Pages

Monday, 26 March 2012

Bas Ekspress ~

***
Asyik copy cite dari orang je malam ni aku nak cite kan pengalaman aku pulak.pengalaman ni terjadi pada tahun 2010 dan masih segar dalam fikiran aku sehingga sekarang.

Kisahnya bermula bila aku ingin bercuti ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan kawanku..nak naik kereta aku takda lesen pulak so aku ambik lah bas dari JB ke KL. Aku pun dah biasa naik bas ke sana sebab kebanyakkan kawan aku tinggal di ibu negara.


Mase tu aku ambik tiket jam 8malam. ( Nama Bas ekspress ni aku tak boleh nyatakan. Harap Maaf. ) Setelah aku naik je bas tu aku pun check lah sit mane yang patot aku duduk. Cari punya cari aku punya sit hujung sekali rupanya. Hampeh betul, ingat aku dapat sit kat tengah. Aku pun letak beg kat bwh kerusi dan terus duduk kat situ( beg aku kecik je sbb tu aku letak kat bwah sit je ).

Hari ni tak ramai sangat lah penumpang sebab banyak tempat duduk yang masih kosong. Aku punya sit ni single sit so aku memang dok sorang je lah kan. Sebelah aku tu couple sit.bas pun bergerak mengikot jadual. Baru setengah jam perjalanan aku muka rase letih sbb lepas bertugas terus ambik tiket bas. Akibat terlampau letih aku pun tertido.


Selang beberapa minit or saat aku pun tak pasti aku terasa rambot aku seperti dibelai orang,aku pun terjaga sebab aku ni jenis cepat sedar bila ade ape-ape bunyi or sentuhan. Aku pun bukak lah mata,lampu bas memang dh ditutup, yang menyala adalah bahagian driver bas tu je. Aku tak nampak siape-siape pun berdekatan dengan aku. Couple sit yg kat sebelah aku tu kosong,belakang aku ade sornag lelaki cina,remaja lg kot.


Aku pun sambung lah tido,sangkaan aku tu igauan aku je tapi baru je nak tutup mata aku dapat rasakan sentuhan dirambot ku. Mak oii ape pulak ni, aku pun tengok depan belakang and tepi aku,masing-masing sibuk berdengkur. Siapa pulak yang gatal usik rambot aku ni?? Lepas tu aku tak dapat tido lagi,aku pun pasang lah mp3 aku sbb bosan kan sorang-sorang dalam bas.

Sedang aku syok layan mp3 aku ni ,aku terpandang kat couple sit sebelah tepi aku tu, aku nampak seirang budak tgh syok tido. Aku merasa sgt hairan,bagaimana budak tu ade kat situ sbb setahu aku td memang takda penumpang yg bawak budak kecik. Budak tu berusia lingkungan 8 tahun lah kot( aku agak je ni ). Aku amati betul-betul budak perempuan tu. Rambot panjang, kulit die memang cerah gile.

Aku pun mengambil keputusan utk buat tak tau jelah. Bas yg aku naiki tadi berhenti kerana salah satu penumpang ingin ke toilet kot. Aku tgk balik couple sit tu sbb driver pasang lampu kejap kan sbb berhenti, aduhaiiii budak tu dah takda!!!
Mana pulak budak pmpuan tu ek?? Aku terus berjalan ke arah pemandu bas itu untuk bertanya ada tak budak kck naik bas ni.

" Abang,tumpang tanya sikit boleh tak?", tanya aku kepada pemandu bas tu.
" Tanya lah dik", balas pemandu itu
" Malam ni ade ke penumpang bas ni seorang budak berumur 8 tahun? Atau ade ke penumpang bawak ank kecik bang?", soalku lagi inginkan kepastian.
" Oh, Malam ni takda tapi mesti cik adik ni nampak 'benda' tu kan. Kihkihkih", jawap pemandu itu.


Aku terkejut beruk dan tergamam sebentar...budak tu hantu ke manusia???
***

AMARAN: jika anda ingin membuat perjalanan jauh, sila bawa kawan atau sesiapa sahaja untuk temankan anda jika tidak pasti anda akan ditemani oleh ' benda cute' tu. ~

5 comments:

  1. aku memang takut nak jalan jauh sorang lebih2 lagi malam -ika

    ReplyDelete
  2. kalau dah xde org nk teman kena gak pegi sorng kn.:rizal

    ReplyDelete
  3. jangan main2 ohwwwww.....
    lg seminggu aku kene naik bas sorang2 niw........

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah naik bas malam2...takut exspecially sorang2..huhu...

    ReplyDelete
  5. Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
    karna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
    -Bonus Deposit New Member 150,000
    -Bonus Next Deposit 10%
    -Bonus Turnover harian 300,000
    Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!

    pokerv99
    deposit via Go-Pay
    deposit via pulsa
    judi uang asli indonesia
    bonus turnover terbesar
    situs judi online terpercaya
    uang asli indonesia
    uang asli indonesia
    bonus referral terbesar
    poker depo pulsa
    capsa depo pulsa
    ceme depo pulsa
    domino depo pulsa
    deposit via telkomsel
    deposit via xl

    ReplyDelete