Pages

Monday 26 March 2012

Siapakah Dia??? ~

***
Aku respect lah kat kakak ni. Kisah ni memang serammmm. Ditambah aku kat umah sorang-sorang memang lah takot..Gerekkk sehhh akak ni! Kalau sesiape ade kisah lagi seram dari kakak ni jangan lupe kongsi kan bersama kami!! ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Siapakah Dia???
Sent: Mar 26, 2012 11:08 PM

selamat tengah malam para pembaca kisah seram..

Kejadian ini berlaku sewaktu saya hamil anak kedua. Setiap malam bila
saya terlelap tidur, saya akan bermimpi berada di dalam bilik tidur
sendiri dan akan melihat seorang lelaki tua yang memakai songkok putih
dan berjubah putih sedang berdiri atau duduk di kerusi. Saya tidak
merasa takut kerana orang tua itu sentiasa tersenyum pada saya.
Apabila saya beritahu pada bapa tentang penampakan orang tua itu, bapa
bertanya bagaimana rupanya?

Saya pun terangkan: Rambutnya kerinting, orangnya tinggai lampai dan
berkulit sawo matang. Mungkinkah itu arwah datuk saya? Saya tidak tahu
bagaimana rupa sebenar arwah datuk saya kerana beliau telah meninggal
dunia sebelum saya dilahirkan lagi.

Pada bulan ketujuh kehamilan saya, sewaktu di dalam bilik air di
tempat kerja, saya telah ketumpahan darah. Saya jadi 'panik'. Saya
merasa cemas dan takut sehingga ketua dan rakan tugas saya membawa
saya ke Hospital Kandang Kerbau serta-merta. Di sepanjang perjalanan
di dalam kereta saya menggenggam tangan rakan saya dan menangis. Saya
merasa amat sedih kerana adik saya yang mengandung juga baru mengalami
keguguran, saya tidak mahu mengalami nasib yang serupa. Saya amat
sayangkan bayi di dalam kandungan saya.

Apabila sampai di hospital, mereka pun memanggil doktor dan saya
ditempatkan di bilik pemantauan. Sewaktu doktor dan jururawat selesai
memeriksa dan berlalu pergi, tiba-tiba saya dapat melihat kelibat
orang tua yang sentiasa datang pada mimpi saya berdiri di hujung katil
saya! Beliau menunjukkan raut wajah yang serius dan memberitahu saya
supaya jangan risau kerana tidak akan ada apa-apa kejadian yang tidak
menyenangkan akan terjadi pada saya. Beliau seperti memberi keyakinan
pada saya supaya kuatkan semangat.

Memang betul, tak ada kejadian yang serius terjadi pada saya sehingga
selamat melahirkan bayi saya. Walaupun saya ketumpahan darah dari 7
bulan sehingga 9 bulan, saya telah kembali ke hospital sebanyak 5
kali. Alhamdulillah, bayi dan saya di dalam keadaan yang selamat.
Sekarang bayi itu telah berumur 13 tahun dan berambut kerinting dan
sudah sama tinggi dengan saya, 1.56meter. Padahal saya dan suami
berambut lurus tidak kerinting.

1 comment:

  1. pengalaman yg sgt best bila baca. :ana

    ReplyDelete