Pages

Tuesday, 27 March 2012

Nenek tu mana? ~

***
Busy betul aku hari ni..tapi aku tetap akan update diary aku ni. Petang yg sejuk ni aku akan berkongsi pengalaman ku ketika berbasikal di kawasan perumahanBandar Utama,PJ.kejadian ini berlaku pada tahun 2010, bulan ogos. Tarikh aku lupa lah pulak.

~ Malam tu aku balik awal sikit sebab esok pagi aku akan balik ke rumah parents aku. ( Mase aku dok KL aku gi keja naik basikal). So aku pun turun lah kat basement untuk menaiki basikal kesayanganku itu. Aku capai basikal tu terus kayuh keluar dari situ. Jam menunjukkan ke angka 10malam.

" Fuhhh lega malam ni kereta tak banyak", aku berkata-kata sendirian. Aku pun mengayuh basikal aku tu. Umah aku dan tempat keja jarak dalam 20minit kot. Basikal aku dah lah takda gear, memang letih lah mengayuh,kerja pun dah habis tenaga ni kan nak kayuh basikal pulak tu kan.


Sedang aku asyik mengayuh basikal tu tetibe ade kereta dibelakang ku yg hon secara mengejut. Pppppppiiiiiinnnnnn!!!
Mak aiiiii!! Terkejut gile aku.dah lah malam ni lampu jalan dieorang tak pasang. Memang hampeh.tapi setahu aku jalan yg aku lalui skrg jarang dilalui kereta or motosikal. Mana datang kereta ni?


Mengelabah jugak aku bawak basikal lepas kena hon cmtu.sedang aku berfikir pasal kereta bodoh tu dan mengayuh basikalku perlahan-lahan( naik bukit doh, memang semput! ), aku nampak ade seorang nenek ni nak melintas jalan, aku pun standby lah nak berhenti tetibe handphone di poket seluar aku berbunyi, aku berhenti kat tepi dan mengangkat handphone aku tu, baru je aku nak jawap pamggilan tu aku tengok nenek tua tu dah LESAP!!!!!


Mana pergi orang tua tu? Takkan lah dalam mase dua minit die boleh hilang? Cepat betul die jalan kaki? Macam-macam persoalan kat kepala aku time tu. Aku ape lagi, matikan panggilan dan kayuh basikal selaju yg boleh lah. mase tu ALLAH je lah yang tau betapa kecutnya perot aku.dah lah aku ni perempuan, sorang-sorang pulak kat lorong tu. ( Kalau siape yg biasa jalan kat Bandar Utama mesti tau lorong ni, belakang kawasan perumahan tu). Memang sunyi lorong tu. Kalau pagi pun jarang orang lalu situ melainkan sesiapa yang tinggal kat sana je lah. Aku biasa lalu kawasan lain tapi malam tu aku nk ambik jalan short-cut lah konon. Punya lah takot aku masa tu.


Bila aku cite kat housemate aku, dia cakap tempat tu memang keras sebab baru-baru ni ada accident teruk dan mengakibatkan kematian. Fuhhhhhhh aku lalu kawasan DIA rupenya..ggrrrr...~

2 comments:

  1. seram tul kayuh basikal mlm2,paling aku takut benda yg datang melintas kt depan. Boleh buat aku berhenti basikal. Pape pun pada yg pulang rumah dg basikal atau x kira ape kenderaan,berhati-hatilah di jalan raya k. Zaki

    ReplyDelete
  2. berani nye akak ni..malam2 buta naik basikal n lalu blakang lorong...hoho...tabik spring la akak... ~wani~

    ReplyDelete