***
Penakot punya org putih. Sampai terkencing dalam seluar! Hampeh betul. Tapi kalau org dah takot, macam-macam boleh jadi kan. Best gak cite ni. Ape yg buat die sampai terkencing ek? Nak tau kena baca. ~
***
~ wooowwww Aida! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 14:17:36
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Cerita seram
Peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah
syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku
bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand.
Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah
dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan
tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00
malam.
Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos
interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku
pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir".
"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku
pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit
jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja.
"Well, I hope you're free today coz we've to stay back until late
night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow
evening," katanya padaku dengan tegas.
Emmmm…. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana takde sapa yang
tau sangat pasal projek ni.
Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam
dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lamabalik dan
tinggallah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan
dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat.
Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya,
tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar
tingkap.
"What's that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar
kearahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah, aku jadi
terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang merenung ke arah
kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu
juga bos aku. Lembaga itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang
sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar
biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar
bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat
bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci.
Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi dan apa-apa lagi yang
aku ingat. Lembaga seperti pontianak itu berterbangan di atas meja
kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam
berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba
mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah
hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung.
Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak
nampak lembaga itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia
pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun
takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku. Aku lihat bos aku dah
pengsan, akupun call guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke
pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa
yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku
ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan
merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak
guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti
terkena histeria dan mengatakan "It's a ghost ! I saw a ghost just
now." Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik.
Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi.
Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus
menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang
tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah
le lagi menyiapkannya secepat mungkin. beliau membisikkan pada aku
supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain.
Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air
kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan
beliau pun macam paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya
selama seminggu."
No comments:
Post a Comment