Wednesday, 28 March 2012
Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang, Singapura ~
Singapore and JB ni tempat yang angker sangat ke ek?? Banyak kisah-kisah seram dari jb dan singapura kan??! Tapi mungkin hanya kebetulan sahaja. Syaitan kan ada di mana-mana sahaja..korang baca lah kisah dari MJ12 ni..~
***
~ wowwAida!!! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:15:49
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang
Hai KC,
Apa khabar...??? Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para
pendengar Misteri Jam 12. Kalau tak silap saya, pengalaman ini berlaku
pada tahun 2007 ketika saya menjalani latihan kerahan saya di hutan
Lim Chu Kang.
Latihan kerahan saya masa itu bermulanya di hutan Marsiling dan
berakhirnya di hutan Lim Chu Kang. Sebelum latihan bermula, saya dan
rakan-rakan askar yang lain diberitahu oleh pegawai Leftenan saya,
bahawa latihan kami akan bermula pada waktu sepuluh setengah malam.
Saya masih ingat lagi, hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat.
Seperti biasa, sebelum latihan bermula, kami semua mengambil
kesempatan untuk berehat. Ada yang tidur, ada yang bersihkan senjata
dan ada juga yang masih berbual-bual di telefon bimbit. Ketika itu
masih senja, waktu Maghrib pun nak dekat, jadi kami ada lagi tiga jam
untuk berehat. Masa saya berehat, sarjan saya seorang berbangsa Cina
menghampiri saya dan beritahu saya bahawa malam ini saya akan berada
di hadapan "company" saya untuk mengiringi "company" yang lain untuk
latihan malam nanti sebab penglihatan Sarjan saya tidak begitu jelas
pada waktu malam.
Dipendekkan cerita, semasa kami bertolak dari hutan Marsiling, hujan
pun mula turun dengan renyai-renyai. Kami sudah pun berjalan sejauh 15
kilometer dari tempat rehat tadi dan masih lagi berjalan ke tempat
destinasi kami di hutan Lim Chu Kang. Waktu pun sudah menandakan pukul
dua setengah pagi. Walaupun keadaan saya bermandikan peluh dan terasa
letih, saya masih lagi berada di hadapan "company" saya. Saya masih
ingat lagi, malam itu bulan mengambang dan anjing-anjing berdekatan di
hutan Lim Chu Kang asyik menyalak saja dari tadi...
Semasa saya berjalan di hadapan, tiba-tiba saya ternampak bayangan
hitam menyerupai manusia berjalan perlahan-lahan ke arah lain. Jarak
bayangan hitam itu adalah kira-kira dalam 50 meter dari mana saya
berada. Saya pun cepat2 menunjukkan isyarat tangan saya kepada
rakan-rakan askar yang lain menandakan kemungkinannya musuh di
hadapan. Kami terus tunduk dan berhenti berjalan. Mata saya masih
memandang ke arah bayangan hitam itu. Untuk pengetahuan semua, saiz
bayangan hitam itu kelihatan besar dan agak tinggi berbandingkan saiz
askar-askar di Singapura ini. Bayangan hitam yang besar dan tinggi itu
kelihatan berjalan perlahan2 di tengah2 persekitaran yang dipenuhi
dengan rumput2 tinggi dan dedaunan.
Sarjan saya terus menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku. Saya
beritahu dia apa yang saya nampak dan dia terus mengeluarkan alat
"Night Vision Binoculars" dari begnya. Untuk pengetahuan pendengar,
"Night Vision Binoculars" adalah "Teropong yang digunakan untuk waktu
malam" dan sesuai digunakan di waktu malam ataupun semasa keadaan
gelap. Bila Sarjan saya menggunakan teropong itu, dia mengatakan pada
saya yang bayangan hitam itu jelas kelihatan! Saya diam sahaja. Lalu,
pegawai Leftenan saya pun menghampiri saya dan menanyakan apa yang
berlaku. Leftenan saya pun menggunakan teropong yang sama, dan dia
juga dapat melihat bayangan hitam itu dengan jelas juga!
Leftenan saya terus mengarahkan saya untuk terus berjalan perlahan2
menuju ke arah bayangan hitam itu dengan diikuti rakan2 askar saya
yang lain. Saya pun berjalan perlahan2 menuju ke arah bayangan hitam
itu. Para pendengar sekalian, kalau mengikut secara logika, sekiranya
kalau kita berjalan dan memijak rumput ataupun daun2, rumput dan daun2
itu akan menunjukkan tanda yang ia dipijak. Akan tetapi, apabila saya
menuju dan mengikut jejak bayangan hitam itu, rumput2 ataupun daun2 di
situ masih kelihatan segar dan tidak kelihatan dipijak langsung! Saya
berdiam diri sahaja!
Pada masa yang sama, bayangan hitam itu hilang dari pandangan. Saya
terus berhenti dan melihat persekitaran di sekeliling saya. Saya lihat
di persekitaran saya penuh dengan belukar, rumput2 tinggi dan dahan2
berduri. Saya mendapati bahawa tiada sembarang manusia pun yang boleh
menembusi belukar dan dahan2 yang penuh duri di persekitaran saya ini.
Saya menoleh ke arah pegawai Leftenan saya! Tanpa membuang masa lagi,
beliau menyuruh kami beredar dari tempat itu dan teruskan perjalanan
ke destinasi kami...
Itulah pengalaman saya, yang saya lalui ketika latihan kerahan pada
tahun 2007. Kepada para pendengar Misteri Jam 12, saya ucapkan selamat
malam dan terima kasih...
Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah ~
Ni orang malaysia yang email kan ke MJ12.. Seram ni. Aku tak pernah berkhemah sbb aku tak suka aktiviti macam ni. Bagi aku buang masa. Lagi-lagi aku dengar banyak benda seram terjadi semasa perkhemahan itu..lagi lah aku jadi takot kan. Grrrrr. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah...
Sent: Mar 27, 2012 11:14 PM
Salam DJ KC,
Ini kali pertama saya menghantar emel dan mengharapkan cerita saya ini
diketengahkan.
Cerita ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas, ketika masih
bersekolah menengah di utara Malaysia. Ketika itu kami ada perkhemahan
di pinggir negeri (hampir dengan sempadan dengan Thailand). Pada malam
kedua di situ, kawan-kawan saya meminta kebenaran dari saya untuk
keluar hisap rokok di belakang, jadi saya katakan, "Ok tapi kalau kena
tangkap dengan Cikgu, jangan kaitkan nama aku..." Ketika itu saya
adalah pengawas sekolah yang agak nakal juga. Selepas mereka keluar ke
belakang, saya dan kawan saya seorang lagi bernama Aiman dan lain-lain
turun dari katil dan mulalah buat kerja jahat dengan mengambil bedak,
ubat gigi, dan minyak panas dan sapu pada muka kawan-kawan yang sedang
tidur dan letak minyak panas dan ubat gigi di dalam seluar mereka.
Tiba-tiba sedang kami membuat kerja jahat itu, kami mendengar anjing
melolong dan bersahut-sahutan, kami pandang antara satu sama lain.
Tiba-tiba semasa anjing sedang bersahutan, kami dengar di atas atap
bilik itu, suara yang seram, seperti sedang terbang melintas,
serta-merta kami yang berdiri terus jatuh secara serentak, seperti
kami ditolak oleh sesuatu. Kami pun terus bergegas naik atas katil dan
selimut satu badan. Lebih kurang beberapa minit selepas itu, saya
lihat kawan-kawan saya yang keluar hisap rokok di belakang "dorm",
berlari-lari masuk ke dalam bilik dan terus tidur, pucat saya tengok
muka mereka.
Esoknya, saya bertanya kepada kawan-kawan saya, kenapa muka mereka
pucat lesi dan seperti ketakutan berlari ke dalam "dorm" selepas
menghisap rokok, katanya mereka ternampak seorang perempuan
bertelekung putih dan berdarah mukanya sedang menggendong batu nisan
melayang lalu di depan mereka ketika menghisap rokok.
Terima kasih KC... :)
Wanita Serba Merah di Johor bahru ~
Pehhhhhh lagi-lagi JB kan!! Ngeri lah aku mcm ni..tapi memang MJ12 banyak koleksi cite-cite menarik lagi seram.. Sape-sape yang ada pengalaman macam ni or lagi seram boleh lah email kat aku or boleh terus kongsi kat blog aku ni k~
***
~ wowwAida!!! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:13:14
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Wanita Serba Merah
Salam KC / Dzar,
Saya Lan dari Pasir Gudang, ingin berkongsi pengalaman seram bersama
pendengar2 lain. Ceritanya begini. Selepas saya menduduki peperiksaan
SPM, saya telah bekerja dengan peniaga di pasar malam. Saya bekerja
beberapa bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan.
Ada dua orang lagi kawan saya iaitu Ijat dan Udin turut sama bekerja
dengan peniaga tersebut yang kami panggil dengan nama Abang Man.
Biasanya kami akan memulakan perniagaan di pasar malam sekitar jam
4:30 petang sehingga jam 10:30 malam. Entah macamana pada satu malam
jualan kami cepat habis, dan Abang Man mengarahkan kami berkemas awal
iaitu sekitar jam 9:00 malam.
Setelah semua barang2 siap dimasukkan ke dalam van kami pun berangkat
pulang tetapi Abang Man tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus
membawa kami singgah di sebuah warung menjual Sate. Abang Man mengajak
kami makan Sate. Dia juga ada memesan Sate untuk dibawa pulang untuk
anak dan isterinya.
Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba angin bertiup kencang menandakan
hujan akan turun bila-bila masa saja. Kami berempat dengan segera
menghabiskan Sate dan minuman. Abang Man mengarahkan kami memasuki van
sementara dia pergi membayar makan dan minuman kami. Ketika itu jam
telah menunjukkan pukul 11:30 malam.
Setelah Abang Man memasuki van dan menghidupkan enjin, dia terus
menekan minyak dan kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang,
hujan gerimis turun dan membasahi permukaan jalan pada malam itu.
Sesekali Abang Man menggerakkan "wiper" cermin van yang mula
menyukarkan pandangannya.
Apabila melalui selekoh berbukit selepas jejantas laluan keretapi,
tiba2 seorang dari kami iaitu Ijat bersuara, "Aikkk tadi angin bukan
main kuat lagi. Ingatkan hujan lebat sangat tapi gerimis jer…'' Saya
hanya diam tetapi Udin pulak mencelah, "Hujan gerimis malam2 macam ni
hantu suka keluar… Hehehe..." kata Udin sambil ketawa kecil.
Abang Man masih memandu dengan berhati2 ketika melalui selekoh yang
agak licin dan gelap itu. Tiba-tiba kami terpandang susuk tubuh
melambai-lambaikan tangan agar kami berhenti. Sebaik van kami
menghampiri susuk tubuh berkenaan, Abang Man pun memperlahankan van,
dengan jelas kami dapati ia adalah seorang wanita Cina, wajahnya
sangat putih sambil tersenyum dengan gincu merah dan berpakaian serba
merah dari baju, seluar, tas tangan dan kasutnya semuanya merah.
Pakaian wanita tersebut juga tak ubah seperti pakaian fesyen 70an.
Entah kenapa tiba2 Abang Man menekan minyak dan terus memecut laju,
kami terkejut lalu saya bertanya, "Apasal Abang tak berhenti tadi?
Mungkin Amoi tu nak tumpang agaknya. Kesian dia, dah malam2 macam ni
bas dah tak ada, teksi pun jarang2 lalu, hujan pulak tu..." Jawab
Abang Man, "Abang rasa tak sedap hati lah. Lain macam aje Amoi tu..."
Setelah hampir setengah kilometer meninggalkan Amoi tersebut,
tiba-tiba terbau colok dan lilin yang digunakan orang2 Cina untuk
bersembahyang, menerjah ke hidung kami berempat lalu Udin pun berkata,
"Eh, bau apa ni? Macam bau colok ajer?" Abang Man pula terus
meninggikan suara, "Dah jangan ditegur, kalau tak tahan tutup aje
hidung kamu..." Ketika itu jugalah pengunci pintu van kami bergerak
turun naik dengan sendirinya, seperti ada orang ingin memasuki ke
dalam van yang kami naiki.
Kami bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tetapi tidak
berkata apa2. Abang Man pula membaca ayat2 suci dan menyuruh kami
membaca sama. Apabila salah seorang dari kami iaitu Ijat, membaca Ayat
Kursi dan melaungkan azan serta-merta gangguan dan bau colok berkenaan
hilang.
Kami memasuki simpang menuju ke rumah Abang Man dan kami bersyukur
tiba dengan selamat. Semua barang kami keluarkan dari van pada
keesokan harinya saja. Pada malam itu saya, Ijat dan Udin tidak pulang
ke rumah masing2 tetapi menumpang tidur di rumah Abang Man kerana
masih lagi ketakutan.
Sekian…
Arwah Pulang Ke Rumah ~
Benar ke tidak cerita ni aku tak tau..Macam tak logik pun ada tapi ALLAH maha mengetahui segala ape yang terjadi. Ini hanyalah satu hiburan. Jangan lah kite terlampau percaya sangat ya! ~
***
~ wowwAida!!! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:10:32
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Arwah Pulang Ke Rumah...
Salam...
Saya Lyana dari Malaysia. Saya ingin berkongsi kisah seram yang
diceritakan oleh nenek saya kepada saya. Kisah ini berlaku beberapa
tahun yang lalu. Satu hari, berlaku kematian di kalangan saudara nenek
saya. Disebabkan nenek saya tidak sihat, nenek saya tidak dapat pergi
menziarahi saudaranya yang meninggal dunia.
Pada keesokan harinya, nenek saya mendapat panggilan telefon daripada
salah seorang saudaranya. Saudaranya menceritakan peristiwa aneh yang
berlaku semasa pergi menziarah arwah. Semasa bacaan surah Yassin oleh
orang ramai, tiada apa yang aneh berlaku sehinggalah selepas
memandikan mayat arwah, ketika hendak mengkafankan arwah, salah
seorang anak arwah menghulurkan kain kafan berwarna kuning.
Orang ramai menjadi hairan. Selalunya kain kafan berwarna putih.
Apabila ditanya, anak arwah berkata sebelum arwah meninggal dunia,
arwah pernah berpesan supaya apabila arwah meninggal dunia, arwah
mesti dikafankan dengan kain yang berwarna kuning. Apabila ditanya
arwah menjadi marah dan berkata kepada anaknya jangan banyak tanya dan
buat saja apa yang disuruh.
Apabila selesai dikebumikan, seperti biasa mereka mengadakan majlis
tahlil pada malam tersebut. Apabila selesai majlis tahlil, tuan rumah
menyediakan sedikit hidangan. Semasa orang ramai sedang asyik menjamah
hidangan, tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat sekali. Yang
peliknya pintu rumah tidak ditutup. Salah seorang anak arwah menjengah
keluar. Alangkah terperanjatnya arwah berada di depan rumah dengan
berpakaian kain kafan berwarna kuning dengan kesan tanah kubur!!!
Semua orang yang sedang makan tergamam dan kaku. Arwah masuk ke dalam
rumah dan terus ke bilik air. Arwah keluar seperti baru lepas mandi
dan terus ke dapur dan terus makan seperti orang yang tidak makan
selama seminggu. Semua orang yang berada di dalam rumah hanya terdiam
dan kaku seperti dipukau. Setelah arwah habis makan, arwah terus masuk
ke dalam bilik. Sebelum masuk ke bilik, sambil tersenyum arwah sempat
menegur salah seorang anaknya, "Kenapa ramai sangat orang dalam rumah?
Jom teman mak tidur..." Apabila arwah masuk ke dalam bilik, semua
orang yang berada di rumah tersebut termasuk anak-anak arwah terus
berlari keluar.
Kejadian Rumah Baru Di Johor Bahru ~
Lagi kisah angker di JB !!! Pehhhh Orang JB memang berani gile!! Tapi betul ke semua cite-cite ni??? Itu aku tak dapat nak jawap sebab aku kurang mengalami kisah-kisah pelik mcm ni. Kalau kena pun takda seteruk ni. ~
***
~ wowwAida!!! ~
-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:06:25
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kejadian Rumah Baru...
Assalammualaikum
Saya Intan. Saya ingin menceritakan kisah di rumah baru yang saya
duduki. Kisahnya begini. Ayah saya membuat keputusan untuk berpindah
ke Johor, iaitu di kawasan Taman Johor Jaya. Setelah membungkus
barang, saya dan keluarga pun berpindah. Ketika saya pertama kali
menjejakkan kaki di dalam rumah itu saya sudah rasa tidak sedap hati.
Serta-merta bulu roma saya meremang. Saya pandang muka ahli keluarga
saya tapi semuanya muka biasa sahaja. Kecuali muka kakak saya. Mukanya
pucat semacam. Saya tidak berani untuk membuka mulut. Jadi saya hanya
mengikuti langkah ayah saya.
Ayah saya pun menunjukkan bilik masing-masing kepada kami. Kebetulan
rumah saya cuma ada tiga bilik. Jadi saya satu bilik dengan kakak
saya. Bilik lagi dua diberi kepada abang dan ibu bapa saya. Saya
mengajak kakak saya pergi ke bilik. Tapi kelihatan kakak saya macam
rasa berat untuk pergi ke bilik kami. Saya pun menarik tangan dia.
Setelah seminggu berada di rumah itu tiada apa perkara yang aneh
berlaku. Tetapi tibalah satu malam yang memberi impak yang besar
kepada diri saya. Ketika itu hanya tinggal saya dan kakak saya sahaja
di rumah. Ibu bapa saya pergi ke rumah saudara kerana ada kenduri
kecil-kecilan.
Seingat saya, saya tersedar dari tidur kerana tekak terasa sangat
haus. Bilik saya berada di tingkat atas. Jadi saya terpaksa menuruni
tangga dan melalui ruang tamu. Saya pun keluar dari bilik lalu melalui
ruang tamu. Ketika saya melalui ruang tamu, saya ternampak kelibat
seorang wanita sedang duduk di sofa menghadap ke arah televisyen. Saya
tidak mengesyaki apa-apa kerana terfikir itu mungkin kakak saya. Saya
pun beredar untuk meminum air. Ketika saya membuka peti sejuk, saya
mula terfikir. Kalau wanita itu merupakan kakak saya yang sedang
menonton television, kenapa television tidak dihidupkan? Kenapa lampu
tidak dinyalakan? Dan saya tersedar yang ketika saya bangun tadi, saya
sempat menjeling katil di sebelah. Kakak saya sedang tidur dengan
nyenyak. Tak mungkin kakak saya turun lagi cepat dari saya.
Saya terus terfikir siapa wanita itu? Saya terus beristighfar dalam
hati. Dengan teragak-agak saya beredar dari dapur. Saya mengintai
sedikit ke ruang tamu. Kelihatan wanita tadi tiada di sofa. Saya terus
melepaskan nafas lega. Saya pun berjalan dalam gelap untuk menaiki
tangga. Tiba-tiba saya perasan di tepi saya macam ada orang. Saya
menoleh di tepi. Bayangkan, wanita itu ada di sebelah saya. Sangat
dekat dengan muka saya. Mukanya sangat menyeramkan. Kelihatan muka
wanita atau hantu itu berkopak. Lidah terjelir, mata berwarna merah.
Dia memandang muka saya. Pandangannya sangat tajam.
Sambil merenung muka saya, dia berkata, "Lenapa? Kau terkejut tengok
aku? Kau dah kacau rumah aku. Aku tak terkejut pun." Saya tak tahu
kenapa, lidah saya kelu dan badan saya tidak boleh bergerak. Hanya di
dalam hati saya berdoa kepada ALLAH. Dengan lafaz
"Bismillahhirahmanirrahim", saya menjerit menyebut nama ALLAH dan
Alhamdulillah suara saya dapat didengari dan badan saya boleh
bergerak. Saya terus menjerit memanggil nama kakak saya. Tapi
tiba-tiba saya merasa ada sesuatu yang memeluk saya sangat kuat dan
menghentak kepala saya dengan kuat. Saya terus pengsan tidak sedarkan
diri.
Ketika saya sedar, saya nampak keluarga saya mengelilingi saya bersama
dengan seorang Ustaz. Ustaz itu menceritakan tentang rumah yang kami
duduki ini ialah rumah syaithan. Alhamdulillah, Ustaz itu dapat
membuang segala syaithan yang menghuni di rumah saya. Selepas seminggu
kejadian itu, saya jadi lebih pendiam. Saya menanyakan kakak saya
tentang hari pertama memasuki rumah itu kenapa mukanya pucat. Kakak
saya menceritakan ketika dia memasuki rumah itu bulu romanya meremang
dan dia ternampak kelibat seorang perempuan di dapur. Saya jadi
pendiam kerana masih takut dengan kejadian itu. Akhirnya saya kembali
kepada asal selepas setahun kejadian itu..
Terima kasih dan selamat malam...
Pengalaman Di Old Tampines Road,singapura ~
Ni aku ambik dari blog MJ12.. serammmmmmmm.meremang bulu tengkuk aku malam tadi bila baca pengalaman saudara ni~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Pengalaman Di Old Tampines Road...(singapura)
Sent: Mar 27, 2012 10:59 PM
Assalamualaikum
Saya "Road Devil" ada sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama
pendengar2 yang lain yang terjadi di Old Tampines Road. Beberapa tahun
yang lalu ketika saya bekerja sebagai penghantar makanan sambilan di
restoran KFC, saya mendapat satu panggilan dari teman saya pada jam 7
lebih malam. Dia telah ditimpa kemalangan jalan raya di Old Tampines
Road. Dia berkata dalam suara yang penuh cemas, "Devil, cepat datang
aku ada di Old Tampines Road ni, aku punya motor dah tak boleh jalan,
'fork' dah bengkok, cepat datang eh cepat tau, suruh Zali bawak lori
sekali angkut motor aku. Cepat!!"
Dalam hati saya pun berkata, "Apa hal dia ni? Saya pun menghubungi
teman2 yang lain dan terus menuju ke Old Tampines Road. Sampai di sana
saya lihat teman saya sedang duduk mengelamun jauh entah apa yang dia
ingatkan saya pun tak pasti. Saya pun menghampiri dan memanggilnya,
"Farid, apa benda yang kau langgar?" Dia pun toleh dan beritahu yang
dia sendiri pun tak tahu. Saya periksa di sekeliling motosikalnya tapi
tak nampak sebarang tanda bekas dilanggar oleh kenderaan lain. Saya
pun tanya lagi, "Farid apa benda yang kau langgar?"
Dia pun akhirnya berkata, "Aku terlanggar seorang apek, aku tercampak
dan apek tu pun tercampak jugak, yang pelik apek tu hilang entah ke
mana..." Saya pun jalan ke tepi untuk mencari apek yang dilanggar.
Saya berasa hairan bekas darah tak ada, apek tak ada, apa pun tak ada.
Setelah kawan yang lain sampai, kami mengangkat motosikal naik ke lori
dan terus kami beredar.
Kunci Hilang Dari Kocek Seluar ~
Ni pengalaman yang agak seram jugak yang aku ingin kongsi kan bersama korang. Best jugak..aku tengah busy ni tapi aku nak jugak korang baca cite ni.~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Kunci Hilang Dari Kocek Seluar...
Sent: Mar 27, 2012 10:56 PM
Selamat Tengah Malam
Nama saya Tina. Saya ingin menceritakan pengalaman saya yang berlaku
pada tahun lepas di salah sebuah tandas di tempat meletak kereta
Kompleks Kargo Changi.
Kisahnya bermula begini... Saya bertugas di Kompleks Kargo Changi.
Saya habis bertugas sekitar jam 11 malam. Seperti biasa, suami saya
akan menjemput saya pulang dengan menunggang motosikalnya. Nak
dijadikan cerita, apabila keluar dari bangunan itu, saya rasa tidak
tahan hendak membuang air kecil. Kerana tidak boleh tahan, suami saya
membawa saya ke tandas berhampiran iaitu di tempat meletak kereta *.
Apabila selesai membuang air kecil, saya dan suami pergi ke motosikal
untuk pulang. Tiba sahaja di depan motosikal, suami saya pun menyeluk
koceknya untuk mengeluarkan kunci motosikal. Tiba-tiba suami saya
tanya sama ada saya ada simpan kunci atau tidak, sebab kunci tidak ada
di dalam kocek suami. Saya memberitahu suami kunci tidak ada pada
saya.
Suami dan saya pun cuba mencari kunci di sekeliling kawasan yang kami
lalui untuk ke tandas. Mana tahu kunci tercicir. Hampir setengah jam
saya dan suami mencari tetapi tidak terjumpa kunci motor. Saya dan
suami rasa tidak sedap kerana bulu roma kami mula meremang dan hairan
macamana kunci di dalam kocek boleh hilang. Lalu suami menyuruh saya
cuba menyeluk kocek seluar suami untuk pastikan kunci motor ada dalam
kocek, tetapi masih juga tiada di dalam kocek suami.
Suami menyuruh saya tenang lalu dia pun membaca surah-surah yang
patut. Selesai sahaja membaca, suami cuba sekali lagi menyeluk
koceknya. Hairannya kunci motosikal itu boleh berada di dalam kocek
suami. Dengan tidak membuang masa, suami menghidupkan enjin motosikal
lalu kami terus beredar dari tempat itu. Kami tidak terus pulang malah
kami berhenti di kedai kopi berhampiran untuk menenangkan hati dan
perasaan.
Semenjak kejadian itu, tidak tahan untuk ke tandas macamanapun, saya
dan suami tidak akan ke tandas itu lagi, kerana kami dapat tahu di
kawasan situ adalah tempat orang-orang India membuang abu orang mati.