Pages

Sunday 25 March 2012

Lorong sunyi ~

***
Kekadang kite ni jangan tunjuk berani sangat dan jangan tunjuk terlampau takot sangat. Ni lah akibat berani tak bertempat. Tapi seram jugak bila aku baca entri ni. Dah lah ayah aku belum balik lagi ni. Adik lelaki aku kuar ntah kemana. Aishhhhh!! Kenapa lah aku selalu dalam situasi mcm ni? Dah lah, better korang baca kisah ni. Kisah ni ade terselit pengajaran juga. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 21:07:43
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Misteri lorong sunyi

Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita
mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia
membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah
pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang
tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya
dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus
ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk
dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang
terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya
lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat
kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut.
Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak
pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang
berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya.
Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat
telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong
sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah
jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke
rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan
majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan
ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus
menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau
pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang
kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun
dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan
lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan
makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi
Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis
bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang
sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di
warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana
asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam
itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui
lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin
tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang
terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia
ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu
tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya
menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia
tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf
berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang
telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba
ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian
sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia
menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi!
Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan
wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah
dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi
itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau
terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu
raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak
menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak
pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak,
cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini
barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang
wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak
matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf
dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu.
Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti,
bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya.
Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang
mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi
bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan
susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan
yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita
itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah
terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya,
kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang
kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan,
Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah.
Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat
lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf
sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam
1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat
Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun
terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah
Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh
rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong
sunyi yang berpuaka itu!

No comments:

Post a Comment