KISAH 1#
Bnd ni terjadi semasa adik lelaki syira, R ingin tido..dia ni tido kongsi bilik dgn adik beradiknya yang lain..tak tau kenapa malam tu dia tak boleh tido awal seperti selalu. Ketika matanya baru ingin terpejam, die merasakan badannya dihimpit seperti dihempap sesuatu objek yang berat..mulotnya seperti tidak dapat mengucapkan apa-apa kalimah pun ketika itu. Tak cukup dengan tu kakinya seperti ditarik-tarik dgn kuat..Allah sahaja yg tau perasaannya ketika itu..dan die sempat terperasan macam ada orang sedang menhendapnya di sebalik pintu biliknya...Ngeri tak?
KISAH 2#
Ni bab toilet umah dia pulak..kalau selepas jam 12 tengah malam jangan lah masuk toilet tanpa berteman..sebab confirm korang akan terdengar bermacam-macam bunyi dan dapat berbagai-bagai gangguan..aku pernah datang umah dia dan benda ni memang betul sbb masa tu aku nak basuh muka kat toilet die tetibe aku dapat rasakan yang rambut aku disentap kuat sampai aku terjerit sebab sakit. Bila aku pandang takda orang pun ketika tu. Sejak tu bile aku gi toilet umah syira, syira mesti temankan aku..syira pernah cite kat aku yang die pernah dengar ada orang ketuk pintu toilet ketika die masih berada dalam toilet tu...toilet memang ada lah kan, tu rumah SYAITAN, plus kalau kotor lagi lah die suka kan..
KISAH 3#
Kat belakang umah syira ni ada satu umah yang dah lama terbiar..dah lama takda orang yang tinggal disitu ( dia ni stay kat. Kawasan rumah setinggan ). Pernah syira dengar memacam bunyi dari arah rumah itu. Kekadang bunyi orang tengah masak, macam bunyi kuali or senduk macam tu la kot. Pernah sekali tu terdengar macam orang membasuh kain..fuhhhh memang angker sungguh kan..
Pernah juga salah seorang ahli keluarganya yang nampak ade penghuni di rumah kosong tu!! Tak mungkin sebab rumah tu memang dah lama terbiar kosong.. Pernah juga syira ni terdengar yang ade orang memanggil-manggil namanya sedangkan masa tu takda orang pun yang memanggilnya. Suasana rumah syira memang agak suram dan seram..
aku pun tak sanggup kalau nak tido kat sana lagi. Bermacam-macam kejadian aneh dan seram yang aku terpaksa lalui bila berada di rumah syira,especially waktu malam.. Yang aku paling ngeri bila aku sendiri pernah nampak ibu syira berada kat dapur pada tengah malam, sedangkan sebenarnya ibu die dah tido awal..seram kan??
No comments:
Post a Comment