Pages

Thursday, 22 March 2012

Radio Hidup Dengan Sendirinya

***
Ni ade cite best skt lah dr blog MJ12. Aku copy utk korang bace ok. Selamat MaLaM jumaat ye.hihihi~
***
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Thu, 22 Mar 2012 21:36:39
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Radio Hidup Dengan Sendirinya

Assalamualaikum KC,

Nama saya Aza. Saya tinggal di kawasan Punggol. Tiga tahun lepas saya
baru berpindah ke rumah baru. Ceritanya begini. Saya tinggal dengan
anak saya yang baru berusia setahun, dan seorang pembantu rumah yang
tidur di bilik berasingan. Pertama kali kami diganggu, adalah minggu
pertama kami duduk di rumah baru kami. Malam itu, suami saya bekerja
syif malam. Tinggal saya dengan anak perempuan saya yang berusia
setahun tidur di bilik utama kami, dan pembantu kami tidur di bilik
sebelah. Pada waktu tu sekitar pukul 3 pagi, anak saya mula menangis.
Macam biasalah, saya fikirkan bahawa dia mahukan susu dan sekaligus
saya akan tukarkan lampin pakai-buangnya.

Selalunya, saya akan bangun dan keluar pergi ke dapur untuk membuatkan
susu untuk anak saya itu. Tapi malam itu, anehnya, saya tergerak hati
untuk menelefon pembantu rumah saya untuk membuatkan susu untuk anak
saya, sementara saya akan tukarkan lampin pakai-buangnya. Dia pun
mengangkat dan saya menyuruh dia buatkan susu. Dalam seminit selepas
itu, pembantu saya masuk ke bilik saya, memberikan saya botol susu
anak saya, sementara menanyakan saya, "Kak Ngah (panggilan nama saya
dalam keluarga suami saya) tadi terlupa tutup radio di luar ya?" Saya
terfikir sejenak. "Sejak bila aku dengar radio di ruang tamu pulak?",
terdetik hati saya. Setahu saya, selalunya sejurus sahaja anak saya
tidur, saya akan menyusul masuk tidur selepas mandi dan solat Isyak.
Tak pernah pula saya nak dengar radio.

Radio, atau lebih tepat lagi, sistem bunyian di ruang tamu saya
mempunyai satu fungsi bernama "blueray soundbar" yang saya letak di
atas dinding, bawah tv. Saya perlu tekan butang "touchscreen" pada
panel sistem itu untuk hidup / matikan sistem itu atau menaikkan /
menurunkan tahap suara. Alat pengawal jauh pula tersemat di dalam
bekas yang saya gantung di lengan sofa sebelah kanan. Pendek kata, tak
mungkin sesiapa boleh tertekan alat pengawal jauh itu dengan
sendirinya. Selamatlah saya suruh pembantu buatkan susu, kalau tak,
saya yang lemah semangat ni mesti cuak gila sey!

Selepas pembantu saya memberitahu saya yang radio luar tu bersuara,
saya lekas2 suruh dia keluar balik dan mematikan radio itu. Nasib baik
pembantu rumah saya yang saya panggil "Bibik" itu tidak takut orangnya
dan kuat mengaji di rumah saya itu. Dia pun keluar untuk mematikan
radio itu. Selepas itu saya tak boleh tidur! Saya telefon suami saya
dan memberitahunya tentang hal itu. Suami pula cuba menenangkan hati
saya dan berkata, mungkin sistem bunyian itu rosak. Saya pun membaca
Ayatul Kursi, Ayat Tiga Qul dan hidupkan surah "Al-Baqarah" di alat
pemutar ayat-ayat suci Al-Qur'an dan saya tidur bersama anak saya.

Keesokan malam, suami tak bekerja. Seperti semalamnya, anak saya
menangis sekitar pukul 3 pagi kerana dia hendak susu. Suami keluar
pergi dapur untuk menyiapkan susu. Tak sampai beberapa saat, dia
pulang masuk ke bilik semula, dan berbisik, "Dee, radio bunyi lagi..."
Meremang bulu roma saya. Dia terus keluar dan mengetuk bilik pembantu
rumah saya. Selepas dia kembali memberi botol susu kepada anak saya,
kami menyuruh Bibik duduk menemani anak kami sementara kami keluar
untuk periksa keadaan. Apabila kami hendak keluar bilik menyusul
lorong ke ruang tamu, suara radio kedengaran makin membesar!!! Kami
memang rasa amat takut!!! Lagipun sebab beberapa hari sebelum kejadian
ini, pintu utama rumah kami pernah diketuk tapi apabila saya buka,
tiada orang!!!

Waktu itu, suami kerje syif petang, dan kejadian terjadi sekitar pukul
11 malam. Saya buka sebab memang menunggu suami pulang ke rumah pada
waktu itu. Bila telefon suami, dia baru turun MRT di stesen Punggol.
Saya dah naik takut jugalah. Apabila suami hendak masuk ke rumah, dia
terhenti di luar koridor kami. Dia memanggil saya untuk keluar
jumpanya. Apa yang kami lihat bertentangan bangunan rumah kami adalah
tempat letak kereta bertingkat. Di tingkat empat bangunan itu, kami
lihat lembaga hitam sedang tegap berdiri di atas bumbung. Lama juga
kami perhatikan, sebelum membaca Ayatul Kursi, ayat Tiga Qul, dan
pulang masuk ke rumah kami. Kami akur, mungkin daerah rumah baru
tentulah ada makhluk2 yang menghuni sebelum orang2 masuk berpindah.
Kami buat seperti biasa sahaja. Malam tu pula anak kami tidak boleh
tidur betul, tapi kami sangkakan perut kembung.

Kembali kepada kisah awalnya. Kami matikan radio dan mencabut "plug"
utama. Suami mengambil keputusan untuk menghantar balik sistem bunyian
itu. Dia beri alasan, fungsi radio tak boleh tukar ke fungsi lain.
Entah apa dia kelentong dengan orang kedai, akhirnya dia dapat tukar
kepada yang baru. Susah juga, sebab kedai tak dapat jumpa sebarang
kerosakan pun. Semenjak malam itu kami akan pastikan bahawa suis utama
akan dimatikan jika kami tidak menggunakan sistem bunyian itu.

Terima kasih KC. Selamat malam, dan assalamualaikum!

1 comment:

  1. serupa giler dengan kejadian yang berlaku dekat saya...tak pasal2 radio dalam bilik mama saya on sendiri dengan volume yg kuat...biler masuk nak tutup...saya slow kan dulu volume..terkejut saya biler tengok volume tu cecah 60..paling tinggi..saya tutup n matikn suis..slepas beberape bulan kakak saya pulak kene..waktu siang pulak tu...hish2...

    ReplyDelete