***
Seram gAk bile aku bace cite ni kat blog MJ12 ni.kalau aku confirm dh blah cpt2.pehhhh mmg seram lah kalau kena cmni kan.korang bace lah sndri pengalaman pendengar MJ12 ni ~
***
Gambar adelah hiasan semata-mata.ini hanyalah satu hiburan sahaja.jangan lah kita terlampau percaya ~
~ aida ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Thu, 22 Mar 2012 21:32:23
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kawan Emak
Selamat Malam DJ KC,
Saya Syanaz. Orang yang sudah dewasa dan waras dan tahu akan perkara
yang syirik, saya seperti tidak percaya apabila mengimbas kembali
perkara misteri yang pernah saya alami ketika saya kecil dahulu.
Ini adalah pengalaman saya, sehingga sekarang saya tidak boleh
lupakan. Suatu ketika dulu, semasa saya kecil, saya sering bermain
dengan jiran saya di halaman koridor rumah. Ketika itu tahun 80-an.
Hampir senja, emak saya pun pulang dari kerja, dia membawa balik kawan
kerjanya bersama. Saya dan jiran saya yang bernama Lyn pun salamlah
makcik itu. Kakak saya yang berada di dalam rumah, keluar menyambut
kepulangan emak. Tapi kami perasan kawan emak saya ni cara dia salam
dan tengok muka kami lain macam saja. Hingga jiran saya Lyn beliakkan
matanya kepada saya, memberi isyarat bahawa dia rasa sama tidak selesa
seperti saya.
Sedang seronok bermain, tiba-tiba kawan emak saya menurun. Dia
marah-marah, jerit-jerit dan mengerang-ngerang. Sesekali
menyembur-nyembur. Apalagi, saya dan Lyn terperanjatlah. Kami hendap
ke dalam rumah melalui tingkap. Kami nampak ada bunga-bunga, limau
purut dan kemenyan berasap. Makcik itu pun ada makan bunga-bunga itu.
Kami lantas berhenti bermain. Lyn pun balik ke rumahnya. Kemudian,
bapa saya balik dari kerja.
Bapa saya terperanjat apa yang dia lihat di depan muka pintu, tetapi
dia diamkan diri dengan muka yang masam. Kawan emak saya itu menyapa
bapa saya dengan suara yang garau dan sangat menyeramkan, "Cik Ahmad,
saya tahu awak tak suka akan kehadiran saya..." (diiringi bunyi
mengerang). Setelah selesai, makcik itu pun pulang. Dia berkata kepada
emak saya jangan risau, malam ini juga "Si Polan" akan diajar
secukup-cukupnya. Saya dengar lalu terpinga-pinga apa maksud makcik
itu dan lalu menanyakan emak saya. Emak marah saya dan suruh diam
jangan tanya apa-apa pun. Saya dan kakak saya rasa sungguh pelik.
Setelah makcik tu beredar, bapa saya memarahi emak saya kerana membuat
perkara yang syirik. Mereka kemudian bertekak. Tiba-tiba kawan emak
saya tadi muncul di depan pintu rumah. Kami semua terperanjat. Makcik
itu dengan suara yang garau, menegur bapa saya. Dia cakap bapa saya
tak boleh marah emak saya, emak saya tidak memanggil dia datang tetapi
dia yang ikhlas nak tolong emak saya. Selepas itu dengan sekelip mata,
makcik itu pun hilang.
Dipendekkan cerita, pada sebelah malam, tepat jam 12, suatu misteri
terjadi. Masa itu saya dan kakak saya sudah tidur, tiba-tiba kami
dikejutkan dengan dentuman yang sangat kuat. Bunyi dentuman tapak kaki
seseorang yang sedang berlari. Bunyinya mula-mula jauh, datang dari
arah kiri, selepas itu makin dekat, makin dekat, makin dekat, dekat
depan pintu rumah saya, seperti seseorang dikejar, kuat bunyi tapak
kakinya, macam gergasi yang sedang berlari. Kami rasakan seperti gempa
bumi. Selepas itu terdengar jeritan perempuan yang sangat kuat. Bunyi
yang sungguh menyeramkan itu lalu menghala ke arah kanan daripada kuat
lalu dengan perlahan-lahan hingga sampai di rumah jiran saya Lyn,
bunyi itu pun hilang.
Saya dengan kakak saya berpeluk ketakutan. Rupanya mak saya pun
dengar. Emak saya buka pintu dan keluar dari biliknya lalu menyuruh
kami membaca surah-surah dan tidur semula. Emak buka tingkap sedikit
untuk menjenguk ke luar, saya pun ikut berdiri di belakang emak, sibuk
untuk melihat apa yang terjadi di luar. Tapi tiada apa-apa pun yang
berlaku. Saya lihat di blok depan kami pun sunyi sepi saja.
Keesokan harinya seperti biasa saya dan Lyn bermain. Lyn bertanya
kepada saya, adakah saya dengar apa-apa tak pada malam yang baru
berlalu? Dia menceritakan kepada saya apa yang dia dengar semalam dan
mangatakan bahawa adik-beradik dan ibu-bapanya tidak dengar apa-apa
pun. Sesungguhnya, bapa saya pun kata, dia tak dengar apa-apa. Emak
saya cakap cuma orang yang salam kawannya itu sahaja yang boleh
dengar. Saya bertanya kepadanya apa makna semuanya ni? Emak kata bunyi
itu adalah musuh di tempat kerjanya. Dia telah dihapuskan oleh kawan
emak saya pada malam itu. Sehingga sekarang saya musykil. Siapa kawan
emak saya itu? Adakah dia "bomoh"???!!!
Terima kasih KC...
No comments:
Post a Comment