Cerita ni berkenaan seorang makcik yang selalu bertandang kat rumah-rumah orang untuk minta pakaian terpakai. Aku rasa sehingga kini pun masih ada makcik siput ni ( gelaran yang diberikan oleh masyarakat dahulu ). Yang peliknya makcik ni datang tanpa memberikan salam..bila ditanya ape kemahuannya, dia hanya akan menjawap
" Ada baju-baju yang tak pakai tak? Mak cik nak minta pakaian yang dah tak pakai".
Tu jawapan makcik siput itu jika ditanya.
Kenapa orang menggelarkan diri beliau makcik siput? Itu kerana makcik ni menyanggul tinggi rambutnya yang sudah beruban itu. Yang pelik tentang makcik ni, bila kite memberikan pakaian terpakai dia akan memilih dan hanya mahu yang cantik-cantik dan nampak baru?? Pelik kan?? Sudah lah mintak baju terpakai ,memilih pula tu.cerewet. Tapi itu tak seram..
Yang menyeramkan adalah jelingan matanya..bila kite berdekatan dengan makcik ni, kita boleh menghidu satu bau yang amat lah busuk..dengan badannya yang bongkok menambahkan lagi ketakutan penduduk di kampung itu. Tak cukup dengan tu makcik siput ni selalu bercakap seorang diri seolah-olah dia sedang bercakap dengan seseorang..pernah dulu seorang wanita yang sedang mengandung memberikannya pakaian terpakai tetiba je wanita itu jatuh sakit dan keguguran..
Makcik siput tu bukan setakat orang tua yang bongkok tetapi dia juga membela hantu raya..bukan satu kejadiaan seumpama itu sahaja berlaku ketika itu, malah makin ramai perempuan yang mengandung mengalami keguguran setelah berjumpa makcik siput ni. Bila malam je kelihatan makcik siput masih mengetuk-ngetuk rumah orang untuk meminta pakaian. Dengar macam tak logik tapi itu lah kisah yang pernah mengemparkan kampung itu suatu masa dahulu.fikir sikit, mana ada orang tua yang mempunyai tenaga sekuat itu, Dari pagi hingga ke malam meminta pakaian terpakai kan?
Siapakah makcik itu sebenarnya? Apakah kemahuannya? Adakah benar makcik siput itu wujud? Wallahu'allam. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Aku pun masih tak pasti adakah kisah ini benar atau kisah rekaan sahaja, yang pasti ini sahaja kisah yang dapat aku kongsikan bersama korang buat masa ini~