Pages

Saturday 17 March 2012

Roh Merayau Gara2 Mengumpat??

Aaaahhhhhhhhh!!!! Serammmmm!!
------Original Message------
From: insyirah23@gmail.com
To: Aida 019
Subject: Roh Merayau Gara2 Mengumpat
Sent: Mar 15, 2012 8:02 PM

Milah memang terkenal kepoh di kalangan orang kampung. Setiap petang
dia akan duduk berlonggok di tangga rumah jirannya sambil mengata
orang kampung. Ada saja cerita yang dibualkannya hingga tidak
menyedari senja meremang. Mulutnya tetap becok biarpun azan Maghrib
berkumandang di masjid berhampiran kampung sedangkan di saat itu
sebagai hamba-Nya, kita sepatutnya tunduk menghadap Ilahi.

Suaminya, Osman sudah jenuh mulut menegur kelakuannya itu. Bukan saja
menimbulkan fitnah tetapi tidak baik untuk bayi dalam kandungan kerana
dia sedang mengandung tujuh bulan. Kata orang tua-tua, hantu syaitan
banyak merayau di waktu senja.

Sikap degil Milah sudah Osman faham benar kerana sejak kahwin, Milah
kerap melawan cakapnya. Tujuh tahun mereka berkahwin, inilah kali
pertama Milah mengandung. Biarpun ini kandungan pertamanya, tapi Milah
tidak membuat penjagaan rapi seperti yang disarankan doktor. Bukan
Osman melarang isterinya duduk berbual tapi biarlah berpada, jangan
sampai keterlaluan hinggakan senja meremang pun dia masih duduk
berborak di tangga rumah jiran-jiran.

Ada juga orang kampung menegur perlakuan isterinya dan Osman juga
sudah puas menasihatinya tetapi ia umpama mencurah air ke daun keladi.
Sikap isterinya tetap tak berubah dan lama kelamaan, dia buat tak
reti.

Maka sukalah Milah kerana tabiatnya sudah tiada yang ambil peduli.
Maka rancaklah, dia duduk berlonggok di tangga rumah jiran sambil
mengata itu dan ini. Kebetulan, ada teman-teman yang menyokong,
rancaklah kegiatan itu.

Sebulan sebelum melahirkan, sikap Milah nyata berubah. Dia lebih gemar
menyendiri dan ketika kawan-kawannya datang ke rumah, mulutnya tidak
lagi becok bercerita seperti selalu. Memang ramai yang hairan dan
suaminya turut pelik dengan sikapnya itu tetapi dia tidak bertanya
lanjut, malah memanjatkan rasa syukur kerana isterinya sudah berubah.

Suatu malam, Milah merasakan perutnya terlalu sakit. Malah dilihatnya
ada darah yang mengalir di celah pahanya. Segera dia mengejutkan
suaminya dan tergesa-gesa mereka ke hospital. Sesampai di hospital,
doktor membuat pemeriksaan dan mendapati rahimnya sudah terbuka empat
sentimeter. Milah tidak dibenarkan balik pada malam itu sebaliknya dia
ditahan di hospital kerana menurut doktor, dia akan bersalin. Osman
juga tidak mahu menanggung risiko dan dia bersetuju kerana dia sudah
tidak sabar untuk menimang anak setelah tujuh tahun berkahwin.

Kurang dari 12 jam, Milah merasakan sakit perutnya makin kerap, sakit
pinggang dan segala-galanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Berkali-kali dia menjerit meminta tolong daripada jururawat bertugas.
Sekali dua mereka melayan karenahnya tetapi lama kelamaan mereka hanya
mampu menyuruhnya bersabar sahaja.

Kira-kira jam tujuh pagi, sakit yang Milah tanggung sudah tidak
tertahan lagi. Dia segera dibawa ke bilik bersalin kerana pintu
rahimnya sudah terbuka lapan sentimeter. Jururawat menyuruhnya meneran
kerana kepala bayinya sudah kelihatan. Berkali-kali Milah cuba
melakukannya malah tenaganya hingga kehabisan. Melihat keadaannya yang
tidak bermaya, jururawat 'memasukkan air' dan setengah jam kemudian
doktor melakukan kaedah vakum bagi menyelamatkan nyawa bayinya yang
hampir lemas.

Malangnya Milah meninggal dunia kerana urinya tersangkut di dalam
rahim. Mereka sedaya upaya menyelamatkannya, tapi benarlah Allah lebih
menyayangi makhluknya. Maka menangislah Osman kerana isteri yang
disayanginya meninggal dunia. Dia sendiri terkeliru bagaimana untuk
mahu menjaga anak lelaki tunggalnya, Muhammad Hakimi tanpa kehadiran
seorang isteri. Puas keluarga dan sanak saudara menasihatinya dan
mereka berjanji akan menjaga anaknya bersama-sama.

Jenazah isterinya selamat dikebumikan. Namun seminggu selepas itu,
kampung tempat tinggal mereka gempar apabila kubur Milah digali. Nasib
baiklah ketika itu, ada orang kampung terlihat tiga orang lelaki
sedang memikul mayat Milah. Kala mereka menyergahnya, ketiga-tiganya
lari lintang pukang dan meninggalkan mayat Milah di tepi kubur.

Gempar seketika orang kampung

~ aidaGorGeouS ~

No comments:

Post a Comment