Pages

Tuesday 27 March 2012

Gangguan Di Cirebon, Indonesia ~

***
Kisah salah sorang pendengar misteri Jam 12 ni best jugak. Indonesia memang terkenal dengan kisah angker..ntah betul ke tidak aku pun tak tau. Anggap lah ini satu hiburan sahaja ya. Enjoy it! ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 22:39:09
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Gangguan Di Cirebon...

Assalamualaikum DJ KC dan semua pendengar radio RIA,

Nama saya Siti. Saya ingin berkongsi pengalaman seram saya sewaktu
saya dan keluarga serta adik ipar dan anak lelakinya pulang ke kampung
di Cirebon, Indonesia pada tahun 2010 bulan November. Saya, suami, dan
adik ipar serta anak lelakinya memang tak lama bercuti pulang ke
kampung. Kami pulang ke kampung pun hanya seminggu sahaja. Ibu mentua
dan kedua anak saya kalau pulang ke kampung pada cuti sekolah, memang
lama mereka berada di sana. Mereka berada di sana selama sebulan.

Kisah seram yang saya ingin berkongsi ini berlaku pada malam terakhir
saya, suami dan adik ipar berada di kampung. Ketika itu adik ipar saya
sedang berzikir selepas selesai solat Maghrib di biliknya. Ketika itu
tingkap di biliknya tidak ditutup kerana cuaca pada masa itu amat
panas. Selesai saja adik ipar saya berzikir, dia pun duduk di halaman
rumah bersama suami saya dan juga diri saya. Kemudian dia menceritakan
kepada kami bahawa semasa dia sedang berzikir di biliknya, dengan
tiba-tiba dia diganggu oleh makhluk yang ketika itu bermain dengan
tingkap di biliknya. Dia kata tingkapnya dibuka perlahan-lahan
kemudian ditutup semula berkali-kali.

Di kampung saya memang pada masa itu tidak ada angin dan di luar pun
tidak ada seseorang pun. Makcik dan pakcik serta anak-anak saudara
semua berada di rumah masing-masing. Jadi dalam rumah kami cuma ada
saya sekeluarga saja. Tapi kami tak kisah sangatlah dengan apa yang
telah berlaku pada adik ipar saya, kerana memang di kawasan kampung
kami itu sememangnya keras. Asyik leka berborak-borak di halaman
rumah, tepat pukul 10.00 malam (waktu Singapura) kami pun masuk ke
bilik masing-masing untuk tidur.

Apa yang berlaku pada diri saya selepas itu sangat seram. Suami saya
tidur di bawah sementara saya dan anak perempuan saya tidur di atas
katil. Suami dan anak perempuan saya sudah pun tidur cuma saya saja
yang susah nak pejamkan mata selama tiga jam. Dan pada waktu itu jam
dah menunjukkan hampir jam 1 pagi (waktu singapura). Tingkap di bilik
saya telah pun saya rapatkan (takut nyamuk masuk). Baru saja saya nak
lelapkan mata, dengan tiba-tiba tingkap saya bergegar dengan
sekuat-kuatnya. Apa lagi saya cuba kejut suami, tapi dia tak
bangun-bangun.

Saya cuba kejut anak perempuan saya yang waktu itu berusia enam tahun.
Dia pun tak bangun. Jadi saya bacalah ayat-ayat suci yang saya tahu.
Kemudian gegaran itu berhenti. Selang lima minit kemudian, ia bergegar
sekali lagi. Kali ini gegarannya sangat kuat serta bunyi ketukan.
Sangat menyeramkan!!! Kemudian di bumbung rumah pula kedengaran
seperti ada benda bermain kejar-kejaran. Apa lagi saya paksa diri saya
untuk pejamkan mata sampailah masuknya waktu Subuh. Barulah gangguan
itu berhenti.

Sebaik saja suami dan ibu mentua saya bangun, saya pun ceritakan pada
mereka gangguan yang telah saya alami di bilik saya. Saya tak boleh
tidur walau macamana saya cuba pejamkan mata. Sebelum saya, suami dan
adik ipar saya berangkat pulang ke Singapura dan setelah menceritakan
kepada ibu mentua saya, dia mengatakan kepada saya memang di kawasan
kampung memang sering diganggu dengan makhluk-makhluk yang tidak
diingini. Sampai di sini sajalah kiriman pengalaman seram emel saya
semasa berada di kampung buat semua pendengar radio RIA.

Yang Benar,

Siti

2 comments:

  1. memperbayakkan membaca ayat suci x kira di mana.bg saya,tempat kita tidak tahu asal usul lbih baik kita sentiasa berhati-hati. Tq

    ReplyDelete
  2. Vampires is not at all like in the movies or books. Sure, I understand. You are young you have the whole world open to you. You can be anything that you choose if you apply yourself and try hard to work toward that goal. But being a Vampire is not what it seems like. It’s a life full of good, and amazing things. We are as human as you are.. It’s not what you are that counts, But how you choose to be. Do you want a life full of interesting things? Do you want to have power and influence over others? To be charming and desirable? To have wealth, health, and longevity? contact the Vampires Lord on his Email: Richvampirekindom@gmail.com

    ReplyDelete