Singapore memang bayak giler hantu. Aku pun naik takot nak gi sana even sedara mara aku ramai gile kat sana. Eh, aku dah nak tido ni. Korang semua baca lah kisah-kisah yang aku kongsi kan hari ni. Walaupun banyak benda aku nak kena buat tapi aku still akan update diaries ni. Sebelum tido jangan lupa adab-adab tido ye. Assalamualaikum dan selamat malam. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Kejadian Aneh Di Toa Payoh
Sent: Mar 26, 2012 11:03 PM
Assalammualaikum
Nama saya Tasha, ceritanya begini. Perkara ini berlaku sewaktu saya
berumur 9 tahun (darjah 3) dan masa itu, saya tinggal di salah satu
kawasan di Toa Payoh. Saya masih ingat, waktu itu, dalam sekitar pukul
11.30 malam, saya bersama mak, abang & adik saya berada di ruang tamu
menonton televisyen. Bapak saya pula bekerja sambilan sebagai pemandu
penghantaran barang2 untuk syarikat UPS. Kalau balik pun, mesti lewat
malam. Maklumlah, saya ni, anak perempuan tunggal dalam keluarga, anak
bapaklah katakan... Tiap2 malam, mesti tak sabar tunggu bapak saya
balik, sanggup lawan mata untuk tunggu bapak pulang dari kerja...
Sambil tengok televisyen, tiba-tiba ada orang beri salam, jadi bila
saya toleh tengok tingkap, saya nampak bapak saya. Apalagi, saya pun
gembira, dan bangun sambil berkata, "YAY!!! ABAH DAH BALIK!!!" Bapak
saya pun pusing dan senyum ke arah saya. Abang saya pun bangun, pergi
ambil kunci untuk buka pintu besi, tapi nak tahu apa??? Bapak saya tak
muncul2 tiba. Rumah saya itu, koridor sangat panjang, jadi lepas ruang
tamu ada tembok, baru bilik makan dan pintu rumah.
Jadi kami pun hairan, kenapa bapak masih tak sampai2, saya pun suruh
Abang saya buka pintu. Saya berkata dalam hati, "Agaknya abah main
sembunyi2 tak?" Sebab bapak saya suka main sembunyi2, dah tu suka
menakut2kan kami. Jadi saya dan Abang pun keluar dan periksa, tak ada
seorang manusia pun di luar. Mak saya dah rasa ada benda yang tak
kena, dia jerit suruh kami berdua masuk, tutop pintu, kunci tingkap
dan tunggu sampai bapak saya pulang. Dia pulang satu jam kemudian pada
pukul 12.30 malam!
Sampai sekarang, saya masih hairan tapi saya tahu, itu mungkin adalah
syaithan yang menyerupai bapak saya. Apa pun jua, cara dia menyerupai
itu 100% tulen, sama seperti bapak saya dan saya tidak akan lupa
senyumannya apabila dia toleh melihat saya! Meremang bulu roma
mengingati peristiwa ini...
p/s: tak silap admin toa payoh tu kat singapura.. sebab jarang dengar
nama kat malaysia macam tu.. admin xmahir sangat tempat2 di singapura.
cukup serammmmm. Aku teringin juga nak pegi sana,tp x tak kesampaian.huhu : ika
ReplyDeleteVampires is not at all like in the movies or books. Sure, I understand. You are young you have the whole world open to you. You can be anything that you choose if you apply yourself and try hard to work toward that goal. But being a Vampire is not what it seems like. It’s a life full of good, and amazing things. We are as human as you are.. It’s not what you are that counts, But how you choose to be. Do you want a life full of interesting things? Do you want to have power and influence over others? To be charming and desirable? To have wealth, health, and longevity? contact the Vampires Lord on his Email: Richvampirekindom@gmail.com
ReplyDelete