Pages

Tuesday, 27 March 2012

Bilik Sewa Yang Menyeramkan ( part III ) ~

***
Sambung balik cite pasal bilik sewa ni. Aku punya tangan dah kebas dah ni, asyik menaip je hari ni. Aku tengah demam pulak ni.. Sakit kepala aku tapi aku gagahkan diri menghabiskan pengalaman seram aku semasa tinggal di rumah sewa tu..


Yang membuatkan aku mengambil keputusan untuk balik semula ke JB kerana aku tak sanggup diganggu oleh makhluk terkutuk tu.mana ade orang yang boleh tahan diganggu hari-hari.kalau dengan manusia ok lagi, ni dengan benda yang kite tak boleh nampak!!!


Kisah yang ni terjadi selepas sebulan aku tinggal kat sana..actually aku dah tak tahan jugak sebab semakin hari semakin teruk aku kena kacau..ade satu hari tu time aku cuti aku cuci lah baju pakai tangan dan keringkan kat mesin basuh. Mesin basuh tu berada kat tingkat atas sekali. So lepas aku keringkan aku sidai lah kat ampaian kat atas tingkat 3 tu. Pastu aku turun ke bilik aku dan berehat lah selepas penat bekerjA. Bangon je dari tido aku terus naik atas dan nak angkat baju-baju aku tu, alangkah terkejutnya aku pakaian aku semua dah tak ada kat ampaian tadi!!!!


Aku sempat menjerit sekejap. Nasib baik takda orang kat umah tu. Aku pun terus berlari masuk bilik aku dan lagi sekali aku tergamam apabila pakaian yang aku jemur tadi sudah siap dilipat di atas katil!!!! Masa aku bangon tido mana ada apa-apa kat atas katil melainkan bant" dan selimut aku je!!! Ni memang dah sah ada yang tak kena ni. Aku tak berani nak bagitau sesiapa pun takot orang ingat aku mimpi or tak betul je. Buat Malu je nanti.


So aku ambik keputusan utk balik ke rumah parents aku kat Jb semula. Aku tak sanggup diganggu macam tu. Aku sempat jugak siasat apa yang terjadi kat rumah tu..rupanya dulu ada kes bunuh diri dalam bilik yang aku tinggal tu!! Punya lah terkejut aku apabila mengetahui cite tu dari mulot vivian. Kenapa tak bagitau aku awal-awal kan?? Budak perempuan yang mati bunuh diri tu adalah kaum cina dan kejadian itu berlaku baru beberapa bulan sebelum aku pindah ke situ.


Nak kata sewa murah tak juga..memang mahal sewa kat situ.. Tapi tu pengalaman yang sangat menakotkan bagi aku. Aku dah serik tinggal kat umah sewa cina ni. Memang suwei betul. Nasib baik tak ikot aku sampai JB kan..Alhamdulillah..~
***

No comments:

Post a Comment