***
Memang susah nak diterima akal cite ni kan.. Tapi cite ni banyak version aku penah dengar. Betul ke tidak aku tak sure sangat tapi sebagai paparan korang aku paste lah kisah ni k.. Dari blog mamat singapore ni. Jiran seberang tambak.. Korang jangan taksub sgt pulak,kang jadi benda lain pulak. Ni semua hanya utk hiburan je. Aku dan syira memang minat cite hantu ni. Bace boleh tp jangan ter obses pulak ya!! ~
***
~ aida ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 23 Mar 2012 21:43:01
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Teksi menjelma jadi kereta buruk
Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun
yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang
benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13,
Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat
seperti sekarang.
Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta
dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid
Alsyahidah kami.
Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba
membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.
Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya
untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari
itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi
jalan sahaja, menantikan hari esok.
Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil
melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan
kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang
menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun
kelihatan.
Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah
teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak
pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo
mengucapkan rasa syukur.
Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan
sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam
ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi
berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan
perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa
kurang dari 20 minit sahaja.
Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami
rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali
langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat
al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami.
Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak
kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.
Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami
cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.
Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus
membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya,
teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.
Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun
sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada
pemandunya.
Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila
mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar
sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.
Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti
cuba memalingkan mukannya ke arah lain.
Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan
isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh
saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi
terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp
pintunya kembali.
Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami
melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.
Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari teksi tadi, dia
terperanjat apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi,
tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya, Waktu itu saya
melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.
Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent
mangambil masa tiga jam.
No comments:
Post a Comment