Pages

Saturday, 31 March 2012

Tempat-Tempat Yang Misteri ~

Hari ni aku nak mengupas pasal tempat-tempat yang misteri dan angker di Malaysia ni. Malaysia memang padat dengan tempat yg seram..itu tak dapat dinafikan tetapi cite-cite sebegini tidak dihebohkan maybe takot pelancong tak nak melawat malaysia kot.itu aku kurang pasti..yang pasti ade banyak lagi tempat-tempat yang mempunyai kisah seram yang kita masih belum tau lagi. Ni aku nak ringkas kan 2,3 tempat yang paling misteri,seram,berhantu,angker dan ngeri dengan korang. Aku dah explore tempat-tempat ni dah lama tapi masih banyak yang aku tak ketahui sehingga kini.terlampau banyak versi..bila sampai cite dari mulut ke mulut memang banyak lah tokok tambah cite tu kan.

1) Villa Nabila~
Dengar je name villa ni terus bulu roma aku berdiri..seram tempat ni. Terletak di Johor Bahru.. Rumah ni dikatakan kawasan yang agak keras kerana pernah berlaku satu pembunuhan ngeri melibatkan seorang budak perempuan bernama, Nabilla.. Ada yang mendakwa nabilla dibunuh oleh ibu tirinya kemudian ditanam di dinding bawah tangga villa itu..dimana kebenarannya tidak aku ketahui sehingga kini..ada pula yang mengatakan nabilla dibunuh oleh orang gajinya kerana tamakkan harta peninggalan arwah ayah Nabilla ni. Adakah benar kisah ini? Aku tak dapat memberikan ulasan lanjut sebab aku pun tak tau, yg aku tau villa tu memang ngeri sebab pernah satu pengantin baru ni tangkap gambar villa tu kemudian isterinya disampuk teruk..

2) Kemayan City~

Kemayan city ni pula terletak di jB juga..satu shopping mall yang terbengkalai akibat kemelesetan ekonomi ketika itu..aku pun tak ingat bila shopping mall ini dibina tetapi lebih dari 10tahun mall ini terbiar!! Macam-macam cite aku dengar pasal tempat ni. Ade yang cakap mall ni beroperasi semula, ade yg siap shopping dalam mall ni la. Pehh memang seram. Aku selalu lalu kawasan tu jika aku baru balik dari KL. Agak sunyi kawasan tu, sudah dipenuhi semak samun..dan menjadi sarang penagih sekarang ni. Yang mati bunuh diri pun ada juga kat kawasan tu..tu belum lagi buruh kasar mati semasa pembinaan mall ni..ni antara tempat angker di JB..jangan lalu kawasan ni jika malam..kerana pelancong yang tak pernah mengetahui history pasal mall ni selalu akan jadi mangsa...


3)Hotel-Hotel Mewah Sekitar KL~
Aku tak lah cakap semua berhantu tetapi ada di antara hotel-hotel mewah yang terletak di KL yang mempunyai misteri dari alam angker ini... aku tak dapat nak senaraikan nama-nama hotel itu takot menjejaskan perniagaan mereka pula nanti. Mana taknya aku dan kawan-kawan aku selalu diganggu bila kami berada di hotel-hotel mewah ni. Hotel-hotel murah dan budget tak masuk dalam senarai ni. Pihak hotel tak mungkin bgtau kita pasal benda-benda mcm ni ,kang tak laku pula nanti. Salah seorg kawan aku bekerja sebagai manager kat salah sebuah hotel O tu pun ada bgtau aku ape yg terjadi kat hotel O tu..( Hotel O je lah ,taknak aku sebut nama penuh).hotel yg die bekerja tu penah berlaku kes bunuh diri dan pembunuhan. Dalam 5,6 kali juga lah kes mcm tu berlaku kat hotel O tu..tapi tak ramai yang mengetahui kejadian yg sebenarnya tentang hotel O tu..tu baru 1 je hotel, ada lagi hotel yang lagi seram..aku akun manyiasat dan aku akan share dgn korang di lain waktu. Ramai juga yang tak selesa tinggal di hotel tu dan menyebarkan cite-cite seram tentang hotel tu..

~ ni sahaja buat masa ni. Kat atas tu gambar-gambar kemayan city dan villa nabila. Ade yang aku ambik gmbr sndiri dan ada yg aku kutip kat internet..berwaspada lah kerana selain kita ada juga makhluk lain yang mendiami bumi ini..gmbr hotel tak dapat aku tunjuk atas sebab-sebab tertentu..

Langsir Bergoyang Kuat ~

Kali ni aku nak cite pengalaman aku kat dalam bilik tidur aku kat rumah ayah aku ni..aku memang tak pernah nampak clear lah benda ni. Just kena gangguan, dengar bunyi-bunyi jelah. Setakat bayang-bayang tu ada lah. Hantu yg real tak pernah nampak..

Aku tido bilik sorang-sorang je sebab aku tak suka kongsi apa-apa dengan orang lain..rumah aku ni selalu sunyi sebab ayah dan kakak aku selalu pulang lewat. Adik lelaki aku pula selalu merayap ntah kemana. So aku tinggal kat umah sorang-sorang lah selalu,especially waktu malam..


Kejadiaan ni berlaku pada malam jumaat, tak silap aku tahun lepas kot. Aku kan suka tengok cite-cite hantu so malam tu aku pasang lah dvd cite exorcism; emily rose tu. Aku ni kekadang berani tak bertempat juga. Aku bukak volume cite tu kuat gak. Aku tutup lah lampu bilik. Aku tak suka tido dalam keadaan yang terang.


Dengan berbekalkan cahaya tv tu je lah yg menerangi bilik aku ketika itu. Aku siap tutup pintu bilik aku lagi. Konon tak nak gangguan even aku memang tinggal sorang pun masa tu. Aku pun tengok lah sambil baring kat tilam aku. Sedang aku baring sambil menonton filem tu tetibe aku nampak bayang-bayang yang melintas di depan aku!!!!secepat kilat bayangan tu hilang dari pandangan mata aku.


Aku tergamam sekejap sebab aku terkejot gile. Hati aku dah berdebar-debar, takut. Maklum lah tinggal sorang pulak ketika tu. Yang lagi seram sebab malam jumaat pulak, faham-faham je lah malam jumaat ni memang banyak kisah-kisah angker kan. Aku tengok sekeliling memang takda ape-ape pun.aku kembali berbaring kat tilam tu. Aku kecikkan sikit volume tv aku tu rakot tak dengar kalau orang bagi salam ke apa ke kan. Dah lah umah aku ni luas sebab tak banyak perabot, memang bertambah seram.


Tetiba aku tengok langsir tingkap aku bergoyang kuat seakan-akan ribut akan melanda. Makkk aiiii!! Tak mungkin sebab aku hanya bukak kipas meja je, mana bukak aircond or bukak kipas syiling pun. Aku segera bangon dari tempat tido sebab nak pastikan aku dah tutup tingkap. Mana tau tingkap terbuka ke. Aku check tingkap aku tertutup!!! Dan aku bukak sedikit tingkap aku dan tengok keadaan malam tu. Angin tak kuat pun tau tak!!! Langsir aku terus berkibaran macam ada angin kuat yang menerpa masuk ke bilik aku ketika tu.


Punya lah seram aku, aku pun lupa dah mana suis lampu sebab dah terlampau panik masa tu. Aku kuat kan hati dan start baca ayatul qursi sebanyak 3kali. Punya lah takot aku masa tu hanya Allah jelah yang tau.aku meraba-raba dalam gelap nak cari tombol pintu sbb nak keluar dari bilik tu. Dgn cahaya tv je mmg ssh skt nak nampak. Aku try bukak pintu bilik tetapi gagal. Aku try hampir 6kali,akhirnya setelah aku membaca bismillah baru dapat bukak pintu bilik tu.


Berterabur aku lari ke tangga menuju ke ruang tamu. Aku rela tunggu ayah aku balik dari tinggal sorang dalam bilik aku tu. Bila mereka balik, aku pun dok cite lah kat dieorg, habis aku diegelakkan. Bila belum kena mmg lah tak percaya kan. Kalau dah kena baru tau rasa.sampai sekarang pun aku kalau nk tido pun dalam bilik aku tu, aku akan pastikan lampu tido aku terpasang sebab takot kena benda-benda mcm tu lagi.

Satu Malam Di Hotel Angker ~

Morning... Hujan lebat kat JB sekarang ni. Pagi sabtu ni aku nak berkongsi satu story yang agak menakotkan yang terjadi pada aku dan syira..aku takkan dapat melupakan pengalaman kami diganggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur..aku tak dapat bagitau korang bila dan dimana kejadian ini berlaku atas sebab-sebab tertentu. Harap maaf.


Dipendekkan cite aku turun KL hari tu tapi aku sibuk dengan urusan-urusan aku jadi tak dapat nak jumpa syira. Aku pun takda plan nak jumpa die sehingga lah lewat malam baru aku call die untuk menemani aku tido. Mase tu jam dah menunjukkan pukol 12 tgh malam.sebelum tu masa tengah hari aku dah settle kan ape yg patot aku buat kat KL aku berehat lah kat dalam bilik hotel tu..aku on tV dan relax-relax kejap kat sofa, tetibe aku dengar bunyi orang berdengkur dgn kuat!!! Aiii aku kat bilik ni sorang-sorang, mana datang pulak bunyi berdengkur tu????

Aku tengok kat tilam memang takde ape-ape pun. Aku check seluruh sudut memang takda ape-ape pun. " Ahh perasaan aku je kot", aku berkata-kata dalam hati. Tapi aku memng pelik, takkan bilik sebelah punya dengkuran sampai ke bilik aku dgr??? Hati aku dh tak sedap since masuk bilik ni tapi aku tak endah kan benda-benda tu semua.bukan tu je aku dapat dengar suara orang berbual-bual kat dalam bilik mandi!!! Aku terus keluar dari bilik itu untuk menenangkan diri aku yang masih dalam keadaan takot tu.

Kemudian aku meneruskan aktiviti aku sehingga jam 11 malam. Aku masih takot bila berada dalam bilik hotel itu berseorangan,aku pun layan je lah program kat Tv malam tu. Tetapi hati aku berdebar sehingga aku membuat keputusan untuk menelefon syira. Aku pun call lah syira. selepas aku menunggu hampir 15minit syira pun sampai.


Yang tak boleh blah malam tu malam jumaat lah pulak. Memang salah timing betul kan.aku pun cite lah kat syira pe yg terjadi kat aku masa aku stay sorang tengah hari tu. Aku tak dapat nak gambarkan ketakutan aku masa aku kena ganggu tu. Syira ni memang penakot lah, pantang aku cite skt pucat muka die.

Kiteorg pun baring-baring lah kat atas katil sebab kami dah begitu letih. Sbb die pun letih bekerja dan aku pun letih juga sbb perjalanan agak jauh juga dr jb ke KL pagi tu. Aku tengok jam dah pukul 1.30pg dah. Kami berborak kosong sebelum tido tu. Yelah dah almost tiga bulan kami tak berjumpa.byk je benda die nak cite kat aku.masa tu lah kami diganggu teruk..


Mengikut kata syira masa kejadian tu aku dah tido, die tak dapat tido sebab die tak biasa tido di hotel mewah macam tu. Sedang die baru nak melelapkan mata, die terdengar ade bunyi ketukan pintu. Mula-mula die sangka tu ketukan dibilik lain tapi bila dia mendengar dgn teliti bunyi itu datang dari bilik kami!!!! Makin lama makin kuat!! Bunyi ketukan tu non-stop. Kalau nak cakap ade renovatation. Ditambah bunyi tukul besi dan paku jatuh dari tingkat atas!!! Mana mungkin sebab aku punya bilik tingkat paling atas dan pepagi buta siape yg nak bertukang???!


Tak cukup dengan tu selepas bunyi orang ketuk pintu tu syira dengar suare wanita memujuk seseorng dari luar bilik kami!!! Ngeri lahhhh aku dengar time syira cite kat aku!!selepas bunyi tu reda kemudian syira dengar pula suara radio mcm dah rosak dekat 5 minit. Pehhh die cakap aku dah lena tido masa tu. Sumpah aku tak dengar tu semua. Dengan bunyi aircond punya remote ditekan-tekan lagi!!! Angker sungguh hotel tu kan????

Dia ni penakot dan ttak berani nak bergerak langsung. Die takot sebab tu pengalaman pertama dia tido kat hotel mewah mcm tu. Paginya aku bangun tido dia terus cite kat aku. Aku memang tak sedar bila kejadiaan tu berlaku. Seriously bilik tu memang seram. Suasana pun suram je. Agak seram kalau tido sorang-sorang.


Pagi tu kami nak call receptionist hotel sebab kami nak dapatkan teksi untuk ke terminal, sekali lagi kami terkejut sebab telefon kat bilik tu tak berfungsi!!! Sedangkan masa aku baru je check in hotel tu, kawan aku ade mengunakan telefon tu untuk menelefon bahagian servis hotel tu. Takot kan???!! Aku pun mengigil dan syira pun dah try banyak kali. Kami tak buang masa lalu turun ke bawah untuk check out.

Bila aku bagi kunci hotel tu kat kaunter, aku dapat melihat reaksi pekerja hotel itu melihat aku dengan wajah yg pelik..aku lagi pelik, hotel ni ada yang tak kena ke? Or ada something happend kat bilik aku menginap tu? Aku tak dapat menyiarkan gambar bilik ni sebab takot kena saman pulak,walaupun aku sempat ambik 2 gmbr dlm bilik tu.yang kat atas ni hanya gambar hiasan sahaja ye.kepada sesiapa yang ade kisah seram berkenaan hotel di KL boleh lah email kat aku di aidagorgeous19@gmail.com atau aidagorgeous19@yahoo.com.


Sumpah lepas ni aku nak ade orang teman aku tido jika aku check in hotel di kL lagi..ni lah pengalaman seram yang aku alami bersama teman baikku, syira..diharap korang dapat iktibar dari kisah ini..adakah bilik itu angker atau hotel itu yang bermasalah? Wallahuallam. ~

Friday, 30 March 2012

Penunggu Taman!!! ~

Perrgghhhh.. Lagi-lagi kat Jb! Dekat mount austin pulak tu!! Dekat dengan umah aku tu!! Aku takkan lalu kawasan tu lagi lah..ngeri.. Tapi umah mak aku berdekatan kawasan tu laaaa. Grrrrr.. Takot!!
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 30 Mar 2012 20:39:13
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Penunggu Taman!!!

Assalamualaikum,

Nama saya Niesa Sazalee. Saya berasal dari Taman Molek, Johor Bahru
dan saya sekarang masih berumur 14 tahun (tahun 2011). Saya ada kisah
seram yang saya ingin kongsi ..Kisah ini bukan berlaku pada saya
tetapi berlaku pada teman rapat saya yang bernama Sara dan sekarang
dia telah berpindah sekolah. Kisah ini berlaku pada tahun lepas iaitu
tahun 2010, bulan Mei, sewaktu kami hendak menghadapi Peperiksaan
Pertengahan Tahun. Jadi rakan saya ini telah pergi ke rumah makciknya
di Taman Mount Austin, Johor Bahru seminggu sebelum peperiksaan
bermula.

Pada malam tersebut, dia pergi ke rumah makciknya bersama ibu, abang
dan adik2nya yang lain. Setelah sampai di rumah makciknya, dia telah
meminta izin ibunya yang dia hendak pergi belajar bersama abangnya
bernama Hafiz di taman permainan. Jadi ibunya izinkan dia pergi tetapi
memesan agar jangan balik lambat sangat sebab dah hampir lewat malam
dan ibunya risau jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Setelah
diizinkan dia pun pergi bersama abangnya ke taman tersebut yang tidak
berapa jauh dari rumah makciknya.

Setelah sampai, abangnya pun bersuara "Alhamdulillah!" Kemudian rakan
saya ini cakaplah dengan abangnya. "Kenapa Hafiz?" "Tengok tuh! Ada
seorang akaklah kat meja bulat!" Jadi rakan saya ini pun cakap,
"Jomlah kita pergi kat akak itu!" Kemudian dia mendekati dengan kakak
itu. "Hai akak! Seorang saja ke dekat sini? Boleh kami duduk?" jawab
rakan saya. Kemudian kakak tu pusing dan senyum sambil menjawabk
"Ha'ah. Akak seorang saja! Duduklah!". Jadi rakan saya dan abangnya
pun tak fikir yang bukan2 dan terus duduk. Rakan saya dan abangnya ini
duduk berbual dengan kakak tersebut.

Kawan saya ni mula bosan dan tak jadi nak belajar sebab abangnya asyik
melayan kakak yang ada di sebelahnya. Dah bosan waktu itu, dia pun
membelek2 pena di jarinya. Pena itu terjatuh di sebelah akak tersebut.
Bila dia nak ambil pena itu, alangkah terperanjatnya dia bila dia
ternampak kakak itu TIDAK ADA KAKI! Terus meremang bulu romanya. Dia
tengok sekeliling untuk mencari siapa yang boleh bantu kakak ni pulang
ke rumah. Di tempat kakak tersebut duduk, tak ada kerusi roda pun
dekat dengan akak tersebut. Kalau kakak ni tak ada kaki, tak ada orang
yang nak tolong dan tak ada kerusi roda, macamana dia nak pulang
nanti?

Kawan saya ni rasa pelik dan tak sedap hati. Dia tak berani nak cakap
dengan abangnya yang dia nak balik. Takut2 kalau kakak itu perasan.
Jadi dia mesej abangnya! "Wei Hafiz! Balik jom aku tak sedap hatilah!"
Abang dia pun balas mesej tersebut, "Ok. Jom!" Jadi teman saya punya
abang, si Hafiz ni cakap dengan kakak tu, "Akak kami nak minta diri
dulu ya! Dah lewat malam ni! Bye!" Dia terus bangun dengan adiknya.
Kemudian, kakak itu jawab "Ok. Bye!" Sewaktu mereka jalan beriringan
nak keluar dari taman, abang teman saya ni cakap dengan adik dia
"Kenapa Sara? Cakaplah! Cakaplah!" Sara ni pulak tak nak cakap apa
yang dah terjadi. Dia pun jawab. "Nantilah! Kat rumah aku cerita!"

Bila mereka dah keluar dari taman, akak tadi pun bersuara dengan nada
yang sangat halus dan menyeramkan "HEI! KAU NAK BALIK KE, KAU DAH TAHU
AKU TAK ADA KAKI?" Bila kawan saya dan abangnya dengar kakak tersebut
cakap begitu, dia tak berani nak toleh ke belakang. Pandang, jeling
pun dia tak mahu! Dia terus lari, "Cepat Hafiz! Cepat!" Mereka pun
lari lintang-pukang. Sampai di rumah mereka ketuk pintu rumah
sekuat2nya. Ibunya tanya, "Kenapa ni tercungap2?" Teman saya tak mahu
jawab! Dia menangis kerana terperanjat dan takut! Bila dia ditenangkan
oleh ibu dan makciknya, ibunya tanya sekali lagi. "Sara, jawablah!
Kenapa nangis-nangis ni?" Kemudian dia jawab, "Masa Sara dekat taman
dengan Hafiz tadi, Sara nampak hantu tak ada kaki!" Ibunya terperanjat
dan memintanya menceritakan perkara sebenar.

Sara pun menceritakan segalanya pada ibunya apa yang berlaku.
Kemudian, makciknya cakap, "Itulah kau! Pergi taman tadi tak baca doa!
Kat taman itu, memang ada penunggu! Dah ramai orang yang kena!" Teman
saya si Sara ini diam seribu bahasa. Dia tidak tahu hendak cakap apa.
Dia amat terkejut dengan apa yang berlaku. Itulah saja kisahnya.
Sekian, Terima Kasih dan Selamat Malam!

Kawasan Perumahan Misteri...~

Masih lagi pengalaman misteri dan setam di JB.. Seram sangat ke kat JB ni? Aku dan syira ade jugak bercadang nak masuk hutan dan mencari info-info seram di JB tetapi semua still dalam perancangan..hopefully menjadi lah plan kami ni..
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 30 Mar 2012 20:23:54
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kawasan Perumahan Misteri...

Assalammualaikum

Saya pendengar dari Johor. Saya ingin berkongsi cerita dan perkara ini
berlaku pada diri saya dan suami. Kami bercadang ingin membeli rumah
lelong. Cari punya cari akhirnya jumpalah rumah pangsa, harga unit
rumah di sana sangat murah, cuma RM7000, mempunyai tiga bilik tidur
dan dua bilik air. Tanpa berfikir panjang kami terus telefon ejen
perumahan, siap daftar sekali, cuma duit cengkeram belum dilangsaikan.
Saya sangat suka, niat di hati saya nak sewakan.

Semalam saya ajak suami pergi lihat rumah yang ingin dibeli. Kata
suami, "Kita mana ada kunci rumah, yang???" Saya jawab, "Alah kita
tengok dari luar aje, apa salahnya???" Suami pun turutlah apa kata
saya. Kami sampai di rumah pangsa itu pada waktu Maghrib. Saya lihat
kawasan rumah itu dari bawah, saya nampak cuma satu unit rumah saja
yang bernyala lampunya. Saya pun cakap dengan suami, "Abang tingkat
empat kenapa ada satu rumah saja orang tinggal, deretan yang lain
kosong aje???" Suami saya menjawab, "Alah mereka belum balik kerja,
lagipun kita beli untuk disewakan, awak kan takut tempat tinggi... Jom
lah kita naik atas..." Saya pun ikutlah suami naik ke atas...

Ini kali pertama yang saya alami sendiri. Sampai saja tingkat empat,
semua gelap gelita, dah macam kawasan perumahan yang dah ditinggalkan
lama. Pintu dan tingkap pun banyak yang dah terkopak. Seluruh badan
saya dah rasa seram. Rumah yang saya tengok dari bawah tadi
terang-benderang siap dipasang langsir berwarna ungu, kini jadi gelap,
pintunya juga terkopak. Saya dah rasa lain, terus turun tangga. Suami
panggil saya, "Sinilah turun... Awak sini kita patah balik..." Tanpa
disengajakan, saya tertengking suami, "Diamlah... Turun sini saja
dahlah!!!" Suami terus ikut saya. Sepanjang turun tangga hingga ke
bawah, kami berdua tak berkata sepatah perkataan pun.

Sampai di tempat meletak kereta, kami masuk dalam kereta dan saling
berpandangan dan tengok lagi ke tingkat atas. Tadi sebelum naik ke
atas, unit rumah yang terang-benderang siap saya ingat lagi dengan
langsir berwarna ungu. Bila naik atas jadi gelap-gelita, pintu di
deretan tingkat itu semua dah terkopak tapi bila dah sampai di bawah
semula, kami berdua lihat ke atas dan nampak unit rumah itu
terang-benderang. Tanpa berfikir panjang, saya dan suami terus pulang
ke rumah. Sempat suami berkata, "Kita bermimpi ke???" Saya diam seribu
bahasa. Jantung dah laju, tak boleh berkata apa2...

Happynyaaa!!!

Wahhhh lame jugak aku tak update ape-ape ni..sory guysss aku gi holiday kat KL. Hehee. Lepas tension jap kan. Memang best aku gi KL kali ni sebab aku dapat jumpa kwn baikku, Syira.


Walaupun dah agak lewat kiteorg jumpa but still we have fun together..as long as we meet, cukup lah kan. Tapi memang syokk habis lah jmp kawan aku ni. Bercakap non-stop..hahaaaaa


Aku sebenarnya tak bercadang pun nak jumpa syira sebab aku dtg KL pun sebab nak settle something sikit. Mana tau kiteorg jumpa pepagi buta tau tak!! Pengalaman yang indah..


Tak dapat nak cakap lah perasaan aku time kat KL semalam..bestttt!! Happy!!! Release tension btl semalam!! Tapi kiteorang malam tadi pun terima sedikit gangguan kat tmpt yang kami tido tu.tak ape, cite tu aku akan story kat korang nnti ya!!



Sempat jugak kami makan bersama, makeup bersama plus mandi bersama!! Hahaaaa. Best!! Aku dah lame tak rase happy mcm ni, even kejap je tapi bagi aku masa tu tak penting, yang penting kami still berjumpa dan bertukar-tukar cite masing-masing.syira memang nampak excited betul lah bile jumpa aku. Huhuuu. Kat atas ni gambar syira tgh makan kat TBS dan kami punya gambar yg sempat kami snap bersama. Oopsss! Peringatan!! Kami bukan lesbian ya!!



last sekali aku ingin ucapkan terima kasih kepada syira dan kawan aku tu sebab sudi luangkan masa bersama-sama aku.walaupun hanya sekejap tetapi perasAan seronok aku pasti berpanjangan dan aku akan sentiasa mengingati pengalaman gembira aku ini.

Wednesday, 28 March 2012

Betul tu bukan aku! ~

***
Aku ade pengalaman yg seram dan pelik ni.. Korang pernah tak dengar yang kawan-kawan korang pernah nampak korang kat tempat lain sedangkan sebenarnya korang kat tempat lain??? Tu lah yang pernah terjadi kat aku baru-baru ni.


Masa tu aku tengah sedap dok tengok tv kat dalam bilik aku tetibe handphone aku berbunyi.. Aku pun tengok lah screen handphone tu, aku tengok kawan aku yg dari KL yang call aku pun angkat lah.

"Hello.."
"Wei noi, ko turun KL tak bagitau aku pun kan,sampai hati ko kan", kata kawan aku, Lissa. Aku sempat garu kepala 2,3 kali masa tu.
" Beb, aku rase ko tgk salah orang lah sbb sekarang aku kat JB lah. Bulan ni aku belum pergi sana lagi", aku menerangkan hal sebenar kepada lissa.
" Eh tak mungkin lah. Aku kenal ko lah noi. Tu memang ko.aku nampak ko masuk toilet kat ***** ( nama shopping mall ni aku tak dpt nyatakan ).". Aku dah start binggung dah ni. Aduhh suare kawan aku ni mcm betul-betul lah pulak.
" Kalau ko tak caye ko pegi tanya rose,die pun nampak ko", sampai macam tu sekali die bgtau aku. Setelah mematikan panggilan aku pun masuk tido dan fikir.

Ni bukan kali pertama kawan-kawan aku kena. Yang kedua pulak kakak aku pernah nampak aku kat perhentian bas berdekatan rumahnya!!! Mana mungkin sebab rumah aku dan rumah die memang jauh. Naik taxi pun kena bayar RM16..lagipun masa tu aku tgh sibuk bekerja.tak logik bila fikir tetapi mereka semua sanggup bersumpah yg dieorang ni betul-betul nampak aku tapi tak tegur ketika itu sebab dieorg ni cakap aku punya muka macam ada masalah..


Pelik bukan??? Aku tak mungkin tak tegur sesiapa yang aku kenal!! Kisah ketiga pulak ni kawan aku juga yang kena, nama die Aini. Si Aini ni tengah tunggu bas kat bus stop. Die balik keja memang lewat sehingga jam 10 malam. Malam tu die cakap die nampak aku jalan kaki kat sekitar kawasan tempat die tunggu bas tu!!! Aku takkan jalan kaki sorang-sorang lah lagi-lagi dah malam macam tu kan. Gila betul kan!!!! Hari tu aku memang tido awal sebab aku keletihan. Tak mungkin aku merayau kat situ kan. Pehhh aku dengar pun dah pelik plus blur.


Sehingga sekarang aku rase ngeri..pelikkkk..kenapa dieorang boleh nampak aku sedangkan aku kat tempat lain waktu tu??? Pelik sungguh!!! ~

***

Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang, Singapura ~

***
Singapore and JB ni tempat yang angker sangat ke ek?? Banyak kisah-kisah seram dari jb dan singapura kan??! Tapi mungkin hanya kebetulan sahaja. Syaitan kan ada di mana-mana sahaja..korang baca lah kisah dari MJ12 ni..~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:15:49
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang

Hai KC,

Apa khabar...??? Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para
pendengar Misteri Jam 12. Kalau tak silap saya, pengalaman ini berlaku
pada tahun 2007 ketika saya menjalani latihan kerahan saya di hutan
Lim Chu Kang.

Latihan kerahan saya masa itu bermulanya di hutan Marsiling dan
berakhirnya di hutan Lim Chu Kang. Sebelum latihan bermula, saya dan
rakan-rakan askar yang lain diberitahu oleh pegawai Leftenan saya,
bahawa latihan kami akan bermula pada waktu sepuluh setengah malam.
Saya masih ingat lagi, hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat.

Seperti biasa, sebelum latihan bermula, kami semua mengambil
kesempatan untuk berehat. Ada yang tidur, ada yang bersihkan senjata
dan ada juga yang masih berbual-bual di telefon bimbit. Ketika itu
masih senja, waktu Maghrib pun nak dekat, jadi kami ada lagi tiga jam
untuk berehat. Masa saya berehat, sarjan saya seorang berbangsa Cina
menghampiri saya dan beritahu saya bahawa malam ini saya akan berada
di hadapan "company" saya untuk mengiringi "company" yang lain untuk
latihan malam nanti sebab penglihatan Sarjan saya tidak begitu jelas
pada waktu malam.

Dipendekkan cerita, semasa kami bertolak dari hutan Marsiling, hujan
pun mula turun dengan renyai-renyai. Kami sudah pun berjalan sejauh 15
kilometer dari tempat rehat tadi dan masih lagi berjalan ke tempat
destinasi kami di hutan Lim Chu Kang. Waktu pun sudah menandakan pukul
dua setengah pagi. Walaupun keadaan saya bermandikan peluh dan terasa
letih, saya masih lagi berada di hadapan "company" saya. Saya masih
ingat lagi, malam itu bulan mengambang dan anjing-anjing berdekatan di
hutan Lim Chu Kang asyik menyalak saja dari tadi...

Semasa saya berjalan di hadapan, tiba-tiba saya ternampak bayangan
hitam menyerupai manusia berjalan perlahan-lahan ke arah lain. Jarak
bayangan hitam itu adalah kira-kira dalam 50 meter dari mana saya
berada. Saya pun cepat2 menunjukkan isyarat tangan saya kepada
rakan-rakan askar yang lain menandakan kemungkinannya musuh di
hadapan. Kami terus tunduk dan berhenti berjalan. Mata saya masih
memandang ke arah bayangan hitam itu. Untuk pengetahuan semua, saiz
bayangan hitam itu kelihatan besar dan agak tinggi berbandingkan saiz
askar-askar di Singapura ini. Bayangan hitam yang besar dan tinggi itu
kelihatan berjalan perlahan2 di tengah2 persekitaran yang dipenuhi
dengan rumput2 tinggi dan dedaunan.

Sarjan saya terus menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku. Saya
beritahu dia apa yang saya nampak dan dia terus mengeluarkan alat
"Night Vision Binoculars" dari begnya. Untuk pengetahuan pendengar,
"Night Vision Binoculars" adalah "Teropong yang digunakan untuk waktu
malam" dan sesuai digunakan di waktu malam ataupun semasa keadaan
gelap. Bila Sarjan saya menggunakan teropong itu, dia mengatakan pada
saya yang bayangan hitam itu jelas kelihatan! Saya diam sahaja. Lalu,
pegawai Leftenan saya pun menghampiri saya dan menanyakan apa yang
berlaku. Leftenan saya pun menggunakan teropong yang sama, dan dia
juga dapat melihat bayangan hitam itu dengan jelas juga!

Leftenan saya terus mengarahkan saya untuk terus berjalan perlahan2
menuju ke arah bayangan hitam itu dengan diikuti rakan2 askar saya
yang lain. Saya pun berjalan perlahan2 menuju ke arah bayangan hitam
itu. Para pendengar sekalian, kalau mengikut secara logika, sekiranya
kalau kita berjalan dan memijak rumput ataupun daun2, rumput dan daun2
itu akan menunjukkan tanda yang ia dipijak. Akan tetapi, apabila saya
menuju dan mengikut jejak bayangan hitam itu, rumput2 ataupun daun2 di
situ masih kelihatan segar dan tidak kelihatan dipijak langsung! Saya
berdiam diri sahaja!

Pada masa yang sama, bayangan hitam itu hilang dari pandangan. Saya
terus berhenti dan melihat persekitaran di sekeliling saya. Saya lihat
di persekitaran saya penuh dengan belukar, rumput2 tinggi dan dahan2
berduri. Saya mendapati bahawa tiada sembarang manusia pun yang boleh
menembusi belukar dan dahan2 yang penuh duri di persekitaran saya ini.
Saya menoleh ke arah pegawai Leftenan saya! Tanpa membuang masa lagi,
beliau menyuruh kami beredar dari tempat itu dan teruskan perjalanan
ke destinasi kami...

Itulah pengalaman saya, yang saya lalui ketika latihan kerahan pada
tahun 2007. Kepada para pendengar Misteri Jam 12, saya ucapkan selamat
malam dan terima kasih...

Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah ~

***
Ni orang malaysia yang email kan ke MJ12.. Seram ni. Aku tak pernah berkhemah sbb aku tak suka aktiviti macam ni. Bagi aku buang masa. Lagi-lagi aku dengar banyak benda seram terjadi semasa perkhemahan itu..lagi lah aku jadi takot kan. Grrrrr. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah...
Sent: Mar 27, 2012 11:14 PM

Salam DJ KC,

Ini kali pertama saya menghantar emel dan mengharapkan cerita saya ini
diketengahkan.

Cerita ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas, ketika masih
bersekolah menengah di utara Malaysia. Ketika itu kami ada perkhemahan
di pinggir negeri (hampir dengan sempadan dengan Thailand). Pada malam
kedua di situ, kawan-kawan saya meminta kebenaran dari saya untuk
keluar hisap rokok di belakang, jadi saya katakan, "Ok tapi kalau kena
tangkap dengan Cikgu, jangan kaitkan nama aku..." Ketika itu saya
adalah pengawas sekolah yang agak nakal juga. Selepas mereka keluar ke
belakang, saya dan kawan saya seorang lagi bernama Aiman dan lain-lain
turun dari katil dan mulalah buat kerja jahat dengan mengambil bedak,
ubat gigi, dan minyak panas dan sapu pada muka kawan-kawan yang sedang
tidur dan letak minyak panas dan ubat gigi di dalam seluar mereka.

Tiba-tiba sedang kami membuat kerja jahat itu, kami mendengar anjing
melolong dan bersahut-sahutan, kami pandang antara satu sama lain.
Tiba-tiba semasa anjing sedang bersahutan, kami dengar di atas atap
bilik itu, suara yang seram, seperti sedang terbang melintas,
serta-merta kami yang berdiri terus jatuh secara serentak, seperti
kami ditolak oleh sesuatu. Kami pun terus bergegas naik atas katil dan
selimut satu badan. Lebih kurang beberapa minit selepas itu, saya
lihat kawan-kawan saya yang keluar hisap rokok di belakang "dorm",
berlari-lari masuk ke dalam bilik dan terus tidur, pucat saya tengok
muka mereka.

Esoknya, saya bertanya kepada kawan-kawan saya, kenapa muka mereka
pucat lesi dan seperti ketakutan berlari ke dalam "dorm" selepas
menghisap rokok, katanya mereka ternampak seorang perempuan
bertelekung putih dan berdarah mukanya sedang menggendong batu nisan
melayang lalu di depan mereka ketika menghisap rokok.

Terima kasih KC... :)

Wanita Serba Merah di Johor bahru ~

***
Pehhhhhh lagi-lagi JB kan!! Ngeri lah aku mcm ni..tapi memang MJ12 banyak koleksi cite-cite menarik lagi seram.. Sape-sape yang ada pengalaman macam ni or lagi seram boleh lah email kat aku or boleh terus kongsi kat blog aku ni k~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:13:14
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Wanita Serba Merah

Salam KC / Dzar,

Saya Lan dari Pasir Gudang, ingin berkongsi pengalaman seram bersama
pendengar2 lain. Ceritanya begini. Selepas saya menduduki peperiksaan
SPM, saya telah bekerja dengan peniaga di pasar malam. Saya bekerja
beberapa bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan.

Ada dua orang lagi kawan saya iaitu Ijat dan Udin turut sama bekerja
dengan peniaga tersebut yang kami panggil dengan nama Abang Man.
Biasanya kami akan memulakan perniagaan di pasar malam sekitar jam
4:30 petang sehingga jam 10:30 malam. Entah macamana pada satu malam
jualan kami cepat habis, dan Abang Man mengarahkan kami berkemas awal
iaitu sekitar jam 9:00 malam.

Setelah semua barang2 siap dimasukkan ke dalam van kami pun berangkat
pulang tetapi Abang Man tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus
membawa kami singgah di sebuah warung menjual Sate. Abang Man mengajak
kami makan Sate. Dia juga ada memesan Sate untuk dibawa pulang untuk
anak dan isterinya.

Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba angin bertiup kencang menandakan
hujan akan turun bila-bila masa saja. Kami berempat dengan segera
menghabiskan Sate dan minuman. Abang Man mengarahkan kami memasuki van
sementara dia pergi membayar makan dan minuman kami. Ketika itu jam
telah menunjukkan pukul 11:30 malam.

Setelah Abang Man memasuki van dan menghidupkan enjin, dia terus
menekan minyak dan kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang,
hujan gerimis turun dan membasahi permukaan jalan pada malam itu.
Sesekali Abang Man menggerakkan "wiper" cermin van yang mula
menyukarkan pandangannya.

Apabila melalui selekoh berbukit selepas jejantas laluan keretapi,
tiba2 seorang dari kami iaitu Ijat bersuara, "Aikkk tadi angin bukan
main kuat lagi. Ingatkan hujan lebat sangat tapi gerimis jer…'' Saya
hanya diam tetapi Udin pulak mencelah, "Hujan gerimis malam2 macam ni
hantu suka keluar… Hehehe..." kata Udin sambil ketawa kecil.

Abang Man masih memandu dengan berhati2 ketika melalui selekoh yang
agak licin dan gelap itu. Tiba-tiba kami terpandang susuk tubuh
melambai-lambaikan tangan agar kami berhenti. Sebaik van kami
menghampiri susuk tubuh berkenaan, Abang Man pun memperlahankan van,
dengan jelas kami dapati ia adalah seorang wanita Cina, wajahnya
sangat putih sambil tersenyum dengan gincu merah dan berpakaian serba
merah dari baju, seluar, tas tangan dan kasutnya semuanya merah.
Pakaian wanita tersebut juga tak ubah seperti pakaian fesyen 70an.

Entah kenapa tiba2 Abang Man menekan minyak dan terus memecut laju,
kami terkejut lalu saya bertanya, "Apasal Abang tak berhenti tadi?
Mungkin Amoi tu nak tumpang agaknya. Kesian dia, dah malam2 macam ni
bas dah tak ada, teksi pun jarang2 lalu, hujan pulak tu..." Jawab
Abang Man, "Abang rasa tak sedap hati lah. Lain macam aje Amoi tu..."

Setelah hampir setengah kilometer meninggalkan Amoi tersebut,
tiba-tiba terbau colok dan lilin yang digunakan orang2 Cina untuk
bersembahyang, menerjah ke hidung kami berempat lalu Udin pun berkata,
"Eh, bau apa ni? Macam bau colok ajer?" Abang Man pula terus
meninggikan suara, "Dah jangan ditegur, kalau tak tahan tutup aje
hidung kamu..." Ketika itu jugalah pengunci pintu van kami bergerak
turun naik dengan sendirinya, seperti ada orang ingin memasuki ke
dalam van yang kami naiki.

Kami bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tetapi tidak
berkata apa2. Abang Man pula membaca ayat2 suci dan menyuruh kami
membaca sama. Apabila salah seorang dari kami iaitu Ijat, membaca Ayat
Kursi dan melaungkan azan serta-merta gangguan dan bau colok berkenaan
hilang.

Kami memasuki simpang menuju ke rumah Abang Man dan kami bersyukur
tiba dengan selamat. Semua barang kami keluarkan dari van pada
keesokan harinya saja. Pada malam itu saya, Ijat dan Udin tidak pulang
ke rumah masing2 tetapi menumpang tidur di rumah Abang Man kerana
masih lagi ketakutan.

Sekian…

Arwah Pulang Ke Rumah ~

***
Benar ke tidak cerita ni aku tak tau..Macam tak logik pun ada tapi ALLAH maha mengetahui segala ape yang terjadi. Ini hanyalah satu hiburan. Jangan lah kite terlampau percaya sangat ya! ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:10:32
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Arwah Pulang Ke Rumah...

Salam...

Saya Lyana dari Malaysia. Saya ingin berkongsi kisah seram yang
diceritakan oleh nenek saya kepada saya. Kisah ini berlaku beberapa
tahun yang lalu. Satu hari, berlaku kematian di kalangan saudara nenek
saya. Disebabkan nenek saya tidak sihat, nenek saya tidak dapat pergi
menziarahi saudaranya yang meninggal dunia.

Pada keesokan harinya, nenek saya mendapat panggilan telefon daripada
salah seorang saudaranya. Saudaranya menceritakan peristiwa aneh yang
berlaku semasa pergi menziarah arwah. Semasa bacaan surah Yassin oleh
orang ramai, tiada apa yang aneh berlaku sehinggalah selepas
memandikan mayat arwah, ketika hendak mengkafankan arwah, salah
seorang anak arwah menghulurkan kain kafan berwarna kuning.

Orang ramai menjadi hairan. Selalunya kain kafan berwarna putih.
Apabila ditanya, anak arwah berkata sebelum arwah meninggal dunia,
arwah pernah berpesan supaya apabila arwah meninggal dunia, arwah
mesti dikafankan dengan kain yang berwarna kuning. Apabila ditanya
arwah menjadi marah dan berkata kepada anaknya jangan banyak tanya dan
buat saja apa yang disuruh.

Apabila selesai dikebumikan, seperti biasa mereka mengadakan majlis
tahlil pada malam tersebut. Apabila selesai majlis tahlil, tuan rumah
menyediakan sedikit hidangan. Semasa orang ramai sedang asyik menjamah
hidangan, tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat sekali. Yang
peliknya pintu rumah tidak ditutup. Salah seorang anak arwah menjengah
keluar. Alangkah terperanjatnya arwah berada di depan rumah dengan
berpakaian kain kafan berwarna kuning dengan kesan tanah kubur!!!

Semua orang yang sedang makan tergamam dan kaku. Arwah masuk ke dalam
rumah dan terus ke bilik air. Arwah keluar seperti baru lepas mandi
dan terus ke dapur dan terus makan seperti orang yang tidak makan
selama seminggu. Semua orang yang berada di dalam rumah hanya terdiam
dan kaku seperti dipukau. Setelah arwah habis makan, arwah terus masuk
ke dalam bilik. Sebelum masuk ke bilik, sambil tersenyum arwah sempat
menegur salah seorang anaknya, "Kenapa ramai sangat orang dalam rumah?
Jom teman mak tidur..." Apabila arwah masuk ke dalam bilik, semua
orang yang berada di rumah tersebut termasuk anak-anak arwah terus
berlari keluar.

Kejadian Rumah Baru Di Johor Bahru ~

***
Lagi kisah angker di JB !!! Pehhhh Orang JB memang berani gile!! Tapi betul ke semua cite-cite ni??? Itu aku tak dapat nak jawap sebab aku kurang mengalami kisah-kisah pelik mcm ni. Kalau kena pun takda seteruk ni. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:06:25
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kejadian Rumah Baru...

Assalammualaikum

Saya Intan. Saya ingin menceritakan kisah di rumah baru yang saya
duduki. Kisahnya begini. Ayah saya membuat keputusan untuk berpindah
ke Johor, iaitu di kawasan Taman Johor Jaya. Setelah membungkus
barang, saya dan keluarga pun berpindah. Ketika saya pertama kali
menjejakkan kaki di dalam rumah itu saya sudah rasa tidak sedap hati.
Serta-merta bulu roma saya meremang. Saya pandang muka ahli keluarga
saya tapi semuanya muka biasa sahaja. Kecuali muka kakak saya. Mukanya
pucat semacam. Saya tidak berani untuk membuka mulut. Jadi saya hanya
mengikuti langkah ayah saya.

Ayah saya pun menunjukkan bilik masing-masing kepada kami. Kebetulan
rumah saya cuma ada tiga bilik. Jadi saya satu bilik dengan kakak
saya. Bilik lagi dua diberi kepada abang dan ibu bapa saya. Saya
mengajak kakak saya pergi ke bilik. Tapi kelihatan kakak saya macam
rasa berat untuk pergi ke bilik kami. Saya pun menarik tangan dia.
Setelah seminggu berada di rumah itu tiada apa perkara yang aneh
berlaku. Tetapi tibalah satu malam yang memberi impak yang besar
kepada diri saya. Ketika itu hanya tinggal saya dan kakak saya sahaja
di rumah. Ibu bapa saya pergi ke rumah saudara kerana ada kenduri
kecil-kecilan.

Seingat saya, saya tersedar dari tidur kerana tekak terasa sangat
haus. Bilik saya berada di tingkat atas. Jadi saya terpaksa menuruni
tangga dan melalui ruang tamu. Saya pun keluar dari bilik lalu melalui
ruang tamu. Ketika saya melalui ruang tamu, saya ternampak kelibat
seorang wanita sedang duduk di sofa menghadap ke arah televisyen. Saya
tidak mengesyaki apa-apa kerana terfikir itu mungkin kakak saya. Saya
pun beredar untuk meminum air. Ketika saya membuka peti sejuk, saya
mula terfikir. Kalau wanita itu merupakan kakak saya yang sedang
menonton television, kenapa television tidak dihidupkan? Kenapa lampu
tidak dinyalakan? Dan saya tersedar yang ketika saya bangun tadi, saya
sempat menjeling katil di sebelah. Kakak saya sedang tidur dengan
nyenyak. Tak mungkin kakak saya turun lagi cepat dari saya.

Saya terus terfikir siapa wanita itu? Saya terus beristighfar dalam
hati. Dengan teragak-agak saya beredar dari dapur. Saya mengintai
sedikit ke ruang tamu. Kelihatan wanita tadi tiada di sofa. Saya terus
melepaskan nafas lega. Saya pun berjalan dalam gelap untuk menaiki
tangga. Tiba-tiba saya perasan di tepi saya macam ada orang. Saya
menoleh di tepi. Bayangkan, wanita itu ada di sebelah saya. Sangat
dekat dengan muka saya. Mukanya sangat menyeramkan. Kelihatan muka
wanita atau hantu itu berkopak. Lidah terjelir, mata berwarna merah.
Dia memandang muka saya. Pandangannya sangat tajam.

Sambil merenung muka saya, dia berkata, "Lenapa? Kau terkejut tengok
aku? Kau dah kacau rumah aku. Aku tak terkejut pun." Saya tak tahu
kenapa, lidah saya kelu dan badan saya tidak boleh bergerak. Hanya di
dalam hati saya berdoa kepada ALLAH. Dengan lafaz
"Bismillahhirahmanirrahim", saya menjerit menyebut nama ALLAH dan
Alhamdulillah suara saya dapat didengari dan badan saya boleh
bergerak. Saya terus menjerit memanggil nama kakak saya. Tapi
tiba-tiba saya merasa ada sesuatu yang memeluk saya sangat kuat dan
menghentak kepala saya dengan kuat. Saya terus pengsan tidak sedarkan
diri.

Ketika saya sedar, saya nampak keluarga saya mengelilingi saya bersama
dengan seorang Ustaz. Ustaz itu menceritakan tentang rumah yang kami
duduki ini ialah rumah syaithan. Alhamdulillah, Ustaz itu dapat
membuang segala syaithan yang menghuni di rumah saya. Selepas seminggu
kejadian itu, saya jadi lebih pendiam. Saya menanyakan kakak saya
tentang hari pertama memasuki rumah itu kenapa mukanya pucat. Kakak
saya menceritakan ketika dia memasuki rumah itu bulu romanya meremang
dan dia ternampak kelibat seorang perempuan di dapur. Saya jadi
pendiam kerana masih takut dengan kejadian itu. Akhirnya saya kembali
kepada asal selepas setahun kejadian itu..

Terima kasih dan selamat malam...

Pengalaman Di Old Tampines Road,singapura ~

***
Ni aku ambik dari blog MJ12.. serammmmmmmm.meremang bulu tengkuk aku malam tadi bila baca pengalaman saudara ni~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Pengalaman Di Old Tampines Road...(singapura)
Sent: Mar 27, 2012 10:59 PM

Assalamualaikum

Saya "Road Devil" ada sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama
pendengar2 yang lain yang terjadi di Old Tampines Road. Beberapa tahun
yang lalu ketika saya bekerja sebagai penghantar makanan sambilan di
restoran KFC, saya mendapat satu panggilan dari teman saya pada jam 7
lebih malam. Dia telah ditimpa kemalangan jalan raya di Old Tampines
Road. Dia berkata dalam suara yang penuh cemas, "Devil, cepat datang
aku ada di Old Tampines Road ni, aku punya motor dah tak boleh jalan,
'fork' dah bengkok, cepat datang eh cepat tau, suruh Zali bawak lori
sekali angkut motor aku. Cepat!!"

Dalam hati saya pun berkata, "Apa hal dia ni? Saya pun menghubungi
teman2 yang lain dan terus menuju ke Old Tampines Road. Sampai di sana
saya lihat teman saya sedang duduk mengelamun jauh entah apa yang dia
ingatkan saya pun tak pasti. Saya pun menghampiri dan memanggilnya,
"Farid, apa benda yang kau langgar?" Dia pun toleh dan beritahu yang
dia sendiri pun tak tahu. Saya periksa di sekeliling motosikalnya tapi
tak nampak sebarang tanda bekas dilanggar oleh kenderaan lain. Saya
pun tanya lagi, "Farid apa benda yang kau langgar?"

Dia pun akhirnya berkata, "Aku terlanggar seorang apek, aku tercampak
dan apek tu pun tercampak jugak, yang pelik apek tu hilang entah ke
mana..." Saya pun jalan ke tepi untuk mencari apek yang dilanggar.
Saya berasa hairan bekas darah tak ada, apek tak ada, apa pun tak ada.
Setelah kawan yang lain sampai, kami mengangkat motosikal naik ke lori
dan terus kami beredar.

Kunci Hilang Dari Kocek Seluar ~

***
Ni pengalaman yang agak seram jugak yang aku ingin kongsi kan bersama korang. Best jugak..aku tengah busy ni tapi aku nak jugak korang baca cite ni.~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Kunci Hilang Dari Kocek Seluar...
Sent: Mar 27, 2012 10:56 PM

Selamat Tengah Malam

Nama saya Tina. Saya ingin menceritakan pengalaman saya yang berlaku
pada tahun lepas di salah sebuah tandas di tempat meletak kereta
Kompleks Kargo Changi.

Kisahnya bermula begini... Saya bertugas di Kompleks Kargo Changi.
Saya habis bertugas sekitar jam 11 malam. Seperti biasa, suami saya
akan menjemput saya pulang dengan menunggang motosikalnya. Nak
dijadikan cerita, apabila keluar dari bangunan itu, saya rasa tidak
tahan hendak membuang air kecil. Kerana tidak boleh tahan, suami saya
membawa saya ke tandas berhampiran iaitu di tempat meletak kereta *.

Apabila selesai membuang air kecil, saya dan suami pergi ke motosikal
untuk pulang. Tiba sahaja di depan motosikal, suami saya pun menyeluk
koceknya untuk mengeluarkan kunci motosikal. Tiba-tiba suami saya
tanya sama ada saya ada simpan kunci atau tidak, sebab kunci tidak ada
di dalam kocek suami. Saya memberitahu suami kunci tidak ada pada
saya.

Suami dan saya pun cuba mencari kunci di sekeliling kawasan yang kami
lalui untuk ke tandas. Mana tahu kunci tercicir. Hampir setengah jam
saya dan suami mencari tetapi tidak terjumpa kunci motor. Saya dan
suami rasa tidak sedap kerana bulu roma kami mula meremang dan hairan
macamana kunci di dalam kocek boleh hilang. Lalu suami menyuruh saya
cuba menyeluk kocek seluar suami untuk pastikan kunci motor ada dalam
kocek, tetapi masih juga tiada di dalam kocek suami.

Suami menyuruh saya tenang lalu dia pun membaca surah-surah yang
patut. Selesai sahaja membaca, suami cuba sekali lagi menyeluk
koceknya. Hairannya kunci motosikal itu boleh berada di dalam kocek
suami. Dengan tidak membuang masa, suami menghidupkan enjin motosikal
lalu kami terus beredar dari tempat itu. Kami tidak terus pulang malah
kami berhenti di kedai kopi berhampiran untuk menenangkan hati dan
perasaan.

Semenjak kejadian itu, tidak tahan untuk ke tandas macamanapun, saya
dan suami tidak akan ke tandas itu lagi, kerana kami dapat tahu di
kawasan situ adalah tempat orang-orang India membuang abu orang mati.

Banglo Di Melaka ~

***
Banglo di melaka ni memang seram-seram ke? Aku dah banyak mendengar tentang cite macam ni..aku tak pernah pulak dapat pengalaman jumpa pocong. Pocong ni bukan fav hantu aku .. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Pengalaman Di Melaka
Sent: Mar 27, 2012 10:56 PM

selamat malam..

Nama saya Mai. Saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika saya
berada di Melaka bersama keluarga pada tahun 2010. Saya tinggal di
sebuah banglo di ****** selama tiga hari. Dipendekkan cerita, adik
saya membuang sampah selepas habis sahaja waktu Maghrib di luar banglo
itu. Tiba-tiba saja dia bergegas masuk dalam keadaan ketakutan. Lalu
saya bertanya kepada adik saya "Kenapa kau lari kelam-kabut? Ada
apa-apa ke?" Adik yang termengah-mengah menjawab "Kak! Saya melihat
satu lembaga yang berbentuk seperti gula-gula (pochong)". Kami
sekeluarga keluar dari banglo untuk melihat, tapi tiada apa-apa pun.
Tapi, di tengah malamnya semakin teruk keadaan di banglo.

Bila semua keluarga saya lena tidur, saya seorang saja yang belum
tidur. Ketika saya berada di tingkat atas, saya mendengar di bawah ada
seperti satu keluarga lain yang sedang berbual-bual dan ketawa-ketawa.
Setahu saya keluarga saya semua sudah tidur di bilik masing2. Semakin
lama semakin kuat mereka berbual. Saya terus mengejutkan suami saya
yang sedang lena tidur untuk mendengar apa yang saya dengar itu benar
atau tidak. Suami saya pun mendengar apa yang saya dengar. Suami saya
beranikan diri untuk menjenguk ke bawah tetapi tiada siapa2 pun di
bawah tetapi masih ada suara orang berbual. Suami saya masuk ke bilik
kembali dan tidur.

Keesokkan harinya, kami memanggil pemilik banglo tersebut dan keluar
dari situ kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku di banglo itu.
Pemilik banglo itu pernah berkata bahawa ia memang berpuaka.

p/s: banglo kat mana tu dia tidak cerita? admin pun tinggal melaka
juga mana tahu admin pernah tahu ke..

Jangan Sentuh / Ambil Sesuatu Yang Aneh ~

***
Lain kali jangan gatai gi ambik or makan sesuatu ya aneh..teruk akibatnya nanti..aku bukan orang yang akan sentuh or ambik benda-benda aneh mcm tu. Ishkkkk meremang jugak aku bila baca kisah ini. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 22:55:20
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Usah Sentuh / Ambil Sesuatu Yang Aneh...

assalammualaikum.......

Sekali lagi ingin saya menceritakan pengalaman yang benar-benar
berlaku dan dialami oleh anak angkat nenek saya.

Begini ceritanya, nenek saya adalah seorang yang tahu serba sedikit
cara untuk menghalau makhluk halus. Dengan keizinan Allah S.W.T.,
nenek saya mampu mengubati orang yang sedang dirasuk atau diganggu
makhluk halus.

Nenek saya mempunyai anak angkat yang bernama S (nama samaran). Dia
seorang duda dan ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama
N (nama samaran), di mana mereka berjumpa di tempat kerja di salah
sebuah hospital di Johor. Tetapi perempuan yang ingin dikahwini oleh
lelaki ini tidak mahu menerima lamaran lelaki itu. Entah kenapa
perempuan itu seperti ditutup pintu hatinya untuk menerima lamaran
semua lelaki. Sehingga dia berusia 30 tahun masih tidak berkahwin
lagi. Lelaki itu segera membawa perempuan itu berjumpa nenek saya.
Lalu perempuan itu menceritakan kejadian aneh yang pernah dialaminya
sewaktu dia berusia dalam lingkungan usia 9 tahun lagi.

Pada waktu rehat, perempuan itu pergi ke belakang sekolah bersama
kakaknya. Tiba-tiba dia melihat sebatang pokok dan sebiji buah yang
aneh. Yang hairannya, kakaknya yang bersamanya tadi tidak melihat satu
pun pokok dan buah yang dimaksudkan adiknya itu. Tanpa berfikir
panjang, dia segera memanjat pokok dan memakan buah itu tanpa
pengetahuan kakaknya.

Semenjak dari peristiwa itulah banyak kejadian aneh yang berlaku dalam
hidup perempuan itu. Dipendekkan cerita, dia sering diganggu oleh
susuk tubuh seorang yang menyerupai lelaki dan datang pada setiap
malam untuk menyetubuhinya. Setelah dia menceritakan kejadian aneh
kepada nenek, nenek segera merawat perempuan itu. Nenek merawatnya
dengan memandikan "Air Yasin" yang dibaca sebanyak 44 kali Surah Yasin
selama 7 hari berturut-turut.

Dalam proses rawatan perempuan itu, macam-macam perkara aneh yang
berlaku di rumah saya. Kadang-kadang, perempuan itu terjatuh dengan
sendiri sewaktu sedang berjalan menuju ke dapur rumah saya.
Seolah-olah dia pengsan dan tidak sedarkan diri. Selain itu, sewaktu
nenek sedang memberi minuman "Air Yasin" itu ke dalam mulutnya
menggunakan gelas, dia dengan tanpa sedar menggigit gelas itu sehinga
pecah. Mungkin yang menggigit gelas itu adalah makhluk lain yang
menumpang dalam tubuhnya. Pada waktu itu, empat orang perlu memegang
kedua belah tangan dan kakinya agar dia tidak meronta-ronta. Apabila
dia menjerit suaranya seperti suara seorang lelaki dan sangat
meyeramkan. Matanya terbeliak sambil memerhatikan orang yang berada di
sekelilingnya.

Menurut nenek, makhluk yang mendampingi perempuan itu sangat kuat dan
berkeras untuk tidak keluar dari badannya. Mungin kerana buah yang
pernah dimakan oleh perempuan itu. Selama sebulan merawat perempuan
itu, dengan izin Allah dia sembuh dan makhluk halus yang mengganggunya
itu telah lenyap. Mereka juga telah pun berkahwin. Nenek saya juga
berpesan apabila kita ke tempat yang sunyi dan terjumpa apa-apa yang
pelik jangan disentuh atau sesekali mengambil. Itu sahaja pengalaman
yang ingin saya kongsikan. Terima kasih. Selamat malam.

Basikal Ditumpang ~

***
Cite bab basikal ni aku pun pernah alaminya. Fuhh memang rase semacam je bila ade benda yang menumpang kat belakang kite kan.. Ni pengalaman dari sorng mamat singapura ni tentang basikalnya ditumpang SESUATU..~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Basikal Ditumpang
Sent: Mar 27, 2012 10:54 PM

Assalamualaikum

Kisah ini terjadi sewaktu percutian sekolah bulan Jun lepas. Kawan2
saya telah mengadakan sebuah acara barbeku di salah sebuah chalet di
kawasan Pasir Ris. Pada malam kedua, enam daripada kami bercadang
untuk mengayuh basikal pada waktu malam. Sengaja hendak 'adventure'
dan merasa angin malam.

Kira2 pukul 11:30 malam, kami pun terus mengayuh ke arah Taman Pasir
Ris. Kami memanjat "spider web" pada pukul 12 lebih malam. Pada saat
itu, memang tak rasa apa2. Mungkin terlalu seronok bergurau beramai2
sehingga hilang semua rasa takut. Kami berada di sana sekitar 40 minit
sebelum beredar ke tempat lain. Sedang kami menaiki basikal, tiba2
saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Basikal saya terasa berat! "Bila
masa aku tukar 'gear' basikal ni??" hati saya berbisik. Jalan yang
ditempuh pula rata.

Sedang saya cuba berfikir secara rasional, dua orang teman saya yang
berada di hadapan saya mengeluh kuat. Mereka berdua menaiki basikal
kembar. "Apasal susah sangat nak kayuh ni? Macam berat tapi aku tak
tukar 'gear'!" Sah basikal kami telah 'ditumpang'! Perkara ini
berlarutan selama 5 minit dan selepas itu, basikal kami terasa ringan
semula. Tapi kawan saya yang menaiki basikal kembar itu tiba2 mengayuh
laju ke hadapan!

Saya ingatkan mereka sengaja berbuat demikian kerana nak hilangkan
rasa takut. Rupanya mereka hilang kawalan basikal mereka dan tidak
boleh mengurangkan laju! Dengan izin Allah, akhirnya kawan2 saya dapat
mengawal semula basikal mereka. Entah berapa ramai agaknya makhluk
halus yang telah menumpang basikal kami! Tetapi syukurlah, tiada lagi
gangguan selepas itu.

Rumah Teres Di Johor Bahru ~

***
Lagi cite angker di JB.. Sampai kan ada yang mengelarkan JB ni Negeri Hantu!! Sakit hati aku dengar tapi kat JB memang banyak sangat kawasan yang keras.. Sampai aku pun kekadang tak berani nak keluar sorang-sorang. Ni kisah keluarga singapore yang dirasuk semenjak tinggal dirumah itu. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 22:51:53
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Dirasuk Sekeluarga

assalammualaikum..

Pengalaman yang ingin saya ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun
yang lalu. Pada waktu itu saya baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga
tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah
dibeli oleh ayah. Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya
agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong.
Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami
itu. Walaupun saya baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh
yang berlaku, saya pasti akan mengingatinya.

Kejadian aneh yang saya katakan antaranya dialami oleh adik saya yang
berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di
biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah
sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa
saya sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera
bertanya, "Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai
terjatuh?" lalu adik menjawab, "Nek, adik nampak hantu, badan dia
besar, banyak bulu, mata dia merah. Adik takut Nek." Mungkin hantu
yang dikatakan adik itu adalah lembaga yang berbulu dan bermata merah.
Seorang budak kecil memang dapat melihat benda halus, saya yakin adik
tidak berbohong.

Dari hari itu, bukan kejadian itu sahaja yang berlaku. Malah kali ini
lebih menyeramkan. Pada waktu jam 6.30 petang, saya merasakan badan
saya agak lemah dan sakit kepala. Saya terus baring di sofa ruang
tamu. Sambil memejamkan mata dan tidur-tidur ayam saya dapat mendengar
ibu, pakcik dan makcik saya baru pulang dari tempat kerja pada jam 7
malam. Pada waktu saya berbaring di sofa, pakcik saya mengadu lehernya
sakit dan meminta nenek saya urutkan lehernya. Sedang nenek saya urut
leher pakcik, tiba-tiba pakcik saya itu ketawa. Katanya geli seperti
lehernya digeletek oleh nenek.

Nenek yang tahu serba sedikit untuk menghalau makhluk-makhluk halus
ini segera membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Pada masa yang sama, ibu
saya pula tiba-tiba menunjukkan jari ke arah nenek sambil ketawa
mengilai-ngilai. Makcik saya yang berada di situ seperti dirasuk dan
seakan-akan ada orang yang mencekik lehernya. Sambil menarik sesuatu
di lehernya dan seakan-akan sesak nafas dan makcik saya menarik tali
yang ada di lehernya, tetapi tiada tali yang terikat di lehernya.

Kami dirasuk seorang demi seorang dan waktu itu saya sedang mencekik
diri saya sendiri sambil menangis sekuat hati. Tetapi pada masa itu
saya tidak sedarkan diri. Adik dan kakak saya yang lain yang
menceritakan keadaan saya pada waktu saya dirasuk oleh makhluk halus.
Pada waktu kami dirasuk seakan-akan ada benda yang memasuki tubuh
kami. Rupanya keadaan badan saya lemah pada waktu petang itu kerana
ada benda sudah mula masuk dalam badan saya. Nasib baiklah nenek saya
tahu cara untuk menghalau benda yang tidak nampak oleh mata kasar
manusia. Sejak dari itu, kami sekeluarga berpindah ke rumah lain dan
menyewakan rumah itu. Ini adalah pengalaman yang benar-benar berlaku
dalam hidup saya.

Makhluk Sedang Sujud ~

***
Makhluk sedang sujud? Bila nmpak makhluk sedang sujud tandanya ada orang meninggal dunia? Ni semua hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui lagi maha bijaksana.. Mungkin itu satu kebetulan sahaja.. Wallahuallam. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Sujud
Sent: Mar 27, 2012 10:51 PM

Assalamualaikum

Ini kali pertama saya bertemu dengan makhluk yang sangat aneh. Bilik
tidur saya dekat dengan ruang tamu. Kalau saya ingin ke tandas,
terpaksa saya jalan melintasi ruang tamu. Tapi yang saya ingin
ceritakan ini, sungguh aneh tapi benar. Saya bersumpah saya telah
melihat ini dengan mata kepala saya sendiri. Waktu pagi, saya ingin ke
tandas untuk mandi sebelum pergi ke sekolah. Ternampak pula makhluk
sedang sujud di ruang tamu. Alangkah terperanjatnya saya, saya
cepat-cepat jalan masuk ke tandas. Tiba-tiba saya teringat, mungkin
itu mak saya sedang sembahyang. Saya biarkan saja. Saya tak kejut mak
kerana dalam hati saya berkata, yang di ruang tamu itu, besar
kemungkinan mak saya.

Pada sekitar 10 malam pada hari yang sama saya teringat kejadian awal
paginya. Saya beritahu mak saya, "Mak, kenapa tadi pagi mak sembahyang
di ruang tamu? Terperanjat saya.'' Mak saya toleh dengan muka yang
sangat pucat. Mak saya menjawab, "Tadi pagi mana mak sembahyang? Mak
sakit. Lagipun kalau mak nak sembahyang, bukan di luar tapi di dalam
bilik." Mak saya kata lagi, mungkin makhluk itu ingin tumpang
sembahyang. Dalam hati saya berkata, manalah ada hantu yang hendak
sembahyang? Tapi mungkin ada logika juga. Terus siapa yang sembahyang
? Lagi-lagi bila saya melihat makhluk itu , ia memakai telekung.
Betul-betul bentuk seperti orang yang bersujud. Selepas itu, kami
terus tidur dan tenangkan fikiran masing-masing.

Dalam empat atau lima hari kemudian, kejadian yang lain berlaku pula.
Abang saya kata, dia lihat makhluk hitam pula di tepi katilnya. Dia
terus baca ayat-ayat suci di dalam hatinya. Mak saya ni pula cakap,
kalau ada makhluk sembahyang, kemungkinan dia ingin mengambil nyawa
seseorang. Dan kejadian itu benar!!! Bapa saya meninggal di Makkah
pada hari jadi saya bila dia menunaikan ibadah Haji. Mungkin makhluk
yang saya lihat itu, makhluk yang baik. Itu hanya pendapat saya
sahaja. Itu sahajalah pengalaman saya. Aneh tetapi benar...

p/s: segala yang berlaku atas izin ALLAH.. :)

Siulan, Tangisan Bayi dan Bunyi Orang menyapu ~

***
Selamat Pagi semua.. Selepas subuh aku dah start hunting cite-cite seram. Memang keja gila betul lah kan tapi tu memang hobi aku. Tak kira masa aku akan mencari kisah-kisah angker tak kira dari mana pun sumber-sumbernya.Pagi Rabu ni aku nak korang baca kisah dari seorang lelaki yang berasal dari singapura dan pengalaman seramnya ketika di Riau, Indonesia. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 22:50:21
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Pengalaman Di Riau

selamat tengah malam...

Cerita seram yang akan saya ceritakan ini tidak berlaku hanya dalam
satu malam atau satu kejadian saja. Bayangkan seperti bila kita
menonton cerita seram di mana cuaca memainkan peranan yang menambah
keseraman yang dirasakan ketika itu.

Ceritanya bermula waktu saya ditugaskan bekerja di sebuah bandar di
Riau, tempatnya di Bandar Pekan Baru. Setelah bertugas di sana selama
lebih kurang 3-4 bulan dan selama itu menginap di motel lebih kurang
dua minggu bagi setiap kali saya di sana, syarikat saya telah membuat
keputusan menyewa rumah sebagai tempat penginapan kami yang bertugas
di sana agar lebih selesa.

Waktu wakil syarikat saya mencari rumah, saya telah pulang ke
Singapura dan bila saya kembali ke Pekan Baru, rumah telah disewa dan
menunggu saya berpindah ke situ bila ia siap untuk dibersihkan.
Beberapa hari setibanya saya di sana, saya pun bersiap untuk menginap
di rumah tersebut. Rumah tersebut terletak di daerah yang bagus dan di
tengah kota Pekan Baru cuma rumahnya adalah rumah lama.

Kebiasaan rumah di sana mempunyai bilik yang ada perigi di dalamnya
kerana penduduk di sana susah mendapatkan air lebih lagi bila musim
panas, jadi mereka banyak menggunakan air perigi. Kerana hari masih
siang dan saya mendapati ada orang yang memberi khidmat memasang pam
bagi perigi dalam rumah, saya pun meminta lelaki itu memasang pam bagi
perigi di rumah itu. Disini lah bermula pengalaman seram saya.

Sebelum kerja memasang pam air dimulakan, saya telah menunaikan solat
Zuhur dahulu dan selesai solat saya pun baring di bahagian ruang tamu
sambil menonton televisyen. Saya baring mengarah terus ke pintu bilik
yang mempunyai perigi, kononnya biar saya boleh sambil2 melihat lelaki
itu membuat kerja. Kelihatan lelaki itu buat kerja dengan tekun sambil
keluar masuk antara ruang makan dan bilik perigi itu. Waktu itu teman
saya sedang di bilik tidur mengemas pakaian.

Tiba-tiba terdengar jeritan kuat dari bilik perigi dan lari keluar
lelaki tersebut dengan memegang jari beliau. Saya dapati lelaki itu
telah terpotong jarinya dan lukanya amat besar dan dalam. Saya melihat
luka itu terbuka menampakkan tulang beliau. Dengan cepat dia membasuh
jari nya di bawah paip dan menyiram dengan air langsung luka itu
dibalut. Nasib baik kerja beliau sudah selesai tapi saya mendapati
darah beliau telah menitis ke dalam perigi. Selesai lelaki itu pulang
saya kembali baring di ruang tamu dan teman saya ke bilik seperti
sebelum kejadian itu. Tetapi bila saya memandang ke arah bilik perigi,
saya ternampak seperti susuk tubuh lelaki berjalan masuk ke bilik
perigi. Dalam keadaan terperanjat saya istighfar panjang dan menukar
arah pandangan saya.

Apabila tiba waktu malam selesai solat Maghrib, saya telah meminta
beberapa orang dan imam masjid berdekatan untuk membaca doa selamat.
Seperti amalan di sana, selesai doa selamat imam telah merenjis
seluruh rumah dengan air yang telah diletakkan di hadapan orang yang
membaca doa selamat tadi. Selesai acara doa selamat dan semua tetamu
telah pulang, saya dan teman terus menutup pintu dan tingkap rumah
untuk tidur kerana kami sungguh penat seharian.

Tak lama kemudian, kedengaran hujan renyai mula turun. Sedang kami
sudah mahu tidur dan jam waktu itu kira kira sekitar pukul sebelas,
saya dan teman mendengar di luar halaman rumah seperti ada orang
sedang menyapu dengan mengunakan sapu lidi, "Sshrek..... Sshhrek...
Sghrek..' bunyi kedengaran. Kami sungguh hairan siapa yang meyapu
walhal kami sudah mengunci pintu pagar dan yang ada di rumah itu cuma
saya dan teman. Kami cuba mengintip dari celah tingkap tapi tak boleh
kerana tingkap sungguh rapat. Saya mahu membuka tingkap tapi teman
saya melarang. Keadaan waktu itu benar-benar seperti dalam cerita
seram.

Saya cuba mahu melihat dengan memanjat dan melihat melalu jaring di
atas tingkap tapi tak boleh sebab jaring terlalu tinggi dan hampir ke
siling. Bunyi itu berhenti selepas sekitar 20 - 25 minit dan saya dan
teman terus tidur sampai pagi. Waktu pagi kami lihat penyapu lidi
sudah bertukar tempat dari hari sebelumnya.

Hari kedua di rumah itu lebih menakutkan. Pada siang hari saya dan
teman telah membeli alat pemain pita audio dan saya memainkan audio
mengaji ayat-ayat suci Al-Quran dan saya dan teman pulang selepas
makan sekitar jam tujuh malam. Sekitar jam sepuluh malam, saya dan
teman mendengar suara bayi menangis yang datang dari bilik garaj. Kami
rasa agak hairan tapi takut namun kami keluar dari kamar, tetapi yang
kami dengar lebih dari suara bayi menangis. Ada juga suara seseorang
bersiul-siulan. Kami langsung lari masuk ke bilik dan mengunci pintu.
Sebentar kemudian, di luar kedengaran hujan turun dan sekali lagi
bunyi orang menyapu seperti malam sebelumnya. Kami tambah takut namun
tak boleh berbuat apa-apa.

Beberapa minit kemudian sesuatu yang lebih menakutkan berlaku. Pintu
bilik kami telah digoyanglam dengan kuat seperti seseorang yang cuba
membuka pintu. Keadaan ini berlaku sekitar 2-3 minit. Pintu bilik
terus digoyang dengan kuat. Saya dan teman duduk di atas katil terpaku
dan dalam keadaan ketakutan. Kami tak boleh tidur hingga sekitar jam 4
pagi.

Keesokan harinya, kami terus meminta seorang dukun dari Jakarta untuk
datang hari itu juga dan menolong mengatasi masalah itu. Malam itu
dukun itu telah menjalankan upacara memindahkan semua makhluk-makhluk
di rumah itu sekitar jam dua pagi. Kami diberitahu di rumah itu ada
banyak makhluk termasuk ada makhluk bayi yang di garaj, makhluk wanita
muda, makhluk lelaki yang ganas - ini yang cuba membuka pintu bilik,
makhluk lelaki yang berada di dapur yang sentiasa bersiul-siulan.

Upacara memindahkan berjaya dilakukan namun kami diberitahu makhluk
bayi dan makhluk lelaki di dapur itu tak bisa dipindahkan. Makhluk
lelaki di dapur itu sentiasa bersiul tanpa kira waktu walaupun waktu
siang hari. Kami dinasihatkan supaya memarahi makhluk yang bersiulan
itu setiap kali kami dikacau dan dia akan diam, dan waktu malam kami
masih terus mendengar suara bayi menangis dari garaj.

Beberapa hari selepas itu saya mendapat tahu rumah itu dulu dimilki
seorang doctor bedah siasat atau Ahli Pathologi, yang sudah meninggal
dunia sekitar lima belas tahun sebelumnya dan rumah itu sudah tidak
berpenghuni selama lebih sepuluh tahun. Selepas Hari Raya, saya
membuat keputusan keluar dari rumah itu dan terus pulang ke Singapura.
Ini cerita benar dan pengalaman paling menyeramkan saya yang pernah
saya lalui.

Tuesday, 27 March 2012

Adakah Nenek Mempunyai Saka??? ~

***
Ni cerita terakhir untuk malam ni ya..pasal Saka ni aku tak nak ulas banyak lah sebab benda yang ni aku kurang percaya sikit..apa-apa pun korang baca lah dan selamat membaca dan selamat malam ..Baca boleh percaya jangan sesekali..~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Adakah Nenek Mempunyai Saka???
Sent: Mar 27, 2012 10:45 PM

Assalamualaikum KC,

Nama saya Syida. Umur saya 18 tahun. Saya ingin menceritakan
pengalaman ngeri tentang nyai saya. Setahun yang lalu bapa membawa
nyai tinggal bersama kami. Nyai tidur sebilik dengan kakak dan saya.
Ibu memberitahu saya bahawa nyai pernah menyihir ibu kerana perasaan
dengki. Nyai benci dengan ibu sehingga dia menyihir ibu dan membuat
hidupnya merana. Bukan itu sahaja, saya juga dapat tahu bahawa nyai
mempunyai SAKA. Saya tak tahu kalau nyai masih menyimpan sakanya itu,
tetapi setiap malam kalau saya masuk bilik ingin tidur, tepat pada 12
malam, nyai akan tidur di depan pintu, lalu dia akan membuat bising.
Dia kata dia selalu PANAS, dan kemudian dia menangis.

Dia juga akan melafazkan perkataan yang sukar untuk difahami. Katil
saya berdekatan dengan tingkap yang harus dibuka kerana bilik tu bau
busuk sekali. Entahlah kalau nyai yang bau busuk, ataupun bilik saya
memang busuk. Tapi nyai saya akan selalu bangun dari katilnya dan
duduk menghadap tingkap itu lalu mengatakan perkataan yang sukar untuk
difahami. Kakak saya pernah bermimpi, bahawa nyai dan seekor kucing
hitam duduk di atas tingkap itu lalu memandangnya dengan pandangan
yang amat menakutkan. Nyai juga gemar mengulas jari kaki saya dan
ketawa sendiri.

Ibu saya pun selalu memarahi nyai saya, tapi nyai saya tak mahu
mengaku. Saya tak tahu nak buat apa. Perkara ini sudah lama
berlarutan. Apa yang harus saya lakukan? Apa nyai saya masih menyimpan
sakanya itu dan ingin memberinya pada saya? Saya sudah bertemu dengan
seorang pakar, tetapi sukar untuk dia semah rumah saya kerana bapa
saya tidak percaya dengan perkara karut ni. Maklumlah, dia sayang
dengan ibunya.

Terima kasih dan selamat malam...

Misteri Penumpang Teksi ~

***
Para pemandu taxi memang orang yang selalu dan kerap diganggu. Itu benar kerana mereka sering keluar sehingga ke tgh malam untuk mencari rezeki.. Tetapi itu lah risiko yang terpaksa mereka hadapi untuk sesuap nasi..ikuti kisah saudara ini ye sbb aku pernah dengar kisah ni semasa aku dengar MJ12 tahun lepas. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 22:43:03
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: kisah seram Misteri Penumpang Teksi

selamat malam pembaca kisah seram... hihihihi...

Berikut merupakan kisah yang saya alami tidak lama dulu ketika saya
bertugas malam sebagai pemandu teksi. Pada pukul dua pagi itu saya
dikejutkan dengan suara operator telefon radio teksi membuat
panggilan. "Ada penumpang dari Kondo di Dairy Farm Crescent nak ke
Scotts Road, pemandu yang berada berdekatan dengan kawasan itu sila
lapor…" suara operator halus keluar daripada alat perhubungan.

Tanpa berfikir panjang saya terus menyambut panggilan dan menyatakan
sanggup mengambil penumpang itu. Dari Jalan Teck Whye saya membelok ke
kiri menghala ke Upper Bukit Timah Road. Malangnya, kira-kira lima
minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo
tersebut kerana teksi lain telah pun mengambil penumpang itu. "Dah
dekat nak sampai ni," saya beritahu operator. "Janganlah marah, saya
pun tak tahu. Teksi itu tak lapor pun, tiba-tiba saja beritahu dah
ambil penumpang itu," suara operator membela diri.

"OK… saya pusing balik," kata saya, sedikit kecewa dengan apa yang
berlaku. Sudah alang-alang berada di Upper Bukit Timah Road, lebih
baik saya teruskan perjalanan hingga ke kondo tersebut. Manalah tahu
kalau-kalau ada penumpang lain. Jika tak ada pun tak apalah, asalkan
hati puas. Sewaktu tiba di pondok pengawal kondominium tersebut, tidak
ada sesiapa pun di situ. Kemudian saya buat pusingan-U dan berpatah
balik. Saya pandu kereta perlahan-perlahan. Di kiri dan kanan semuanya
nampak gelap, hanya kelihatan bayang-bayang hitam pokok-pokok.

"Screeeeeeet!!!!!" Tayar kereta berdecit apabila brek ditekan
mengejut. Nyaris-nyaris saya terlanggar perempuan di tepi jalan yang
sedang melambai-lambaikan tangan menahan teksi saya. "Wow! Cantik…
seksinya cun-melecun," sepontan keluar dari mulut saya apabila nampak
wanita dalam lingkungan umur 20-an tahun memakai gaun merah pendek.
Gaun tanpa lengannya ketat hingga menampakkan susuk tubuh yang
menggiurkan. Saya terpaku juga dengan keayuan gadis itu.

Saya turunkan cermin tingkap untuk bertanya. Gadis berambut panjang,
hidung mancung, berkulit putih dan bermata galak itu tersenyum. "Lim
Chu Kang," ringkas jawabnya dalam pelat Cina. "Ok, boleh…" jawab saya.
Gadis itu terus membuka pintu belakang. Alamak…! Minyak wangi apa yang
dipakai harum semerbak seperti bau bunga-bunga segar yang sedang mekar
hingga menusuk ke hidung.

Saya terus memandu menyusuri selekoh tajam jalan di situ untuk menuju
keluar ke Upper Bukit Timah Road arah bandar, dan kemudian membuat
pusingan-U di jalan susur ke arah Woodlands sebelum belok kiri ke Choa
Chu Kang Road untuk ke Lim Chu Kang Road. Sambil memandu dalam kawasan
estet Dairy Farm itu saya sempat menjeling ke cermin, kelihatan
perempuan itu tersandar di tempat duduk dengan mata terpejam. Fikiran
saya terus melayang memikirkan keberanian perempuan itu berjalan
seorang diri di dalam gelap. Namun saya tidak berani bertanya kerana
bimbang dituduh menjaga tepi kain orang.

Tiba-tiba terasa tengkuk saya disentuh jari-jemari. Sejuk seperti air
batu. Saya tepis tangan gadis itu dan menyuruhnya duduk baik-baik.
Namun tengkuk saya terus juga diraba dengan gaya menggoda. Saya tepis
tangan perempuan itu. "Miss, you jangan buat macam itulah," kata saya.
Perempuan itu tidak mempedulikan kata-kata saya. Dia terus juga meraba
dan membelai tengkuk, bahu serta rambut saya. Kali ini saya bersuara
dengan lebih keras sekaligus memandang ke cermin. Saya merenung cermin
agak lama kerana tidak pasti apa yang dilihat.

"Ya Allah! Eh! Betul ke ni?" saya bercakap sendiri. Kemudian saya
pasang lampu. Perempuan itu menyeringai, mukanya menggerutu. Mengalir
darah dan nanah dari kudis-kudis di pipi, dagu dan dahinya. Kelihatan
kedua-dua matanya tersembul keluar. Saya terus tekan brek sekuat-kuat
hati, kemudian memutar stereng untuk berpatah balik ke pondok pengawal
di kondo tadi. Jari-jemari berkuku panjang terus meraba-raba dan
membelai tengkuk saya. Beberapa kali saya cuba membaca Ayat Kursi tapi
lintang-pukang tidak tahu yang mana harus dibaca dulu. Lidah saya
kelu. Kemudian saya cuba pula baca surah Al-Fatihah. Pun sama juga,
tak berjaya!

Teksi yang saya pandu sekejap ke tepi sekejap ke tengah. Saya bimbang
jika jari-jari itu akan mencekik leher saya. Saya tekan minyak sekuat
kaki, supaya cepat sampai ke kondo tadi. Peluh dingin mengalir
membasahi baju, rasa macam nak terkencing. Lutut menggeletar, seluruh
badan seram sejuk. Semakin laju kereta semakin lebar perempuan itu
tersengih di cermin. Hampir-hampir besi penghalang di pintu pagar
kondo saya langgar. "Tolong! Tolong!" saya menjerit sambil membuka
pintu teksi sebaik sampai ke bilik pengawal. Malangnya saya jatuh
tersembam, kaki lembik tidak mampu untuk berdiri atau berjalan. Saya
cuba bangun tapi tidak berdaya, terasa lemah seluruh badan. Saya
merangkak pula.

"Tolongggggggggggggggg!" saya menjerit lagi sambil merangkak kemudian
meniarap seperti askar untuk ke pondok pengawal yang jaraknya hanya
dua meter. Dua orang pengawal keselamatan berlari mendapatkan saya.
"Kenapa bang?" tanya mereka dengan muka cemas. Saya hanya menunjuk ke
arah teksi dengan tangan saya yang menggeletar seperti orang kena
sawan. Mereka segera berlari ke teksi, tertunduk-tunduk mengintai dari
cermin tingkap. Yang kelihatan hanya wanita berambut panjang memakai
gaun merah. Perlahan-lahan pintu belakang dibuka dan benda putih
terbang keluar daripada teksi saya. Pengawal lari lintang-pukang masuk
ke pos pengawal dan mengunci pintu dari dalam.

Uwekkkkk! Uwekkkkkk! Saya hanya memerhatikan kedua-dua pengawal itu
termuntah-muntah. Tidak ada apa yang mampu saya lakukan kecuali
memandang sahaja. Bau bangkai dari dalam teksi saya mula menyelinap
masuk ke lubang hidung saya. Saya cuba tahan supaya isi perut tidak
terburai, tapi tidak mampu. Saya termuntah sama. Malam itu saya tidak
mampu untuk memandu. Hilang semangat langsung, tambah-tambah lagi bau
itu masih melekat di dalam teksi.

Menjelang Subuh tiga orang kawan saya datang untuk membawa saya
pulang. Teksi itu saya tinggalkan di kawasan berhampiran dengan pondok
pengawal. Sejak peristiwa itu, saya tidak berani mengambil
penumpang-penumpang di kawasan-kawasan terpencil, sepi dan gelap
selepas tengah malam, walaupun ditawarkan bayaran berkali-kali ganda,
walaupun seribu dollar ke atas.