Malam tu hujan renyai-renyai kakak aku sedang menonton tv diruang tamu manakala ibuku sedang memasak didapur..ibu aku memang tak boleh duduk diam..dia memang suka memasak.seingat kakak aku masa tu mak aku nak buat bubur sum-sum..masa tu kami sekeluarga tinggal di kampung melayu,JB. masa tu aku kecik lagi umur aku 9 tahun ketika itu. Masa kejadian tu aku dan yang lain pergi membeli belah, waktu tu lepas mangrib.( Mengikut kata kakak aku lah)
Sedang asyik kakak aku menonton tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki di dalam rumah kami..kakak aku ni pun buat tak peduli, dia sangka itu ibu kami..makin lama makin kuat bunyi tapak kaki itu, kadang-kadang macam bunyi orang sedang berlari..kakak aku ni tak sedap hati dan terus pergi ke dapur untuk memastikan itu bunyi tapak kaki ibuku.kakak aku terkejut kerana dia nampak ibu sedang mencuci pinggan.
" Mak, tadi mak lari-lari tu kenapa?"
"Eh ko ni, mak dari tadi kat sini je. Sudah ko jangan tegur mangrib-magrib macam ni!" Marah ibuku.
Kakak aku tak berani untuk menonton tv lagi ketika itu. Dia sanggup menunggu ibuku di dapur dan tidak mahu berganjak dari situ kerana begitu takot. Sedang kakak aku berborak dengan ibu, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi tapak kaki orang sedang berkawat kaki!!!! Terkejut ibu. Senduk yang dipegangnya terlepas dari tangannya. Kakak terus mengigil ketakutan. Dengan kekuatan yang ada, mereka membaca ayat-ayat al-Quran yang diingati ketika itu.
Memang tersangat la takut mereka ketika itu. Siapa yang tidak takut jika mendengar bunyi begitu kan? mana ada orang kawat kaki senja-senja begini?kakak dan ibu terus berlari keluar menunngu kepulangan kami. Mereka tidak berani untuk masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu mendengar bunyi seram itu lagi. Cerita ni selalu diceritakan oleh kakak sebelum aku tidur dari kecil hingga sekarang..
No comments:
Post a Comment