Pages

Sunday, 25 March 2012

KiSaH SeRaM ZaMaN SeKoLaH ~

***
Morning all..pagi yg ceria hari ni. Ayah aku belikan nasi lemak ayam untuk sarapan aku hari ni. Nyummmmy..sedap bukan main lg. Malam td aku sempat juga bace kisah seram ni kat satu blog. Meremang jugak bila aku baca sebab malam td dh terlampau cite hantu yg aku bace and tengok. Korang baca lah kisah seram di zaman sekolah ni. Aku nak sambung makan ni. ~
***
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sat, 24 Mar 2012 23:26:39
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kisah hantu zaman sekolah; Pandang kanan nampak PUTIH, Pandang kiri
nampak HITAM...

Alhamdulillah dapat juga aku luangkan masa nak menulis setelah sekian
lama aku tak berkesempatan.. Pernah tak dengar kisah-kisah hantu zaman
sekolah dulu.. banyakkan? kisah histeria? lagi banyakkan? kisah hantu
dengan asrama ni dah terlalu sinonim.. ada yang kadang-kadang aku
dengar sama saja kisah-kisah itu cuma ditambah sana ditolak sini. Apa
pun ada juga yang boleh dijadikan pengajaran.. Jadi apalah salahnya
kita berkongsi ek.huhu.


dulukan selepas aku pindah sekolah ke sekolah asrama penuh SEKOLAH TUN
FATIMAH (STF), adalah satu ketika tu, pihak EDAR (Exco Dakwah
Ar-Ruhiyyah) nak cari calon-calon yang sesuai untuk organisasi mereka,
disebabkan senior-senior semua nak bersara.. Masa tu, aku memang dari
sekolah agama, jadi ada kawan-kawan yang cadangkan aku pergilah sekali
join.. nak-nak pula syarat dia kena bagi ucapan sepatah dua kata kat
depan surau sambil didengari oleh junior dan senior. so selepas itu,
diorang akan vote lah siapa yang diorang rasa layak.



bukannya aku rasa aku layak tapi aku rasa macam seronok pula dapat
share something. aku tak nak berucap tetapi aku nak sampaikan sesuatu.



jadi malam itu, aku pun mulakan kisah aku tu....



ada sebuah sekolah asrama tu, terdapat sekumpulan pelajar-pelajar
nakal.. memang nakal semuanya, tapi nakal setakat ponteng kelas,
ponteng surau, fly dari sekolah.. macam itulah lebih kurangnya.. semua
cikgu kenal dengan perangai semua pelajar tu.. kesemuanya 6 orang
pelajar perempuan.. Kemudian suatu hari, seorang dari mereka bagi
cadangan..


" Weh, esok Qiamulail korang pergi tak? Jom pergi! "


" hah? tanduk aku belum hilang lagi beb "


" weh, jomlah pergi.. sesekali buat baik. apa salahnya, kan dah nak exam ni"


" hmm, nantilah fikir dulu, hari Ahad beb, sekali seminggu. aku nak
bangun lambat"


Akhir sekali semua macam dah setuju kecuali Zila yang agak berat hati
nak tinggalkan katilnya pagi-pagi buta tu. Keesokkan pagi-pagi Ahad,
Zila tergerak hati nak pergi.. bangun tengok dah jam sudah lewat
gila.. dia pun tak fikir panjang terus bergegas ke surau.



Ketika itu, jemaah dah mulakan solat sunat, Zila solat di barisan
belakang sekali.. ketika dengar bacaan yang dibaca oleh si Imam memang
Zila sedikit kagum.. kenapa suara dia lunak semacam.. memang Zila rasa
kagum dan sedikit kesal sebab selama ni dia jarang sangat pergi surau.
Memang lunaklah, lain dari yang lain. tak pernah aku dengar suara
orang selunak macam ni. Satu persatu solat sunat dikerjakan sehingga
solat Subuh.



Apa yang menghairankan, sikit pun suasana tu tak menyerupai suasana
pelajar asrama berjemaah. Padahal Zila nampak kawan-kawan dia duduk di
saf depan.. semua jemaah Zila kenal. tapi tak macam dulu, kalau dulu
semua orang pantang lepas solat je pandang kiri kanan berborak-borak,
ada juga yang membuta pelbagai posisi, tak kurang juga amik port kat
luar surau sementara nak tunggu azan subuh berkumandang. Lagi pelik
tak ada orang yang bangun pergi amik wudhu'. semuanya terlalu khusyuk
berzikir.sangar mengagumkan.. terdetik dalam hati, semua orang dah
berubah sebab nak exam ke? yaAllah aku saja ke yang tak berubah-ubah.



masuk solat Subuh, seperti biasa kerjakan solat subuh.. tetapi disaat
memberi salam, Zila beri salam sebelah kanan.. semuanya PUTIH belaka..
beri salam sebelah kiri, semuanya HITAM belaka.. YaAllah kenapa ni.
Masa tu entah kenapa Zila rasa seram sejuk. tak fikir panjang Zila
bergegas balik ke blok.



Paginya, Zila tegur kawan-kawan dia..


" korang pergi Qiam tak bagitahu aku eh?" semua pun tercengang-cengang.


" Qiam? "


" Yelah siap saf depan korang solat. aku je ni yang kat belakang.
nampak aku pun buat tak tahu je."


" Zila sayang, apa kau merepek ni. Qiam pagi tadi kan dah dibatalkan.
Semalam AJK SURAU dah buat announcement time lepas baca Quran."


" hah? "


" tulah lain kali, orang baca Quran jangan tidur ke dengar lagu ke.
jangan main-main beb, pagi tadi memang tak ada Qiam, solat Subuh
Jemaah pun takde"



muka Zila dah pucat lesi. hampir pitam dia kat situ juga dengar
penjelasan kawan-kawan dia. bila dia ceritakan kat kawan-kawan dia,
semua pun macam sedar dengan tidak. melopong mulut masing-masing.
Sejak dari hari tu, Zila dengan kawan-kawan dia antara orang yang
solat di saf paling depan, setiap kali Qiam mereka akan sama-sama
pergi.



entahlah, ini memang kisah benar kalau betullah cerita senior aku..
katanya, solat tu diimamkan para malaikat. yaAllah benarkah? aku pun
kurang pasti... kalau benarlah, betapa untungnya Zila. Alhamdulillah
sekurang-kurangnya insiden itu membawa kesedaran bukan hanya pada Zila
tetapi rakan-rakannya.



Bila aku habis sahaja ucapan opsss cerita yang panjang lebar tu, aku
terus pergi belakang surau.. sebab masa tu tiba masa untuk vote.
paling memeranjatkan aku, vote pelajar lain menyebabkan aku dapat
pegang jawatan SETIAUSAHA. memang agak besar tanggungjawab tu sebab
antara jawatan yang tertinggi. sedangkan aku rasa aku sangat tak
layak...berat wehhhhhh.... aku ni dah lah bertanduk. aishhhh.
disebabkan jawatan itu aku pun mula berubah sedikit demi sedikit.
yelah, nanti orang kata nama je setiausaha EDAR tapi perangai!!! tapi
akhirnya, aku letak jawatan sebab aku rasa masih ramai lagi yang
layak.. Ustazah tak bagi, ustazah kata, awak kena bawa juga. bila dah
banyak kali aku jumpa merayu barulah ustazah bagi aku lepaskan jawatan
tu dengan syarat aku kena pegang jawatan NAIB setiausaha. layanlah....
kadang-kadang aku rasa senang ceritakan kisah-kisah yang boleh
dijadikan teladan.. kawan-kawan aku kata, tak apa sebagai penarik
orang datang ke surau sekurang-kurangnya.

7 comments:

  1. pehhh mmg meremang aku baca.-N

    ReplyDelete
  2. Seram :'D Takut nak balik asrama nanti -.-'

    ReplyDelete
  3. http://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html
    http://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html


    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : VIPDOMINO99
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete

  4. hai gan ayo gabung bersama kami di situs terbaik kami hanya
    di game online domino 99 Dan kalian bakalan menangkan banyak hadiah menarik
    ayok segera bergabung ya gan.

    ReplyDelete

  5. hai gan ayo gabung bersama kami di situs terbaik kami hanya
    judi dadu online Dan kalian bakalan menangkan banyak hadiah menarik
    ayok segera bergabung ya gan.

    ReplyDelete