Pages

Friday, 6 April 2012

Kisah Seorang Rakan

Selamat malam.

Malam ni aku nak share pengalaman seram seorang kawan,nama die dh
minta dirahsiakan jadi aku panggil Najwa(bukan nama sebenar) je k.
Pengalaman yg die cite kat aku pada tahun 2002 seingat aku. Pengalaman
dari asrama, aku juga diminta supaya jangan bgtau asrama mane kerana
sebab tertentu. Sebut asrama semua orang dah sinonim dengan kisah
seram kan? heheh apa-apa yg di ceritakan diharap semua readers blog ni
enjoy.

Pada tahun 2002 Najwa diminta oleh mak dan ayah die untuk tinggal di
asrama. Najwa ni anak tunggal jd mak dan ayah nak yang terbaik untuk
anak dieorng, die jugak boleh belaja berdikari semasa duduk asrama
nanti. kejadian seram ni terjadi lebih kurang pada pukul 2 atau 3 pagi
Najwa x dapat tidur mungkin rindu pada  mak dan ayah die. Disebabkan x
dapat tido Najwa menuju ke toilet untuk membasuh muka, keadaan semasa
menuju ke toilet sangat sunyi terdengar bunyi tapak kaki dari belakang
tapi Najwa ni x menoleh dan jalan mcm biasa.

Sampai di toilet, Najwa terus ke singki dan membasuh muka, apabila die
pandang cermin die nampak pintu toilet ditutup, mungkin ade org masuk.
Selesai membasuh muka die sempat pandang pintu toilet td, dengan rasa
nak tau ade org ke x Najwa pegi tolak pintu toilet tu. Apabila pintu
ditolak, Najwa ni btul2 terkaku tambah terkejut ape yg dilihat pada
masa tu. Terus  die lari keluar sambil membaca ayat suci Al-Quran
dalam hati sambil menuju ke bilik.

Keesokkan hari Najwa deman akibat dilihatnye semalam. Apa yg dilihat
oleh Najwa ialah mahkluk kecil yg sedang makan sesuatu yg berlendir
dan berdarah. Keadaan dalam toilet pada pg tu agak malap sebab byk
lampu yg dh rosak ditambah lak toilet tu x ramai yg guna sbb byk
kerosakan.

 Sekian.


Memang mengerikan sebab aku x penah masuk asrama, tapi pada masa tu
dengar kisah seram dari mereka yg tggl kat asrama aku langsung x
berani nk jejakkan kaki ke sana.hahaha


(gambar ini hiasan sahaja)

SyIrA>_<

No comments:

Post a Comment