Pages

Saturday 7 April 2012

Penumpang Teksi ~

Pengalaman ini juga dari salah seorang rakan adik iparku. Adik ipar aku memang suka benda-benda advanture macam ni..lagi-lagi bab seram-seram ni..kisah ini di alami oleh rakannya yang bernama haji Noh..haji Noh ni memang warak plus dia ni imam kat masjid mana entah, aku dah terlupa lah pulak sebab banyak sangat yang dia share kat aku malam kelmarin.

Kejadian ini bermula apabila haji noh ni memandu teksi ketika waktu malam.. Macam ni lah tugas pemandu teksi, tak kira siang ke malam membanting tulang mencari pendapatan untuk mencari rezeki yang halal. Haji noh ni memang rajin,dia jarang berehat or cuti semenjak menjadi pemandu teksi ni sejak 6 tahun lalu. Malam tu selepas haji noh makan malam bersama isterinya, dia terus menyambung tugasnya pula.


Malam itu memang sunyi..susah nak dapat penumpang..entah mengapa dia tergerak hati ingin ke kawasan lama yang seakan-akan sudah lama terbiar ..haji noh memandu perlahan-lahan. Mana tau ada penumpang di situ, maklum saja la tempat sunyi macam tu susah untuk mendapatkan teksi.sedang haji noh terjenguk-jenguk ke kiri dan ke kanan, dia terlihat seorang wanita menahan teksinya.." Ye dik, nak ke mana?" Tanya haji Noh
" Saya nak ke kawasan depan tu", kata wanita itu sambil menunding jari kearah kawasan yang gelap gelita tu.
" Masuk lah dik, nanti adik tolong tunjukkan jalan ya, sebab abang tak pernah masuk tempat tu" jawap haji noh secara jujur.


Setelah wanita itu masuk ke dalam teksinya, haji noh dapat menghidu bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam teksi beliau. Haji noh hanya mengucap di dalam hati ketika itu. Kemudian die memandang wanita terbabit melalui side mirrornya dan dilihatnya wanita itu hanya tunduk dan berdiam diri. Sesekali kedengaran wanita itu tersedu-sedu seperti sedang menangis. Haji noh tidak ingin bertanya , takut-takut wanita itu akan marah kerana itu bukan masalahnya. Wanita itu tiba-tiba bersuara
" Abang, tolong berhenti kat hujung tu ya", haji noh hanya mengangguk dan die agak hairan kerana dia tidak pernah melihat kawasan itu sedangkan dia tau selok-belok area JB.
Setelah sampai di tempat itu, haji noh memberhentikan teksinya dan memandang belakang, wanita itu sudah tiada disitu..dia menggaru-garu kepalanya.masa tu yang ada dikepalanya hanyalah hairan. Kemudian dia pun memecut laju keluar dari kawasan misteri itu tetapi gagal mencari jalan keluar.

Isteri haji nah begitu risau kerana suaminya tidak pulang selama dua hari tanpa khabar berita.
selepas dua hari tu isteri haji noh dikejutkan dengan berita suaminya dijumpai pengsan dan sekarang berada di hospital akibat dua hari tidak makan!! Kemana suaminya pergi selama dua hari ni?? Ni bukan kali pertama haji noh mengalami perkara seperti itu.selepas sedar dari pengsan, haji noh menceritakan apa yang terjadi kepadanya..dia tidak dapat mencari jalan pulang selama dua hari!!bila dia memandu teksinya, dia tetap di tempat dia mengambil penumpang wanita itu walaupun berkali-kali dia mencuba mencari jalan keluar...dengan berbekalkan tenaga yang sedikit itu dia mula membaca surah-surah al-Quran..dan dengan izin Allah dia dapat menemui jalan pulang walaupun dalam keadaan yang begitu lemah..begitu hebatnya kuasa Allah SWT..

Yang menjadi tanda tanya haji Noh adalah wanita itu, siapakah wanita itu? Mengapa dia tidak dapat mencari jalan keluar walaupun sudah berkali-kali dia memandu dan mencari jalan keluar di kawasan itu. Adakah itu bunian?? Hanya DIA saja yang mengetahui apa yang terjadi kepada Haji Noh ketika itu.

~Gambar diatas adalah hiasan semata-mata~

No comments:

Post a Comment