***
Bab mimpi ni aku dah selalu kena tapi aku tak mempercayai benda-benda macam ni pun. Bagi aku mimpi mainan syaitan laknatullah je kan. Kalau betul pun maybe secara kebetulan. Kisah kali ini adalah pengalaman dari saudara or saudari ni berkenaan mimpi.jomm layannnn. ~
***
~ wowwAida!!! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Mon, 26 Mar 2012 22:56:56
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Mimpi Yang Seram Assalamualaikum
Kejadian ini terjadi dua tahun lepas. Pada hari Khamis malam Jumaat,
pakcik saya datang untuk meluangkan masa bersama saya dan adik-beradik
saya. Maklumlah beliau ini masih solo. Dipendekkan cerita, sedang saya
bermain komputer di dalam bilik, pakcik dan adik-beradik saya yang
lain sedang duduk berehat di ruang tamu.. Saya sendiri di dalam
bilik..
Setelah itu, kami semuanya tidur. Pakcik saya tidur di bilik saya
tetapi di bawah lantai beralaskan tilam. Saya dan dua adik perempuan
saya tidur di katil. Saya tidur di tengah-tengah. Pakcik saya tidak
menutup pintu atau merapatkan pintu ketika mahu tidur. Saya pula
pantang jika tidur tidak menutup pintu. Saya mudah diganggu menerusi
mimpi. Itulah yang sering terjadi kepada saya tetapi saya enggan pergi
berubat kerana berasa takut.
Seperti yang saya katakan, sedang saya tidur, saya diganggu lagi
menerusi mimpi. Saya melihat seorang perempuan berjubah putih dan
rambut panjang yang mengepung muka sedang sujud melihat saya. Saya
terus memerhatikan 'benda' itu. Makhluk itu merangkak perlahan-lahan
menuju ke arah saya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya rasa
begitu susah untuk sedarkan diri saya. Mata saya terus memerhatikan
'benda' itu. Dia memanjat katil saya. Mimpi itu terasa begitu
menyeramkan. Semuanya seperti realiti.
Benda itu menunjukkan wajahnya yang sebenarnya. Begitu hodoh dan amat
menyeramkan, sambil merangkak atas tubuh saya. Benda itu memanggil
nama saya, "Farhana" berkali-kali dengan begitu sayu dan menyeramkan!
Saya cuba untuk bangun dari tidur saya tetapi terasa seperti ada
sesuatu yang menahan saya. Apabila benda itu semakin dekat dengan
wajah saya, Alhamdullilah saya berjaya bangun dari tidur saya.
Tercungap-cungap nafas saya seketika. Terasa peluh di seluruh badan.
Saya mengejutkan pakcik saya. Beliau terperanjat mendengarnya. Satu
badan saya terasa sejuk dan menggigil ketakutan. Beliau mengejutkan
ibu dan ayah saya. Mereka menyuruh saya membaca surah Al-Fatihah dan
istighfar banyak kali. Setelah itu barulah aman tidur saya. Sejak
kejadian itu, keluarga saya terus bawa saya berubat. Alhamdulillah,
dengan keizinannya, tidur saya tidak diganggu lagi. Memang aneh kerana
setiap kali saya akan diganggu menerusi mimpi. Saya sudah banyak kali
diganggu menerusi mimpi. Pernah saya bermimpi mendengar suara mengilai
dan seperti suara jin yang ketawa. Yang lebih pelik ketika saya sedang
mimpi, mimpi itu kelihatan seperti realiti. Memang perkara ini pelik
tetapi itulah kenyataan terjadi pada diri saya.
No comments:
Post a Comment