Pages

Wednesday, 28 March 2012

Kejadian Rumah Baru Di Johor Bahru ~

***
Lagi kisah angker di JB !!! Pehhhh Orang JB memang berani gile!! Tapi betul ke semua cite-cite ni??? Itu aku tak dapat nak jawap sebab aku kurang mengalami kisah-kisah pelik mcm ni. Kalau kena pun takda seteruk ni. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:06:25
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kejadian Rumah Baru...

Assalammualaikum

Saya Intan. Saya ingin menceritakan kisah di rumah baru yang saya
duduki. Kisahnya begini. Ayah saya membuat keputusan untuk berpindah
ke Johor, iaitu di kawasan Taman Johor Jaya. Setelah membungkus
barang, saya dan keluarga pun berpindah. Ketika saya pertama kali
menjejakkan kaki di dalam rumah itu saya sudah rasa tidak sedap hati.
Serta-merta bulu roma saya meremang. Saya pandang muka ahli keluarga
saya tapi semuanya muka biasa sahaja. Kecuali muka kakak saya. Mukanya
pucat semacam. Saya tidak berani untuk membuka mulut. Jadi saya hanya
mengikuti langkah ayah saya.

Ayah saya pun menunjukkan bilik masing-masing kepada kami. Kebetulan
rumah saya cuma ada tiga bilik. Jadi saya satu bilik dengan kakak
saya. Bilik lagi dua diberi kepada abang dan ibu bapa saya. Saya
mengajak kakak saya pergi ke bilik. Tapi kelihatan kakak saya macam
rasa berat untuk pergi ke bilik kami. Saya pun menarik tangan dia.
Setelah seminggu berada di rumah itu tiada apa perkara yang aneh
berlaku. Tetapi tibalah satu malam yang memberi impak yang besar
kepada diri saya. Ketika itu hanya tinggal saya dan kakak saya sahaja
di rumah. Ibu bapa saya pergi ke rumah saudara kerana ada kenduri
kecil-kecilan.

Seingat saya, saya tersedar dari tidur kerana tekak terasa sangat
haus. Bilik saya berada di tingkat atas. Jadi saya terpaksa menuruni
tangga dan melalui ruang tamu. Saya pun keluar dari bilik lalu melalui
ruang tamu. Ketika saya melalui ruang tamu, saya ternampak kelibat
seorang wanita sedang duduk di sofa menghadap ke arah televisyen. Saya
tidak mengesyaki apa-apa kerana terfikir itu mungkin kakak saya. Saya
pun beredar untuk meminum air. Ketika saya membuka peti sejuk, saya
mula terfikir. Kalau wanita itu merupakan kakak saya yang sedang
menonton television, kenapa television tidak dihidupkan? Kenapa lampu
tidak dinyalakan? Dan saya tersedar yang ketika saya bangun tadi, saya
sempat menjeling katil di sebelah. Kakak saya sedang tidur dengan
nyenyak. Tak mungkin kakak saya turun lagi cepat dari saya.

Saya terus terfikir siapa wanita itu? Saya terus beristighfar dalam
hati. Dengan teragak-agak saya beredar dari dapur. Saya mengintai
sedikit ke ruang tamu. Kelihatan wanita tadi tiada di sofa. Saya terus
melepaskan nafas lega. Saya pun berjalan dalam gelap untuk menaiki
tangga. Tiba-tiba saya perasan di tepi saya macam ada orang. Saya
menoleh di tepi. Bayangkan, wanita itu ada di sebelah saya. Sangat
dekat dengan muka saya. Mukanya sangat menyeramkan. Kelihatan muka
wanita atau hantu itu berkopak. Lidah terjelir, mata berwarna merah.
Dia memandang muka saya. Pandangannya sangat tajam.

Sambil merenung muka saya, dia berkata, "Lenapa? Kau terkejut tengok
aku? Kau dah kacau rumah aku. Aku tak terkejut pun." Saya tak tahu
kenapa, lidah saya kelu dan badan saya tidak boleh bergerak. Hanya di
dalam hati saya berdoa kepada ALLAH. Dengan lafaz
"Bismillahhirahmanirrahim", saya menjerit menyebut nama ALLAH dan
Alhamdulillah suara saya dapat didengari dan badan saya boleh
bergerak. Saya terus menjerit memanggil nama kakak saya. Tapi
tiba-tiba saya merasa ada sesuatu yang memeluk saya sangat kuat dan
menghentak kepala saya dengan kuat. Saya terus pengsan tidak sedarkan
diri.

Ketika saya sedar, saya nampak keluarga saya mengelilingi saya bersama
dengan seorang Ustaz. Ustaz itu menceritakan tentang rumah yang kami
duduki ini ialah rumah syaithan. Alhamdulillah, Ustaz itu dapat
membuang segala syaithan yang menghuni di rumah saya. Selepas seminggu
kejadian itu, saya jadi lebih pendiam. Saya menanyakan kakak saya
tentang hari pertama memasuki rumah itu kenapa mukanya pucat. Kakak
saya menceritakan ketika dia memasuki rumah itu bulu romanya meremang
dan dia ternampak kelibat seorang perempuan di dapur. Saya jadi
pendiam kerana masih takut dengan kejadian itu. Akhirnya saya kembali
kepada asal selepas setahun kejadian itu..

Terima kasih dan selamat malam...

3 comments:

  1. taman johor jaya? jalan apa ya? saya macam tahu rumah ni...berdekatan dengan giant plentong klu tak silap..

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

    .

    ReplyDelete
  3. tahun depan nak datang raya rumah , bagi alamat hehe

    ReplyDelete