Pages

Sunday, 1 April 2012

Hantu kum-Kum ~

Hari ni bosan lah sebab tak tau nak buat ape hari ni..fb dah semakin membosankan sekarang ni.. Nak BBM dia tak on handphone lagi..ishkkk..bosannnnnn. Nak tengok tv takda rancangan yang menarik pun ahad ni..aku nak lah update something biar tak bosan..

Korang pernah dengar kisah hantu kum-kum tak? Kisah ni popular tahun 90an..kisah ni tersebar luas di Singapura dan JB kalau tak silap aku. Masa tu aku budak-budak lagi..masa tu sekolah rendah lagi. Mak aku selalu pesan kat aku jangan main kat luar lepas pukul 6. Mak aku cakap nnti kum-kum makan darah aku..ketika tu aku masih budak dan hanya tersengih je bila mak aku pesan kat aku macam tu.


Yang aku tau pasal hantu kum-kum ni,dia ni asalnya manusia, tetapi wajahnya tak lah secantik para-para model, so die pun pergi lah menuntut ilmu syaitan. Diamalnya ilmu-ilmu sihir dan membuat perjanjian dengan syaitan laknatullah..dia dikehendaki mengikot syarat-syarat ilmu itu iaitu jangan melihat cermin before 44 hari..tetapi akibat tidak sabar dia pun melihat lah kecantikkannya itu di cermin..Dan mukanya terus berubah menjadi buruk akibat melanggar pantang dukun syaitan tu.


Dan syarat yang patut dia buat jika dia ingin mencantikkan kembali wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti..entah betul ke entah tidak tu aku tak tau tetapi kisah kum-kum ni sangat lah meluas ketika itu..sehingga semua org tak berani nak keluar after mangrib..menjadi perbualan dari hari ke hari.. Bagi aku pula mungkin orang nak menakotkan anak gadis mereka supaya jangan keluar lewat malam sebab ketika itu banyak dah bohsia dan bohjan muncul ketika tahun 90an tu.. Dan cara die memburu para gadis tu adalah dengan mengetuk pintu dari rumah ke rumah dan memberi salam kum kum, bukan assalamualaikum..memang seram kalau kite bayangkan die mengetuk pintu rumah kita..grrrrrr..takut aku. Adakah dia ni manusia or hantu?? Sampai sekarang menjadi tanda tanya bagi aku..

Jangan lah terlampau percaya sangat ya..bila aku tgk cite sumpahan kum-kum macam lain dari version yang aku dgr masa kecik-kecik tu. Kurang seram cite tu dan bagi aku cite tu terkeluar dari tajuk..mungkin pengarah die tak research betul-betul tu kan. Ingat, jangan percaya sangat cite ni, cite ni macam cite dongeng pun ada kan..

No comments:

Post a Comment