***
Morning Malaysia.. Pagi-pagi perot dah meragam..bahang matahari aku boleh rase walaupun skrg aku berada dalam aircond. Pagi ni aku nk berkongsi kisah seram ini. Korang penah tak diganggu semasa korang stayback kat ofis waktu malam?? Kalau ade sila share kat blog ni k. Kami sedang mengumpul segala macam kisah yang berunsur paranomal. Terima Kasih.~
***
~ wowwAida!!! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 23:25:33
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kisah Seram
Assalamualaikum.....
Kita nak tambah koleksi kisah seram dalam blog kita nie. Ingatkan
takder yang berminat, tapi rupa2nya ada juga yang sudi baca. Terima
kasih. Selain daripada u all, Adam pun suka dengan kisah2 seram nie.
Ok, ini pengalaman pertama kita ditimpa kejadian seram di office ini,
lebih kurang 8 tahun yang lalu.
Masa tu, office nie memang baru dibuka. Kami pun baru pindah ke sini
selepas selesai urusan renovation dan sebagainya. Pada masa yang sama,
perpindahan ke sini juga bermaksud perpindahan majikan. Sebuah
syarikat yang baru dibuka dan kita pun dilantik sebagai salah seorang
HR person. Oleh kerana syarikat baru dan jawatan baru, maka sangat
banyak kerja yang harus diuruskan. Weekend, weekdays seumpama tiada
beza. Malam dan siang tetap di dalam pejabat. Oleh itu, ada masanya
kita akan stayback di pejabat untuk menyelesaikan kerja selagi mampu.
Faham2lah kalau dah duduk seorang diri nie, malam2 pula tu..memang
rasa sunyi. Selain sunyi, adala sedikit rasa cuak tentang aktiviti
paranormal kan. Namun kita tak endahkan. Kita pasang muzik di pc. Ada
cd masa tu rasanya, milik housemate kita. CD lagu hindustan..kita
ingat lagi. Tak kuat pun pasang..volume sangat rendah sekadar menemani
kita. Lagipun, tgh concentrate kerja kan.
Sedang focus dengan kerja, tiba2 kita dengar macam ada orang selak2
kertas suratkhabar..tapi x ada sesiapa. Kita tak endahkan. Kemudia
dengar bunyi orang seperti mengetuk keyboard di barisan sebelah kita.
Kita tak angkat kepala pun untuk tengok sebab memang tak ada sesiapa.
Pintu masuk hanya satu, dan kita duduk di laluan utama ke pintu masuk
keluar. Dalam hati sudah berkata2. Tapi tabahkan hati. Teringat pesan
ustaz di sekolah menengah, bumi ini dikongsi oleh hidupan yang nyata
dan yang halus. Maka bertoleransilah... "Ok fine...ko x kaco aku pun
dah cukup baik..." kita kata dalam hati.
Tapi..dalam pada meneruskan kerja... tiba2 dengar suara garau lelaki
yang ikut sama menyanyi bait2 lagu hindustan tu, betul2 di meja
sebelah kita. Meremang terus segala apa yang ada. Siap habis satu
baris lagu tau. Dah tak ingat lagu apa.... Masa tu dah tak boleh
tunggu lagi dah. Terus capai tali handbag...dan pecut keluar
pejabat.... Dengan pc still on, dengan pintu pejabat tak kunci dan
sebagainya... kita dah x peduli dah...
Sampai jer rumah, cerita2 dengan housemate... lepaskan perasaan.
Syukurlah sepanjang pemanduan dalam perjalanan, tak ada yang
'mengikut'...
kalau aku pun dh terus lari kalau kena.huhu : amalina
ReplyDeletesyukur aku x penah kena selama aku bekerja sbb selalu gak aku balik lambt, tp lepas baca kisah ni aku makin takut pulak. So lpas ni aku nk blik terus lps abis keje xpun sambung kat rumah, mmg x sanggup aku.
ReplyDeletesaya pun baru aje dgr bunyi pelik..dah lari sebatu jauhnye...mmg xsempat nk selamatkn barang..huhu ~wani~
ReplyDelete