Pages

Friday, 23 March 2012

Panggilan Dari Teman Yang sudah Meninggal Dunia ~

***
Aduhaiiiiiiiii!! Aku tak nak lah orang yang dah meninggal call aku!! Boleh kena heart attack aku ni tau tak!! Ishhkkk seram jugak! Korang bace lah kisah yg aku petik dari blog MJ12 ni. Kenapa lah malam ni aku rase serammm je ni. Malam ni aku nk dgr lah misteri jam 12.hehe. ~
***

~ gambar diatas hanya lah hiasan semata-mata ~
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Thu, 22 Mar 2012 21:30:41
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Panggilan Dari Teman Yang Dah Meninggal Dunia

Assalamualaikum KC,

Saya ada pengalaman yang hendak diceritakan kepada pendengar-pendengar
Misteri Jam 12. Tujuan saya cerita saya ini bukan lah untuk menakutkan
dan mengaibkan sesiapa. Nama saya Naz, saya berasal dari sebuah daerah
di Johor. Pengalaman yang ingin ceritakan ini berlaku pada beberapa
kawan saya.

Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu saya serta
kawan-kawan sedang meniti alam remaja. Yelah pada zaman itu kami dalam
suasana keseronokan. Pada akhir bulan Oktober pada tahun itu, saya dan
kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang
kawan saya yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung. Bila
dapat berita yang mengejutkan ini, saya serta kawan-kawan yang lain
berasa amat terkejut kerana selama ini arwah tidak menunjukkan
tanda-tanda dia sakit.

Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan
jenazah arwah, saya serta kawan-kawan yang ada turut sama menghantar
jenazah hingga ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Setelah jenazah
dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah seorang kawan saya
yang bernama Din telah bertanyakan pada saya samada saya ada nampak
telefon bimbitnya atau tidak. Saya mengatakan tidak nampak, mungkin
dia tertinggal di rumah. Masa itu saya dan kawan-kawan hanya mampu
pakai telefon bimbit Nokia 3310 sahaja. Untuk memujuk kawan saya pada
masa itu, saya beritahu mungkin masa dia datang ziarah tadi dia tidak
membawa telefon bimbitnya.

Kawan saya cakap kalau telefon hilang tidak mengapa, cuma dia
runsingkan adalah "SIM Card" di dalamnya. Sebab nombor saya serta
kawan-kawan yang lain ada tersimpan di dalamnya. Dipendekkan cerita,
setelah tujuh hari arwah kawan saya meninggal, salah seorang kawan
saya yang bernama Mat telah mendapat panggilan telefon dari nombor Din
yang telah hilang tempohari. Mat mengatakan sebaik sahaja dia menjawab
panggilan telefon itu, Mat telah terdengar suara yang berada di talian
adalah suara arwah kawan saya yang meninggal dunia hari itu.

Telefon bimbit kawan saya telah terjatuh semasa menguruskan jenazah
arwah. Bukan Mat sahaja yang mendapat panggilan telefon itu, tiga lagi
kawan saya juga telah mendapat panggilan telefon itu. Arwah mengatakan
dia akan menunggu kami datang di tempat yang biasa kami berjumpa
setiap kali keluar pada jam 12 malam. Selama empat hari berturut-turut
kawan-kawan saya mendapat panggilan yang menyeramkan itu. Sebulan
selepas itu tiada lagi panggilan yang menyeramkan itu. Mungkin
disebabkan telah kehabisan bateri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat
dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Sekian dan selamat malam..

2 comments: