***
Aku memang suka bace kisah-kisah seram Yul ni. Menarik jugak sebab kisah die banyak kat JB. Maklum lah aku kan org JB so nak jugak explore about mystery's ni semua kan. Jom lah layan cite tentang dorm berhantu di kem JB. ~
***
~ wowwAida!!! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 12:51:00
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Dorm Berhantu Di Kem Sekitar Johor | Kisah Seram
Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan sebuah cerita
seram yang dengan penuh misteri. Kisah nie terjadi berdasarkan cerita
dari kawan yul dizaman persekolahannya satu ketika dahulu. Yul hanya
menaip dan dia je berceloteh. Apa-apa pon terima kasih kat amirul,
sebab kongsikan pengalamannya diganggu oleh makhluk halus. Jom layan
pengalaman beliau tu.
Ceritanya begini. Pada suatu hari tu, sekolah amirul ada mengadakan
kem motivasi untuk para pelajar di suatu tempat disekitar johor yang
namanya tak dapat disertakan sekali. Kem ini terletak agak jauh dari
johor bahru dan ianya terletak dikawasan pedalaman. Tragedi nie
berlaku pada tahun sekitar 2003. Kalau tak silap masa tu form 1 lagi.
Dipendekkan cerita. dekat tempat kem motivasi nie, semua pelajar
lelaki diasingkan tempat tidur iaitu dorm yang terbuat dari kayu.
Dikem ini terdapat 4 buat dorm, 2 dorm untuk lelaki dan 2 dorm untuk
perempuan. Dalam sebuah dorm tu ianya boleh memuatkan lebih kurang 12
orang. Memang besar jugak dorm tu. Kelengkapan dan kemudahan semua ada
dalam dorm tu, semuanya serba baru kecuali ada satu almari tu je yang
mempunyai almari buruk terletak dihujung penjuru.
Pada hari pertama, mereka menjalankan aktiviti seperti biasa seperti
yang diarahkan oleh fasililator disitu. Kami merasa sangat seronok dan
enjoy berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik kami
tempuhi.
Dan bermulalah pada malam kedua seterusnya. seperti biasalah mana-mana
kem motivasi pada hari kedua ada malam keinsafan atau malam sahsiah
diri. Waktu tu lah ada orang yang menangis tersedu-sedu, meleleh air
mata dan segala macam yang sama waktu dengannya. Memang meleleh beb
masa tu. Setelah aktiviti sahsiah diri, semua pelajar-pelajar
diarahkan pulang ke dorm masing-masing untuk tidur, dan disitulah
bermula peristiwa yang tidak dapat amirul lupakan sehingga kini.
Dalam dorm tu mempunyai katil dua tingkat sebanyak 6 katil satu bilik.
yang digabungkan menjadi rapat. Amirul tidur dikatil tingkat bawah.
Dia tidur dibarisan dua terakhir berdekatan dengan almari lama yang
telah nampak usang dan buruk.
Semasa amirul nak memujuk kawannya yang sorang tubernama Adi yang
masih lagi menangis teresak-esak tu sebab tak dapat menahan sebak
sewaktu dimalam keinsafan tersebut. Tiba-tiba entah macam mana amirul
tergerak pulak untuk melihat almari yang dah buruk tu. Amirul
ternampak bayangan seperti ada satu lembaga yang besar sedang melompat
ke atas tiang bumbung. Besar lembaga tu umpama badan manusia biasa.
Untuk pengetahuan korang, didorm nie tidak mempunyai syiling. Korang
bayangkanlah bagaimana bentuk rupa dorm tu. Memang agak seram kalau
nak tidur disini.
Amirul tidak mempedulikan bayangan lembaga tersebut kerana menganggap
ianya hanyalah imaginasi sahaja. Kemudian amirul menoleh kekawannya
semula untuk memujuknya. Tiba-tiba, dia amat terkejut, yang dilihatnya
bukanlah adi, tetapi sebuah makhluk yang berbungkuskan kain kafan
iaitu pocong. Masa time tu jugak ah bulu remang amirul terus naik
mendadak. Dia menggeletar ketakutan dan terus baring sambil menutup
mukanya dengan bantal sambil membaca ayat-ayat kursi. Dan sewaktu
itulah, katil tempat tidurnya seolah-olah bergegar dengan kuat seperti
orang yang mengamuk. Semua pelajar yang tidur di bilik tersebut turut
dapat melihat kelibat pocong dan dapat merasainya, tetapi tidak mampu
berkata apa-apa.
Kejadian nie berlaku sehinggalah ke subuh. Pelajar-pelajar disitu
hanya dapat mendiamkan diri sehinggalah fasililator datang untuk
mengejutkan mereka bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika itu,
ramai pelajar-pelajar didalam bilik dorm tersebut menangis tanpa henti
kerana perasaan yang amat takut sekali. Dan ditanya oleh fasi, "apakah
yang sebenarnya berlaku?". Diwajah fasililator tersebut seolah-olah
menyembunyikan sesuatu yang kami tidak tahu, sehinggalah kawan kami
yang bernama faisal terdengar perbualan fasi itu bersama guru kami
tentang peristiwa didorm itu. Fasi itu tidak ingin memberitahu perkara
yang sebenar kerana takut kami akan menjadi trauma setelah apa yang
berlaku. Rupa-rupanya dorm itu ada bekas terjadi satu peristiwa dimana
fasi terjumpa mayat didalam almari itu. Sejak kejadian terjumpa mayat
itu, ramai orang yang cuba mengalihan almari itu tetapi tidak boleh,
sehinggalah kini, almari tersebut masih tidak boleh dialihkan dan dorm
itu telah pon ditutup. Tiada siapa yang dibenarkan untuk masuk kedalam
dorm itu lagi.
Begitulah peristiwa yang terjadi. Seram kew? Bergantung kepada
pembaca. Ianya hanyalah sekadar perkongsian mereka mengenai diganggu
makhluk-makhluk ni. Orang kata sharing is caring kan kan.
No comments:
Post a Comment