Pages

Monday, 26 March 2012

Penumpang bertelekung Di Bulan Ramadhan ~

***
Ini benar-benar pengalaman aku semasa bulan ramadhan..tahun bila tu aku dah tak ingat tapi dah lama jugak lah sebab time tu adik aku belum berkahwin dan sekarang mempunyai dua orang cahaya mata..Mestilah dah lama kan cite ni.


Masa tu lepas berbuka bersama keluarga aku,Mak aku sibuk pulak nak siapkan bahan-bahan untuk sahur nanti. Yelah aku ni mempunyai ramai adik beradik so faham-faham jelah kan.

Masa tu aku ingat lagi mak aku nak masak rendang daging and sayur kobis goreng..kebetulan mak aku terlupa nak beli santan and kobis masa pergi pasar pada sebelah pagi hari tu. Mak aku ni pun suruh lah aku pegi kedai sementara kedai belum tutup,so takkan lah anak dara nak jalan kaki memalam buta sorang-sorang pulak tu kan.


Bapak aku pun mintak lah abang aku ni bawak aku naik motor die untuk ke kedai. Abang aku pulak kalau dah kenyang asyik fikir nak tido je. Maklum lah disiang hari tu die letih kot sebab kerja die memerlukan tenaga yg banyak.pastu aku pun naik lah motor dengan die.walaupun kedai dekat still gak kiteorg pakai helmet beb, pemandu dan penumpang berkhemah lah kata kan.

Abang aku bwk slow je motor pada malam tu..abang aku baru nak kuar ke satu lorong ni.. kiteorg nampk seorg pakcik naik motor ni bwk anak kck die ( ank die dlm 5 or 6 tahun lah kot) kat depan. Jadi dua org jelah yg kat motor tadi. Pakcik tu pakai kain pelekat,songkok dan baju melayu.

' Baru balik terawih kot', kata ku sendirian. Sbb aku nmpk die td nk masuk lorong tu yg abang aku pulak nak kuar dari lorong tu. Tak sampai 2minit, abang aku pun tak kuar lagi dari lorong tu motor tadi memotong abang aku dan kali ni kami nampak perempuan bertelekung serba putih membonceng motosikalnya!!! Makkk oiiittt! Tak mungkin lah sbb kat lorong tu semua orang cina,mane adw og melayu kan. Kalau btl pkcik td amik bini die pun tak mungkin secepat ini. Dah lah tu perempuan tu duduk kat belakang tu macam orang dulu-dulu bonceng basikal ( die tak duduk macam org normal bonceng motor lah, faham kan? ).


' Noi, ko nampak tak tu?' Abang aku bertanya dengan nada terketaq.
' Hantu ke Orang tu along?', aku aju kan kembali soalan kat abang aku.
' Bulan puase pun ade ke????!!', abang aku terus memecut motornya dgn laju disebabkan terlalu takot.


Sampai je kat umah aku cite kat family aku semua org gelakkan aku. Hampeh betul. Tapi aku yakin perempuan itu bukan manusia..Wallahuallam. ~
***

No comments:

Post a Comment