Pages

Sunday 25 March 2012

Tv TeRBuKa SeNDiRi ~

***
Korang dah solat magrib tak ni? Kalau belum solat baik pi amik wudhu' and jangan lambat-lambat kan waktu solat k. Malam ni aku nk korang baca tentang kisah saudara ni tentang tv terbukak sendiri. Walaupun cite die pendek je tp seram gak. Kat blog ni hanya ade himpunan kisah-kisah seram je, tak seram tak akan di post di sini. Itu confirm. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: PENGALAMAN SERAM RUMAH
Sent: Mar 25, 2012 2:23 PM

Sape sape yg pernah baca cerita cerita saya dalam KISAH SERAM MASA
TRAINING KAT MELAKA,harap masih minat join saya dan baca sambungan
kisah pelik seram saya yek...

Tanpa berlengah lagi...dah lama tak kongsi cerita ni dah macam
berkarat sket.. jadi saya cerita yang ringan2 dulu yek...

Ni pengalaman masa mula mula duduk bujang, keje di Johor Bahru nie...

Kiranya pengalaman sahabat saya ni yek...

Sahabat saya, kita namakan dia Aswie (name glamer jek) sedang tidur
kat hall rumah bujangnya. Rumah bujang kami nie kuarters 5 tingkat..
yang bawah2 famili kelamin, yang atas2 rumah yang bujang2.. Satu rumah
ada tiga orang member yang lain, tapi nak dijadikan cerita malam tu
cuma Aswie seorang sahaja dirumah..

Biasalah, kat rumah bujang setakat tidur bersepah kat hall depan tv tu
bukan pelik lah.. mula mula tengok tv, lepas mata dah berat tv tengok
Aswie pulak.. jadi, sebelum beradu tu sempatlah lagi Aswie ni matikan
tv guna remote..

Setelah agak lama terlelap, Aswie ni tersedar kerana tv terpasang..
Dia tak pikir apa-apa pun, mungkin masa bergolek golek tidur tu,dia
tertekan remote. Jadi, dia angkat remote, matikan tv, pastu letak
remote atas meja, takut tertekan lagi.. Dia pun sambung tidur..

Tak lama lepas tu, tv terpasang lagi sekali.. Kali ni dah rasa seram
dah, cos remote jauh atas meja.. Macammana lak tv boleh terpasang
sekali lagi.. Dalam rumah cuma dia sorang sorang, mana ada orang
lain.. Kalu member buat pedajal pun, mana ada member kat rumah... Kali
ni, berani x berani ,Aswie bangun, cabut plag dari suis dan terus
sambung tidur..

Yang hebatnya, dan yang saya respect, dia masih lagi sanggup tidur
kat tempat yang sama walaupun terganggu dua kali hehe.. tapi dia cakap
gak, kalau dah cabut plag pun tv masih lagi terpasang sendiri, dia pun
mesti cabut kuar dari rumah…tapi alhamdulillah, tidurnya terpelihara
hingga ke pagi…

1 comment:

  1. kalau tv terbukak sendiri aku org pertama lari.hahaaa.

    ReplyDelete