Pages

Saturday, 24 March 2012

Kakak Disampuk "Kakak Cantik" ~

***
Lagi pasal pontianak . Seriously aku memang tk penah jumpa beb!! Tp hopefully tak jumpa lah sebab aku betul-betul tak ingin jumpa makhluk yg cantik ni. Tak dapat aku bayangkan reaksi aku nanti. Mesti pengsan terus kan!! Grrrrrrrr. Ngeri doh.. Ape-ape pun korang bace lah k. Korang jangan sampai terkencing kat tilam sudahhhh la kan. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Kakak Disampuk "Kakak Cantik"
Sent: Mar 22, 2012 9:38 PM

Assalammualaikum Dzar,

Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17
tahun, 45 tahun yang lalu. Ia berlaku di kampung saya di Lorong
Maidin, dekat dengan MRT Kembangan. Ceritanya begini. Waktu itu, saya
bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya menjalani
upacara berinai dan ia dipanggil "berinai curi" oleh orang-orang
dahulu.

Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak
saya sewaktu itu baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya
dipanggil kakak untuk masuk ke dalam biliknya. Sewaktu saya baru
sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh kakak ipar
agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat
dan dia tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya
masuk ke dalam bilik kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.

Kakak ipar: "Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh
dia minum. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu..."

Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang
berisi paku yang telah diasah & dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa
masuk bilik kakak saya sambil menyembunyikan cawan tadi di belakang
saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, "Nak apa?"

Kakak: "Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok."

Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih & paku yang diasah &
dijampi tadi kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini
benar-benar terjadi di depan mata saya & saya tak bohong. Kakak yang
tadi terbaring terus menangis dan menjerit, "Tak mahu!! Tak mahu!!!"
Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila
kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika
itu semua masuk ke dalam biliknya.

Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat
boleh didengar di atap zing rumah kampung kami. 'Itik' itu
mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu terbang dan hilang.
Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke
dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan
mungkin sebab itulah 'dia' datang untuk mendampingi saya.

Terima kasih Dzar. Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment