atas sehinggalah ke
bawah. Tetapi hampeh, satu ape pon mereka tidak menjumpai asal bunyi
tangisan yang dicari tu. Dalam mencari suara tangisan tersebut,
tiba-tiba je mereka terdengar bunyi raungan orang menjerit-jerit
seperti orang dibunuh. Ye, jeritan tersebut merupakan raungan arwah
ayah, ibu serta abangnya yang dibunuh satu ketika dahulu. Keadaan
semakin kucar-kacir, bunyi tangisan wanita bersama jeritan orang
meminta tolong mula menghantui rumah tersebut. Tanpa melengahkan masa,
Nuar serta kawan-kawannya yang lain nekad untuk beredar dari rumah
kosong itu. Mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku
sekali lagi seperti kawannya yang masih meracau. Mereka membawa rakan
yang meracau itu sambil mencari keluar. Tapi mereka sekali lagi
dikecewakan, disebabkan jalan masuk yang mereka lalui tidak jumpa.
Kemanakah jalan tersebut menghilang? Wallahualam. Cuma tuhan je yang
tahu keadaan mereka masa tu. Nuar terus mencari jalan keluar sambil
membaca ayat-ayat suci al-quran yang telah dia pelajari daripada
gurunya. Akhirnya, dia kini dapat keluar juga daripada rumah tersebut.

Kawannya yang meracau tu telah pon menjadi gila akibat tekanan
perasaan. Nuar serta kawan-kawannya yang lain menyesal memasuki rumah
kosong tersebut yang penuh dengan misteri. Sehingga kini, nuar tidak
pernah mengikuti mana-mana lagi ke rumah kosong mahupon tempat yang
dikatakan mistik. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi
seperti ditimpa terhadap kawannya.


Kisah kedua nie berlaku ke atas seorang pelayan hotel yang bernama
Adie(bukan nama sebenar). Adie dalam perjalanan ingin pulang dari
Hotel Amsari menuju kerumahnya. Waktu tu jam menunjukkan pada pukul
12.40 malam. Maklumlah, masa tu Adie terpaksa jaga acara makan malam
ditempat kerjanya. Sebab tu dia pulang lewat sehingga ke tengah malam.
Hampir tiap-tiap hari Adie melalui dihadapan rumah kosong tersebut.
Jalan tu merupakan satu-satunya jalan pintas untuk pulang kerumahnya.
Sampai dijalan sekitar rumah kosong tersebut, Dia ternampak seorang
wanita berbaju putih sedang menangis teresak-esak. Lantas, adie
memberhentikan kenderaannya dan bertanya kearah perempuan tersebut
mengapa dia menangis ditengah-tengah malam begini? Wanita tersebut
menangis sambil menunjukkan arah ke arah jalan yang ingin ditujui.
Adie tidak mencurigai apa-apa pon.

Tanpa merasa was-was, Adie pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita
tersebut menyuruh Adie agar tidak memandu laju. Biarlah dengan membawa
perlahan sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa dia telah
kehilangan keluarga tercinta ketika dia berusia 15 tahun. Wanita
tersebut bercerita sambil menangis teresak-esak ketika melihat
kematian ayah, ibu serta abangnya dibunuh oleh perompak. Adie cuba
menenangkan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa setiap manusia
pasti akan kehilangan orang yang disayangi. Tetapi wanita itu terus
menceritakan kepada Adie bahawa berlaku 1 kejadian telah berlaku pada
dirinya. Wanita itu memberitahu Adie bahawa dia pernah mengelar
tangannya sendiri akibat tekanan perasaan. Adie lantas bertanya kepada
wanita tersebut "Masha'allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu
terus berkata, "awak nampak rumah tu? Disitulah saya membunuh diri
dengan mengelar tangan saya sendiri"..

Adie terus membaca ayat al-quran yang terlintas didalam kepala
otaknya. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa serta tangisan wanita
berkenaan yang tiba-tiba hilang begitu sahaja. Adie cepat-cepat
memecut kereta yang dipandunya tanpa menoleh kebelakang. Bila sampai
di rumah je, dia menceritakan segalanya kepada Atuknya yang tinggal
bersamanya. Atuknya yang berusia 77 tahun hanya tersenyum kerana
kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. Semenjak dari itu,
Adie jarang pulang lewat ke rumah dan tidak pernah melalui jalan
pintas tersebut.

Sehingga kini, rumah tu masih kosong dan dibiarkan begitu sahaja tanpa
berpenghuni. Macam mana dengan keadaan rumah tu, yul pon tak berapa
pasti lagi. Cuma mereka-mereka je yang tahu. Misteri tetap menjadi
misteri.

5 comments:

  1. Replies
    1. The Vampire Diaries: Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru ~ >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      The Vampire Diaries: Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru ~ >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      The Vampire Diaries: Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru ~ >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK 8A

      Delete
  2. Boleh tahan seramlah gak!

    ReplyDelete
  3. rumah ni dekat sblh mane?? cam xperasan la..

    ReplyDelete
  4. The Vampire Diaries: Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru ~ >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    The Vampire Diaries: Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru ~ >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    The Vampire Diaries: Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru ~ >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete