Pages

Thursday 5 April 2012

Toilet Di Stor Sheila ~

Panas gile ni. Luntur make up aku , fuhhhh lain kali nak pakai sunblock lah kan. Ni pengalaman seorang dari kawan aku, sheila..aku call die lama tu sebab nak tau pengalaman yang die alami baru-baru ni..die taknak cite kat aku tapi aku paksa ni sebab nak buay koleksi kat blog aku ni. Biar bertambah seram kan;)



Sheila ni dah setahun bekerja di sebuah syarikat C ni yang terletak di damansara( aku tak nak sebut mana tempatnya k)..sheila ni penakut sbb tu sifat die dr dulu pun.di pendekkan cite, Kat tempat die bekerja ni di bawah bangunannya ade satu bilik stor yang akan di renovate lah( blm start renovate lg. Ntah bile die pun tak tahu).. So sheila ni terpaksa turun ke bawah selalu untuk check stock and buat kerja-kerja die lah kat sana.



Jadi bekalan air ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja baik pulih, so kire takkan ada air lah kat stor tu..disebabkan tangki di toilet tu bocor juga lah bekalan air terpaksa ditutup..dah banyak kali bahagian management discuss nak renovate tapi sampai sekarang habuk pun takda.satu hari tu sedang sheila menjalankan tugasnya seperti biasa tetiba dia lupa ada barang dia yang tertinggal kat stor bawah tu. So dia pun bergegas lah turun ke stor.


Sampai je kat stor tu, die pun ambil lah barang yang dia lupa nak ambil tadi..tetiba tu dia terdengar bunyi orang sedang flush toilet!!! ( Kalau kite dah habis guna toilet kan kite flush, mcm tu lah). Sheila ni ingat salah satu staff kat situ sengaja on kan kejap, yelah mana tau ada org nak buang air ke apa kan. Dia pun buat tak tahu dan ingin mencuci tangan di singki stor tu. Stor kan berhabuk..dia pun pusing lah kepala paip..


Alangkah terkejutnya Sheila yang air takda!! Waduhhhh!! Dah lah sheila ni penakut. Habis gigil satu badan die. Apa lagi dia pun cepat-cepat blah dari situ dan mengunci semula pintu stor tu dan cepat-cepat berlari menuju ke officenya semula..sampai sahaja diatas dia terus duduk dan menyambung semula tugasnya tetapi otaknya masih ligat berfikir, siapakah yang flush toilet tadi???

1 comment: