Pages

Monday 2 April 2012

Kisah Di Rumah Emak ~

Haishhh!! Aku penat interview emak aku ni berkenaan pengalaman seram di rumahnya..tapi memang tak rugi kredit pun sebab cite-cite die memang menyeramkan..mak aku ni pandai juga sembunyikan cite-cite menarik mcm ni..ada 3 pengalaman seram yang mak dan adik ipar aku lalui dan ingin aku kongsi bersama korang..

KISAH 1#
Kejadian ni berlaku dalam tahun ni juga..mak aku ni memang bangun awal,kekadang pukol 4pagi pun dia dah bangon, al maklum jelah orang tua kan..satu hari tu macam biasa lah mak aku bangon pukol 4pagi dan terus menuju ke dapur untuk mengemas rumah seperti biasa, tu rutin harian mak aku.then die pun tengah sedap cuci pinggan die ternampak kelibat orang melintas kat ruang tamu ( mak aku tinggal kat kondo), mak aku pun ingat tu adik ipar aku,( suami adik pmpuan aku) baru balik dari surau..


Tapi mak aku hairan lah sebab baru 5minit azan berkumandang, takkan lah cepat sangat menantu die balik kan..mak aku pun periksa lah pintu, tak berkunci. Sebab adik ipar aku ni biasanya lepas balik dari surau akan terus kunci pintu. Mak aku pun tak sedap hati dan terus memeriksa selipar adik ipar aku tu, tapi takda!!!! Tu maksudnya yang adik ipar aku tak balik lagi. Kelam kabut mak aku tutup pintu, takut punya pasal.


KISAH 2#
Malam tu mak aku tak boleh tido malam sebab terlebih minum kopi katanya..mak aku ni berkongsi bilik tido dengan kakak aku..bilik yang bertentangan dengan bilik dia tu adalah bilik stor..mak aku cakap tengah malam tu mak aku terdengar bunyi bising dtg dari arah bilik tu. Mak aku sure yg semua orang dah tido that time.bunyi macam orang tengah bongkar barang dalam bilik stor tu.keesokkan paginya, waktu subuh juga ni, mak aku pun masuk lah bilik tu sebab nak ambik stock beras dalam stor tu,bila mak aku pasang je lampu alangkah terkejutnya mak aku sebab nampak barang-barang dalam stor tu dah bersepah!!!! Bila mak aku tanya kakak dan adik aku mereka menafikan ada masuk ke dalam bilik itu. Seram beb!!!


KISAH 3#
Pengalaman ni adik aku yang cite kat aku. Malam tu setelah anak-anak mereka tido, adik aku ni pun berborak lah dgn suaminya kat dalam bilik tu dalam keadaan yang gelap...tetiba suami dia bertanya kenapa die tak tutup lampu toilet ( bilik dia master room) tu then adik aku pun cakap lah yang die dah lama tutup lampu toilet tu. Dan suaminya menegaskan yang die nampak lampu toilet menyala. Masa tu tgh malam jumaat pulak tu!! Grrrrrr!! Ngeri habis! !

Ni lah antara kisah-kisah seram yang dapat aku kutip dari mak aku. Next time aku akan cite kat korang pengalaman-pengalaman dieorang lagi.. Dieorang selalu kena .. Maybe sebab dieorang ni penakot kot..hehe. Sorry Mak!! Noi gurau je!! ~

No comments:

Post a Comment